Masa mommy pergi meminang untuk adik ipar di Kuantan tempoh hari, mommy singgah ke rumah blogger Papaglamz. Papaglamz dipanggil dengan nama "papa" siap masak special untuk kami. Oh ada juga blogger lain berkumpul di sini.
Menu wajib mesti lah kek coklat by hot papa. Papa ni pandai buat kek. Orang kuantan boleh tempah kek dengan papa.
Antara blogger lain yang datang adalah Aami. Aami blogger kuantan juga. Tapi selalu juga Aami turun event. Sebelum ni Aami tinggal di KL. Baru juga lah Aami berpindah ke Kuantan.
Menu utama papa untuk kami adalah Nasi Ayam. Terima kasih papa.
Zoom ayamnya. Sedap weh. Untungnya Saadiah(wife papa). Mommy kalau tak rajin nak masak, ajak makan kat luar saja la. Tok laki tahu masak air sahaja. Hehee
Ayam untuk Nasi Ayam by Papaglamz |
Zoom out kek coklat. Bukan nak puji melambung, tapi sungguh la hebat seorang lelaki. Masak pandai. Menjahit pandai. Serba serbi boleh buat.
Suami mommy lagi hebat. Mana ada orang sanggup buat sistem free. Namun untuk menyenangkan isterinya, terhasillah AFB Auto-scheduled Feed. Haha nanti ada makcik bawang kata apa lah mommy puji laki orang. Hello laki kita lagi hebat tau. Sistem tu laki kita seorang ja tahu.
link
Eh ada juga blogger lain yang datang. Shark dan kak ita. Lama juga la ada kat rumah papa sanpai daddyG dah berkali-kali tanya bila nak balik. Driver penat memandu jauh dari Meru.
Hujung bulan April mommy nak turun Kuantan lagi. Cuma kali ini agak padat mungkin tak ada masa untuk program lain. Hari tu tunang, kali ni nikah pula.
Terima kasih papa menyenyangkan perut kami dengan nasi ayam dan kek coklat.
Orang lelaki masak memang sedap.
ReplyDeletekan ramai chef terkenal tu lelaki..mcm mat saleh kan lelaki yg memasak..hehe
ReplyDeleteNAsi ayammmm. Favourite uh.
ReplyDeletewaaa hebat papa pandai baking dgn memasak..
ReplyDeleteseronok jumpa kawan2 bloggers kan ^^
ReplyDelete