Mommy sebenarnya rancang nak pergi Kidzania, tapi tiket tertinggal di rumah. You spoil yourself. Kemudian mommy tukar rancangan bawa anak-anak ke Taman Tasik Shah Alam.
Yang baju purple tu Urusetia Nisa's Health Day |
Kebetulan ada Nisa' Health Day. Apa pula lah Nisa ni. Kalau nama orang tu selalu dah dengar. Nisa' Malaysia adalah NGO.
Ada macam-macam aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah, permainan kanak-kanak dan sebagainya. Mommy sempat periksa tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Kemudian ke pameran kenali kanser dan hearing aid. Sempat berbual mengenai perkembangan telinga anak-anak mommy.
Bersama doktor nak buat pemeriksaan kesihatan |
Pemeriksaan tekanan darah | Keputusan normal |
Pemeriksaan gula dalam darah | Keputusan normal |
Anak-anak sertai permainan yang dijalankan |
Kemudian Adam sibuk ajak balik. Adam mengadu sakit kepala. Mommy layan urut kepala Adam tepi tasik. Kemudian layan anak-anak main belon buih. Adam masih moody.
Mommy melengah-lengahkan masa kerana kami ada banyak masa sehingga daddy habis bekerja. Daddy selesai kerja jam 5 petang.
Jam 12.30 tengahari. Adam mengadu lapar. Adam minta nak makan McD. Mommy pun bawa mereka makan McD Seksyen 3.
Kereta buat hal! Bateri kong ke?
Masa nak balik tu, mommy hidupkan enjin kereta, kereta tak hidup. Aduh, kenapa lah pula ni? Dah la hari panas. Kereta buat hal. Dengan Amal yang tiba-tiba hyperaktif berlari menonong ke jalan. Allahu. Urut dada mommy tahan marah. Kemudian minta Adam pegang adik kuat-kuat.
Mommy hubungi DaddyG. Beritahu masalah kereta. Mana lah mommy nak reti periksa. Dah lama dalam kereta, tak hidup juga kereta. Anak dah berpeluh. DaddyG kata duduk kat dalam McD tu tunggu orang datang periksa bateri kereta. DaddyG dah contact bateriku.com.
Tukar bateri dengan bateriku.com
Tak lama selepas tu, operator bateriku.com hubungi mommy tanyakan alamat dan jenis kenderaan. Harga bateri kereta Amaron RM220, waranty selama 18 bulan. Bab duit tak perlu risau dah sebab kebetulan baru keluarkan duit. Kan tadi tak jadi pergi KidZania.
Bateri kereta berkualiti
Ada banyak jenis bateri kereta. Amaron merupakan bateri kereta berkualiti tinggi. Harga bateri kereta di bateriku.com adalah yang termurah. Haa semua ni daddyG dah survey. Sebab tu lah dah dua kali daddyG tukar bateri kereta dengan bateriku.comBateriku.com selamat untuk wanita
Sebagai wanita, mommy yakin ramai wanita di luar sana bimbang dengan lelaki-lelaki yang tidak dikenali. Tapi jangan risau kerana bateriku.com selamat untuk wanita.
Mommy risau juga kan, tapi daddyG kata tunggu bateriku.com datang. Terus hilang risau tu. Risau kereta tak hidup sahaja.
Lebih kurang 40 minit, Hero datang menyelamat. Technician yang datang tu dipanggil Motec(sumber dari rakan facebook mommy). Namanya Meor. Motec Meor periksa bateri kereta mommy. Katanya bateri kereta elok lagi. Kalau bateri kereta elok lagi, mereka takkan sesekali tukar bateri.
Mommy risau juga kan, tapi daddyG kata tunggu bateriku.com datang. Terus hilang risau tu. Risau kereta tak hidup sahaja.
Lebih kurang 40 minit, Hero datang menyelamat. Technician yang datang tu dipanggil Motec(sumber dari rakan facebook mommy). Namanya Meor. Motec Meor periksa bateri kereta mommy. Katanya bateri kereta elok lagi. Kalau bateri kereta elok lagi, mereka takkan sesekali tukar bateri.
Meor minta kunci untuk hidupkan enjin kereta. Aik! Elok pula kereta boleh hidup. Nak nangis ada nak gelak pon ada. Tadi pulun mommy start tak hidup-hidup. Mentang-mentang lah mommy tak berteman hari ini. Adam Anis dan Amal tak membantu. Malah mengusutkan mommy yang sedia kusut dari pagi lagi.
Meor tanya mommy ada terjatuhkan kunci ke. Tak ada pula kunci jatuh.
Meor tanya lagi, mommy ada main gear ke? Erk masa tu Meor sendiri nampak mommy anak beranak huru hara. Anak-anak lah kot main gear ke apa. Mommy pon serabut dah tak boleh fikir.
Walaupun bateriku.com bersusah payah datang, mommy tak payah bayar apa-apa sebab pemeriksaan adalah percuma. Jumlah yang perlu dibayar adalah untuk bateri kereta sahaja.
Sebenarnya mommy dalam hati risau, mommy selalu terlupa tutup lampu kereta. Sebab tu ke bateri kereta cepat kong? Huwaaa jangan lah daddyG baca. Marah dia nanti. Kenapa lah culas sangat bini dia ni.
Sempat mommy snap gambar kereta bateriku.com |
Motec Meor terus bergerak nak jumpa customer lain yang nak tukar bateri kereta.
Macam kes kereta mommy ni, bateri masih elok. Sekiranya enjin kereta masih tak boleh hidup, motec akan berusaha mencari apa masalah. Kalau motec sendiri tak tahu apa masalah, terpaksa mommy hubungi mekanik.
Macam kes kereta mommy ni, bateri masih elok. Sekiranya enjin kereta masih tak boleh hidup, motec akan berusaha mencari apa masalah. Kalau motec sendiri tak tahu apa masalah, terpaksa mommy hubungi mekanik.
Ada sambungan cerita lagi. Mommy keluar dari McD menuju pula ke Taman Tasik Shah Alam semula. Orang Shah Alam mesti tahu. Nak ke Taman Tasik Shah Alam mommy kena u-turn dekat lampu isyarat. Mommy dah u-turn, kereta tiba-tiba bergerak perlahan. Tekan minyak tak bergerak. Di belakang ada kereta lain. Mommy terus bagi signal ke bahu jalan. Kereta belakang dah potong mommy, terus mommy break. Matikan enjin kereta.
Keadaan ini lagi serius daripada tadi. Berganda-ganda berdebar sebab yang tadi tak habis lagi, jadi pula kejadian lain. Kali ini di tengah jalan. Mommy hidupkan kereta. Alhamdulillah kereta hidup semula. Mommy terus parking kereta dekat taman. DaddyG kata nanti dia bawa kereta pergi service.
Kami lepak kat taman tak lama sebab hujan turun. Mommy singgah sekejap dekat ABC Fradoo. Tapau ABC coklat lebih. Buat pengubat jiwa kacau hari ni.
Haih, dugaan betul hari ni. Mujur lah ada bateriku.com.
Allhamdulillah... Allah Ya Wahhab...
ReplyDeleteNasib baik tak jadi apa- apa kan...biasa la kadang- kadang kereta ni ada banyak ragamnya especially bila tuan takde duit..memang time tu la dia nak rosak..nak habis bateri..kita orang perempuan ni cepat panik kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah bila ada bateriku ni senang sikit tak payah nak risau sangat bila bateri kong dekat mana2 tapi masih kena peka juga dengan keadaan bateri
ReplyDeletealhamdulillah dipermudahkan.....
ReplyDeletemudah ada bateri.com, oarang wanita or sesiapa yang tak berapa mahir bab kenderaan sekarang tak perlu risau, just call jer dia orang kan. bagus juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah nasib baik selesai. Bateri.com khas untuk bateri kereta sahaja atau ada repair kereta sekali?
ReplyDeleteMujur xjd pape mommy . Kalau terbenti kt jln sunyi takut juga kan... Mujur jugalah ada bateriku.com tu... Senang dan cepat je bertindak..
ReplyDeletekak! tahun lepas pun bateri kereta ainy tetiba rosak. ainy pun call bateriku.com jugak. servis pun cepat tapi paling best sebab xyah nak pergi tempat dia. dia datang tempat kita tukar bateri dan check sekali.
ReplyDeleteMujur ada bateriku.com kan mommy penyelamat paling pantas. Alhamdulillah dipermudahkan. Marsha pun kalau masalah bateri memang call dorang.
ReplyDeleteNasib xde ape2 ek irra..yg penting senang ada servis bateriku.com ni..call je terus dtg..xde service charge pon ya..
ReplyDeletebaterikucom nampak ok jugak... mujur ada ni.. penyelamat yang super cool, kan?
ReplyDeleteNasib baik bateriku.com ada datang periksa kan. Tapi geram pula bila kita start tak nak hidup,org lain start hidup pula.kesian anak anak berpeluh2
ReplyDeleteSelamat ada bateriku.com datang selesaikan masalah. Takah risau sangat. Bahaya juga tengah jalan bateri tetiba kong kan.
ReplyDeletebagus la. kalau jadi kat perempuan menggelabah tak tahu nak buat ape
ReplyDeleteMudah kalau ada perkhidmatan macam ni, skarang tak risau lagi kalau bateri kong tiba-tiba. Ingat je bateriku.com
ReplyDeleteRamai orang kata khidmat beteri ku ini bagus walaupun kita tak pernah cuba. Boleh tak kalau nak tukar beteri motor kita tak nak hidup start dah berhari-hari..
ReplyDeletebertabahla ibu. dugaan bila keluar ngan anak2....tapi bateriku ni akk pun pernah guna...cepat juga servis dia..harga/rate dikenakan pun logik lagi huhu
ReplyDeleteWah bestnya buat healtcare screenjng tu...
ReplyDeleteTapi alamak part bateri kong tu kalau husband xda n kita dgn anak2 mmg cuak kan..nasib ada bateri.com ni kan
uzu tak taw bab kereta. hehe kalau bateri habis pon tak taw nak buat apa. hari tu pepagi lagi x hidup keta. rupanya bateri habis. paksa nak uber ke ofis. huhu x teringat pasal bateri.com.
ReplyDeletedulu pernah kena juga tapi tak sure guna perkhidmatan dorang atau yang lain. tka ingat hehe
ReplyDelete