Miang Kham adalah hidangan pencuci mulut daripada Thailand. Melihat jiran-jiran menempah Miang Kham, mommy turut serta menempah. Harga satu kotak Miang Kham RM10.
Miang Kham
Miang Kham |
Comel elok je disusun dalam kotak kek. Ada 20 helai daun kaduk. Bahan-bahan lain seperti :-
Limau Nipis - buang empulur & cincang dadu kecil
Bawang besar merah - cincang dadu kecil
Cilipadi - hiris
Udang kering - sangai garing
Kelapa parut - sangai hingga perang
Kacang tanah - panggang
Sos
link
Rasanya sedap. Kalau tengok bahan-bahan tu senang je nak sediakan. Cuma kena belajar buat sos.
Cara-cara untuk makan; Ambil sehelai daun kaduk, letakkan serba sedikit semua bahan-bahan salad bersama sedikit sos. Bungkus dan boleh terus makan. Ya Allah. Nikmatnya.
Ini resepi sos mommy jumpa dekat blog karangkraf. Mana tau satu nanti mommy teringin lagi, boleh buat sendiri. #rajinke
BAHAN-BAHAN SOS:
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci belacan - panggang
2 batang serai
1 ketul gula kabung @ nise
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan kacang tanah panggang - kisar kasar
1 sudu makan kelapa parut - sangai & tumbuk kasar
CARA-CARA MEMBUAT SOS:
1. Halia, lengkuas dan serai dihiris halus lalu dipanggang/sangai dalam kuali tanpa minyak hingga garing keperangan.
2. Tumbuk bahan-bahan sangai hingga lumat bersama belacan panggang.
3. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam kuali lalu masak atas api yang sederhana bersama gula kabung serta sos ikan. Masak hingga semua bahan sebati dan likat. Jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.
4. Masukkan kacang dan kelapa kisar lalu gaul rata. Sedia di hidangkan bersama bahan-bahan salad tadi.
Info chef:
*sos ikan boleh dikurangkan kuantitinya jika terlalu masin.
*gula kabung boleh di tambah kuantitinya jika sos kurang manis.
*rasa sos haruslah seimbang; masin dan manis.
*ada juga yang tambah udang kering panggang yang dikisar halus ke dalam sos.
Rupanya resepi ni pon di ambil dari Chef Sue M Arukin. Pinjam ya Chef tempek kat sini.
teringin nak makan. kat sini pon ada jual. tp x makan sayur. mcm rugi pulak beli kang nak makan daun kaduk tu tak tertelan kang
ReplyDeleteteringin juga nak makan tapi miza tak mampu nak telan daun kaduk
ReplyDeletetgk sdap tapi xblh nak telan..hihi
ReplyDeletemacam sireh ke mommy rasa dia...nampak memang menyelerakan...tapi tak tau lah tekak boleh telan ke tak hihi
ReplyDeleteWawawawawawa...wiken ni nak buat!! Memang fav ni asyik beli je. Kena save resepi ni untuk nak buat nanti. Tq sharing mommy!!
ReplyDeleteSaya tak pernah lagi makan.. Tapi kena cuba jgak ni menu yg pelbagai.. Bahan2 pun mudah cari ni.. Kna try buat jgk ni. Tq atas perkongsiannye.
ReplyDeleteSedapnya miang kham. Dah lama tak makan. Resipi senang jer. Tapi nak buat tu tak tahu bila.
ReplyDeleteMemang senang nak buat tapi susah nak cari daun kaduk tu. Kalau pergi thailand mmg selalu beli
ReplyDeleteMummy boleh juga beli mango sauce kat datin isma. IG : masakwithpassion . Boleh makan dengan mango chicken , dengan miangkham ni pun sedap. Nyums
ReplyDeleteSos dia yang penting. Susah nak jumpa yang sedap. Fav ana juga ni. Sedap sangat.
ReplyDelete1s time dgr ni..m
ReplyDeleteMemang kesukaan Bonde ni, selalu beli sahaja. Sebab daun kaduk tu dah lupus dekat kebun. Dulu memang daun kaduk tu hidup melata tepi rumah. Rindu pulak saat kecil dikampung.
ReplyDeleteSenang sangat tu sebenarnya cara nak buat ni. Lelaki macam saya pun boleh kasi settle ni
ReplyDeleteAS suka makan miangkham ni masa kerja di kroh dulu..ada sorang kakak tu dia berdarah siam pattani. Memnag sedap.
ReplyDeletemudah jer kan tapi kalau dah ada tanda M kat dahi akk ni..hehe beli jer..heheh
ReplyDeleteliez dh cuba buat sostapi still mcm nak yg org buat..pernah MIL beli dkt padang besar.. dlm sekilo sosnya.. seronok makan hari2
ReplyDelete