Goodnite, Teman Sempurna Anda!

Pada 11 Mac yang lalu, mommy berkesempatan ke Export Furniture Fair (EFE) di Kuala Lumpur Convention Centre. Ini adalah EFE yang ke-14 yang diadakan pada 9 hingga 12 Mac 2018.

EFE adalah peluang terbaik untuk melihat sendiri perabot bermutu dan berkualiti tinggi dan reka bentuk terkini untuk bilik tidur, ruang tamu, dapur, ruang kanak-kanak dan macam-macam lagi. 

Apa yang menarik perhatian mommy adalah tilam Goodnite dengan mottonya "Your Sleeping Partner" atau diterjemahkan ke Bahasa Melayu menjadi "Goodnite, Teman Tidur Anda!".

Goodnite, Teman Sempurna Anda!

Hati mommy tersentuh apabila melihat Goodnite Promo Video 2018. Kau orang boleh tonton video di bawah.

Siapa teman sempurna anda? Adakah kawan baik anda? Adakah teman yang selalu berbual melalui telefon dengan anda? Atau haiwan peliharaan anda? Atau drama kegemaran anda? Mungkin barangan beli belah akan membuatkan anda gembira? Atau seseorang yang menemani anda setiap malam? Adakah teman welfie anda? Atau pasangan anda?

Sebaik mana sekalipun hubungan anda dengan teman anda, pasti akan ada ketidaksefahaman. Siapakah sebenarnya yang ada bersama anda ketika anda sedih atau sakit? Siapa yang akan menenangkan anda? Siapa yang sentiasa ada setiap masa? Satu-satunya yang akan ada selalu menerima anda setiap hari adalah Goodnite! Bukan sekadar tilam. Ia adalah teman sempurna anda!

Ya mommy mengaku. Bila bersedih mommy akan sembamkan muka ke atas tilam. Tiada sesiapa yang memujuk. Oh tilam yang menjadi teman sempurnaku!

Memilih tilam adalah satu perkara penting kerana, tilam mempengaruhi masa tidur. Masa tidur adalah waktu rehat untuk kita mengembalikan tenaga pada keesokkan harinya. Tidur yang tidak berkualiti akan mempengaruhi aktiviti seharian seperti lenguh-lenguh badan, lesu dan mengantuk di tempat kerja

Kenapa Goodnite® harus jadi pilihan?

Tilam Goodnite® adalah jenama yang dipercayai dengan harga berpatutan bagi tilam dan produk bilik tidur yang lain. Jenama Goodnite® berkembang dan telah menjadi pengeluar tempat tidur utama di pasaran tempatan dan antarabangsa sejak bertahun-tahun. Dengan revolusi teknologi, Goodnite® mengeluarkan tilam Statfree® iaitu bebas statik.

Apa itu bebas statik @ Statfree®?

Dalam aktiviti seharian kita, kita sentiasa menyentuh objek dan secara tidak langsung badan kita mengambil elektron dan mengumpul had voltan tertentu. Apabila anda menyentuh objek lain, ia akan menyebabkan kejutan ringan. Ini dipanggil elektrik statik.

Penggunaan harian peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet mengumpul elektron sehingga menyebabkan kenaikan caj elektrik statik dan dipindahkan ke tubuh melalui induksi elektrostatik. 

Gangguan elektron berlebihan akan menyebabkan ketegangan, yang boleh menyebabkan kita sukar untuk tidur.

Apabila badan mengumpul voltan statik tinggi, kitaran metabolisma badan akan menjadi rendah. Ini seterusnya memberi kesan kepada sistem imun, menyebabkan tubuh menjadi terdedah kepada penyakit dan mempercepat proses penuaan.

Tilam Goodnite® Statfree® 
- bebas dari statik
- bebas dari masalah tidur
- bebas dari sakit kepala
- bebas dari keletihan
- bebas dari sakit badan.

Fungsi anti-statik ini beroperasi sepanjang hayat tilam.

Terdapat tiga jenis tilam Goodnite® Statfree® LOVE SERIES

Forever Love

Forever Love Series direka untuk memastikan pengalaman tidur yang mewah dan memberi jaminan untuk memberi kepuasan dan keselesaan.
Tilam Goodnite® Statfree® Forever Love Series 
Duduk atas Tilam Goodnite® Statfree® Tilam Goodnite® Statfree® ini sahaja sudah rasa mewah.
Pastinya tuan empunya Tilam Goodnite® Statfree® Forever Love Series dapat tidur yang lena dan berkualiti.
MYR4,399.00 (Queen)
MYR5,199.00(King)

Dengan pembelian Forever Love Series ini anda akan dapat hadiah percuma iaitu:-
Queen/King size 2 x Statfree® Soft Latex Pillow +
2 x Statfree® Car Seat +
1 x Statfree® Topper Queen/King

Statfree® Soft Latex Pillow

Statfree® Car Seat
Statfree® Topper
Info lanjut boleh ke Goodnite.com.my/forever-love-gift.html

True Love

Menurut jurujual Goodnite® True Love Series sesuai untuk mereka yang gemuk untuk mengembalikan berat asal. Ok, mommy terasa tahu. Nak kena pujuk daddyG belikan ke ni?
Tilam Goodnite® Statfree® True Love Series 
Harganya MYR1,999.00(Queen)
MYR2,399.00(King)

Info lanjut boleh terus ke goodnite.com.my/true-love-gift.html

Eternal Love

Tilam ini memberikan ketahanan yang lebih besar. Apabila mommy jatuhkan badan atas tilam Goodnite® Statfree® Eternal Love Series, tak rasa bergerak. 
Tilam Goodnite® Statfree® Eternal Love Series
Jurujual cadangkan Eternal Love lebih sesuai untuk mommy. Katanya tak berbunyi tilam ni. Adakah saya sangat gemuk sehingga boleh menggegarkan katil. Atau dia tahu mommy selalu melepak atas tilam. Hmmm 
Mommy dah henyak henyak atas tilam Goodnite® Statfree® Eternal Love Series tak rasa gegaran
MYR3,399.00(Queen)
MYR3,999.00(King)

Dengan pembelian Eternal Love Series ini anda akan dapat hadiah percuma iaitu:-
Queen/King size 2 x Statfree® Memofoam Pillow +
1 x Statfree® Topper Queen/King
Statfree® Memofoam Pillow
Info lanjut boleh terus ke goodnite.com.my/eternal-love-gift.html

IceSleep™

Terkini tahun 2018, Goodnite® mengeluarkan tilam berteknologi IceSleep™ bersuhu 18°C. Ini kerana suhu tidur yang sesuai ialah 18°C. Pada suhu ini, badan tidak perlu menggunakan tenaga tambahan untuk menghasilkan haba. Suhu ini juga sesuai untuk membantu mengurangkan insomnia dan juga meningkatkan kesihatan.
Sentuh sahaja IceSleep™ tangan terasa sejuk

Faedah IceSleep™

  • Membuatkan tidur lebih mudah
  • Menggalakkan tidur yang lebih lena
  • Melegakan tekanan
  • Mengurangkan penuaan
  • Mengurangkan risiko sindrom metabolik
IceSleep™ berkesan sehingga 20 tahun
Suhu hangat menyebabkan badan berasa tidak selesa dan menjadikan sukar untuk tidur. Dengan tidur IceSleep™ tidur akan lebih berkualiti secara semula jadi dan memperbaiki kualiti tidur.

Top 5 Finalist Category Mattress dan With Best Compliments EFE 2018
Sekalung tahniah buat Goodnite® kerana mendapat Top 5 Finalist Category Mattress dan With Best Compliments di EFE 2018.

Bagi mommy, tilam yang sesuai untuk mommy adalah Eternal Love. Memandangkan mommy agak lasak dan banyak menghabiskan masa membuat kerja-kerja blog di atas tilam. Bila mommy buat kerja, badan tak sakit. Bila mommy tidur, pastinya mommy dapat tidur lena dan bangun dalam keadaan segar. Bila mommy mengganas tiada yang mendengar. Opss! Jom menabung beli Goodnite® Statfree®.

23 comments:

  1. Best yg ice sleep tu...akk pun pengguna tilam goodnite tp bkn yg hat entry tu..kalau dpt perghh mau xbangun tu

    ReplyDelete
  2. sedapnya dapat baring ataih tilam empuk ni...lena Zzz..rega pun mesti boleh tahan..confirm2 best baring ataih tilam ni...

    ReplyDelete
  3. Wah.. dah macam retis yang jadi duta katil gitu... hehehe...

    ReplyDelete
  4. HEhe bab tilam mmg hilma x tau tp lps baca blog ni rasa nak beli tilam baru je hehehe..betul tu tilam akan buat kita tido lena and bila tido x disturb bila bgn badan pun rasa fresh je

    ReplyDelete
  5. Seronok la tido atas tilam ni. Makin nyenyak tido, jangan tak bangun sudah..ahahah

    ReplyDelete
  6. Best kalau dapat sebiji tilam sekali ngan katil..eh dorang tak bagi ke blogger sorang satu...hahahaha...mahal giler kan tilam dia..tapi x salah kalau nak invest untuk kesihatan badan...ini kalau akak dapat ni..tido dua hari tak bangun pun sanggup ni

    ReplyDelete
  7. Nampak bagus nya goodnite ni.. rasa nak tidur dah.. so comfortable...

    ReplyDelete
  8. Bestnya tilam Goodnite ni mommy. Nampak jelas keselesaan nya. Harga mesti setanding kualiti kan. Memang tahan lama dan selesa terutamanya yang mengalami masalah tidur.

    ReplyDelete
  9. Betul tu, tilam kene ampuk dan best bila tidur. Kalau tak memang terjejas kualiti tudur, badan pulak sakit-sakit. Hebatlah inovasi dia, macam-macam ada. Tapi tengok harga tu memang pitam sekejap. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Pemilihan tilam ni penting, biarpun mahal asalkan selesa .. bila penat bekerja salah satu pemilihan tilam yang sesuai untuk kita rehatkan badan

    ReplyDelete
  11. mcm berminat je topper tu. utk menambah empuk tilam sekarang ni

    ReplyDelete
  12. Amboi tengok tilam tu kalau dah tido memang tak bangun lah nampaknya hari-hari tak pergi kerja asyik tido jer hehehehe bestnya tilam ni...

    ReplyDelete
  13. Dulu tilam king kita ni tinggi tau...after 5 years pakai...da kurang ketinggian dia..haha....nnt boleh la try tilam yg u suggestkan ni

    ReplyDelete
  14. Tilam saya kat rumah pakai yang ni lah. Memang best, sebab siap ada servis tahunan lagi.

    ReplyDelete
  15. Bestnya dapat tilam macam ni..tak nk bangun2 kalau dpt tilam cam gini..hehehe.
    Sis pun kalau pasal tilam mmg nk yg tahan lama dn keras..tak suka yg lembek2..sakit pinggang kalau lembek

    ReplyDelete
  16. Mommy dah macam duta tilam goodnite hihi. Boleh tahan juga harganya ye. Tapi apa salahnya melabur untuk kesihatan diri sendiri ye dak. Kalo kinah dapat sebiji ni mau asyik menepek je hihi

    ReplyDelete
  17. A good bed quality is important as it promote a good sleep and maintain a good bone too. I willing invest in a good bed.

    ReplyDelete
  18. Tidur kat katil mcm nih selesa confirm lena..xnak bangun bangun. Nak beli katil nih kena kumpul duit.

    ReplyDelete
  19. This is really my no 1 favorite bed. I got the frame and mattress and the only brand I will want to also on...

    ReplyDelete
  20. Bestkan dapat tilam macam ni. Bila bangun mesti Dah x stress sakit belakang atau kurang nyenyak tido

    ReplyDelete
  21. OMG that whole bed looks like it was meant for a king/queen. it has a super luxurious feel to it...but for that kind superb quality bed..for it to be around RM5k...that's pretty reasonable.i would say

    ReplyDelete
  22. Allahu, kepala katil dia tu, wowwwwww sangat! Kalau kita la dapat tilam sebegini rupa, sayang nau nak bangun.. Tapi tilam Goodnite ni tak disangkal lagi, memang tilam terbaiklah. Tidur dia lena! Dan harga dia pun wowww setanding dengan kualiti dia. Idaman setiap orang :D

    ReplyDelete
  23. Baru teringat nak beli set tilam katil baru.. bestnya.

    ReplyDelete