Oosem mama party

Hubungan mommy dengan jiran agak baik. Terutamanya ibu-ibu yang bekerja di rumah. Mommy kalau tak ada kerja, rajin lah singgah rumah mereka. Tapi kekangan masa, susah juga kami nak bersua muka. Namun kami boleh bersembang hari-hari di group whatsapp yang ditubuhkan pada 12 September 2015. Masa ni mommy tak ada lagi sebab mommy pindah pada bulan Mac 2016.
Oosem group. Nama selalu bertukar ikut mood admin.
Sebelum ini, mommy berada di Bandar Bukit Raja dan Seksyen 8 Shah Alam hanya mengenali jiran rumah sebelah sahaja.

Di Meru ni seronok, petang-petang boleh bersembang. Kadang-kadang mereka buat makan-makan. Atau keluar medang sama-sama. Atau keluar ke pasar pagi sama-sama.

Cuma sejak Adam dah mula bersekolah sahaja mommy jarang keluar petang hari. Masa tu mommy sibuk nak siapkan makan malam dan siapkan Adam pergi tuisyen pukul 8 malam.

Baru-baru ni group Oosem adakan majlis makan-makan. Makan-makan hanya untuk ahli group Oosem di rumah Mama Nor. 
Belum cukup 1 orang
Group Oosem ada seramai 12 ahli iaitu Mama ida, Mommy irra, Kak ina, Ibu ida, As, Kak mai, Kak ju, Mama nor, Mama anne, Ibu nah, Tini dan Kak Zaimah.
Cukup dah 12 orang
Semestinya acara bergambar adalah acara wajib. Bergambar dari awal majlis sehingga habis. Tempek pula dekat blog ni buat tatapan tua-tua nanti. 
Freestyle
Over lighting
Majlis dimulakan dengan ucapan tuan rumah. Segan segan pula mama nak buat ucapan. Terima kasih mama menjayakan majlis yang sangat meriah ni.
Mama nor
Kawan-kawan mommy
Kemudian ada suprise untuk kak zaimah dan mama ida. Birthday mereka bulan april. Birthday kak zaimah dah lepas, birthday mama belum lagi.
Happy birthday ibu zaimah dan mama ida
Kek red velvet di buat oleh kak ju. Manakala pulut dibuat oleh ibu nah. Kek tu sedap sungguh. Sedap lagi dari secret resepi atau mc cafe. Kak ju kata pertama kali buat red velvet. Wow hebat kak ju sekali buat dah sedap sangat. Nak kena tempah la. Teringin nak makan lagi. 
Bergambar bersama ahli group oosem
Yang nampak lebih gempak majlis ini siap ada backdrop. Ada juga la hasil tangan mommy siapkan backdrop petang sebelum majlis.
link
Dah siap bergambar, kami teruskan dengan bacaan doa dan makan. Ada macam-macam seperti dalam gambar di bawah:-
Nasi keluban
Nasi keluban ni punca terjadinya majlis malam ni. Mama nor ajak makan nasi keluban sama-sama pada mulanya. Tak sangka jadi majlis yang meriah.
Tembikai
Ibu nah buat agar-agar dan suprise pulut kuning.
Agar-agar ibu nah
Mama ida buat jeruk mangga. Pedas dan sedap.
Jeruk mangga mama ida
Meriah dan riuh rendah dengan ibu-ibu dan anak-anak.
Meriah 
Walaupun majlis ibu-ibu, anak-anak harus lah ikut sama. Anak-anak yang besar uruskan aktiviti dan jadi photographer.
Jam menunjukkan pukul 10. Ada yang nak bekerja esok hari. Jadi majlis diteruskan dengan sukaneka. Permainan pertama adalah tiup belon paling besar.
Mommy kalah tipis. Haha adoi mommy takut belon tu pecah.
Bergambar dengan belon kalah
Ibu nah menang belon paling besar dan dapat hadiah.
Add caption
Permainan kedua adalah makan buah tembikai paling cepat. 

Kali ini mommy menang. Bila tengok semula video. Tergelak tengok diri sendiri yang excited. 
Mommy menang makan tembikai paling cepat
Selfie lagi
Anis sebenarnya nak bodek bekas air tu kan haha
Seterusnya kami main kerusi muzik. Kejang perut gelak masa main permainan terakhir ini.




Ibu menang hadiah kerusi muzik. Walaupun ibu paling veteren di kalangan kami, namun ibu lah paling bersemangat. Siap menang dua permainan.
Ibu menang kerusi muzik
Seterusnya setiap ibu-ibu Oosem mendapat hadiah daripada nombor bertuah masing-masing.
Kak Ju
Ibu
As
Mama Anne
Kak Zaimah
Kak Ina
Kak Ida
Mommy dapat apa tu?
Hehe ini hadiah paling rare mommy pernah dapat. Pencuci jamban. Jamban rumah mommy putih dah okey sebelum dapat pencuci jamban ni. Terima kasih na.
Oh pencuci jamban pink
Sebelum majlis berakhir, kami bergambar sekali lagi. 
Bergambar dengan hadiah masing-masing
Freestyle. Haha sporting semua
Majlis kali ini sangat meriah dengan kehadiran semua ahli group Oosem. Kita semua memang awesome. 

Mommy dah request dengan mama nor untuk buat selalu majlis macam ni. Hahaha best giler. Semua orang hanya keluar belanja RM10 sahaja. 

Majlis sebegini boleh mengeratkan lagi hubungan sesama jiran. Macam mommy sendiri, keluarga jauh. Jiran-jiran ni dah jadi macam keluarga sendiri. Syukur alhamdullilah ada jiran yang baik.

24 comments:

  1. Seronoknya sekali sekala buat camni kan.. eratkan silaturrahim kan

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat jiran yang sempoi macam ne. Oh ne rupanya mommy dapat berus pink tu

    ReplyDelete
  3. Amboiii... Siap ada group lagi tu. Bestnya. Meriah betul party. Seronok ada kejiranan yang sporting macam ni kan.

    ReplyDelete
  4. alamak. kenapa mummy nampak cam tak kena dalam gambar ni? sebab semua nampak makcik-makcik sangat. muka garang (jokes)

    ReplyDelete
  5. Baguslah ada program dan komunit macam ni.

    Boleh saling menjaga kebajikan sesama jiran. Ni tak, jiran sebelah rumah pun tak kenal kalau kat bandar besar ni

    ReplyDelete
  6. Wow. Moms only ekk dgn anak2. Aida pon ada grup ladies jiran tau, irra. Tiap hari ada aje borak mak-mak. Best. Grup kami x ingat start bila. Tapi most of us da berjiran 10 thn :-)
    Moga program irra ni terus diadakan ikat sillaturrahim.

    ReplyDelete
  7. Tengok post ni buat saya rindu kawan...cam.lama sgt tak.spend masa ngan dorang. By the cantik cantik la semua mommy

    ReplyDelete
  8. hahahah. lawak la mommy ni. nama group bertukar2 tu. ikut suka hatikan. hehehehe

    ReplyDelete
  9. wahhh.. seronoknya. selain menguatkan ukhwah silaturahim sesama jiran makan2 tu yg syiok layan. dapat merasa air tgn semua jiran2.. kak nora suka suasana begini. hope kekalkan dan bersatu serta menjaga hubungan yg baik

    ReplyDelete
  10. Wah sportinh semuanya ya...bagus buat aktiviti2 mcm ni dari duk lepak mbawang kan..selain eratkan sillaturahim dapar jugak makan sedap2 n bertukar resioi

    ReplyDelete
  11. Bagusnya buat aktiviti sebegini -sambil mengeratkan hubungan saudara, boleh juga jadi fun kan. Keep it up.

    ReplyDelete
  12. Is good to know who is your neighbour. I do mingle with my neighbour. Talking and share some food with them. This is the power of staying at Apartment compare to landed. People more friendly.

    ReplyDelete
  13. Seronoknya ada aktiviti macam ni meriah dapat berbual dengan jiran semua.

    ReplyDelete
  14. Wahhhh bestnya ada majlis2 macam nie bersama jiran. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran. Patut dicontohi !

    ReplyDelete
  15. Kalau kawasan perumahan macam ni memang mudah nak gathering. Rumah ruby bertingkat. Kami hanya aktif di group whatsapp aje. Hahahahahha

    ReplyDelete
  16. Bestnya ada jiran yang OOsem mcm ni. Siap ada group dan buat party lagi. Dekat rumah sis ni...kebanyakkanya cina dan masing-masing buat hal sendiri, sedih tau tak ada kawan nak membawang..hahaha

    ReplyDelete
  17. Seronok dpt jiran2 mcm ni.. mesra dan suka beejimba.. liez punta rumah klau dh namanya kondo mmg duduk betapa la dlm rumah.. lgpun jiran2 bekerja..

    ReplyDelete
  18. meriahnya! ada parti mak - mak lagi. ni reonion ke hahaahah

    ReplyDelete
  19. Kalau dah kawasan dekat-dekat macam ni dah boleh buat kelab kejiranan mak-mak.

    ReplyDelete
  20. Hahaha kenapa comel sangat dapat jiran jiran macam ni? I just moved to a new town area so jiran pon tak ramai lagi hahaha

    ReplyDelete
  21. AWww best nyer buat party macam ni, walaupun cara santai tapi cukup meriah and nampak semua enjoy je.

    ReplyDelete
  22. wah! menariknya ada acara 2 macam ni, macamana nak mulakan ye, kat taman saya geng bapa2 je yg selalu gather2 ni

    ReplyDelete
  23. seronokla mcm tu...dapat eratkan ukhuwah gituuu

    ReplyDelete