Sudah tiga kali mommy sertai jiran-jiran bersenam. Di dewan Jalan Kopi kami beraerobik. Manakala di Klang Sentral kami berzumba.
Aerobik dan zumba sangat berbeza, namun kedua-duanya adalah senaman.
Nak badan sihat, kita kena lah bersenam. Tapi bersenam seorang ni lain rasanya daripada bersenam beramai-ramai.
101 Faedah bersenam
Terdapat 101 faedah bersenam. Banyak tu. Tapi mommy nak highlight beberapa sahaja yang ada kaitan rapat dengan mommy. Yang lain korang baca dekat link mommy bagi kat bawah nanti eh.
Latihan meningkatkan kesihatan seksual dan prestasi.
Yang bujang kena skip point yang ini. Seksual bukan lah sebab utama pasangan mendirikan rumah tangga. Namun seksual adalah perkara penting bagi mengekalkan keharmonian sesebuah keluarga. Sebagai wanita kita tak boleh bagi alasan untuk mengelak. Berdosa tau. Kalau suami cari yang lain macam mana? Jadi layanlah suami sebaiknya.
Secara keseluruhan saluran pernafasan dan paru-paru kesihatan boleh dipertingkatkan dengan senaman yang kerap.
Point yang ini pula ada kaitan dengan penyakit asma yang dah datang kembali dalam hidup mommy. Dulu masa kecil mommy ada asma. Selalu lah mak bawa ke hospital atau klinik. Sekarang asma mommy bukan lah tahap kronik. Jadi senaman membantu menenangkan mommy.
Fungsi mental dan memori boleh meningkat dengan ketara disebabkan senaman.
Cakap pasal mental. Allahu. Jaga anak ni bukan mudah tau. Mental kena kuat. Mommy kemas tak sampai setengah jam, dah bersepah semula. Dengan tangan mommy yang sakit, memang sangat menduga. Memori pon teruk juga lah selepas beranak tiga. Senaman boleh mengurangkan tekanan.
Senaman boleh meningkatkan keyakinan diri dengan meningkatkan imej badan seseorang melalui kehilangan berat badan.
Yang ini mommy sokong 200%. Kalau gemuk, mommy nak ambil gambar pon segan. Dah ambil gambar banyak tapi tak upload di mana-mana pun sebab buruk. Terus hilang keyakinan. Namun mommy tengah usaha nak turunkan berat badan.
Latihan menguatkan tulang dan ligamen.
Untuk kuatkan tangan mommy yang ada ada masalah shoulder dislocation, mommy perlukan lakukan senaman fisioterapi secara konsisten setiap hari.
Senaman mengurangkan kesakitan yang dialami semasa proses kelahiran.
Untuk mengurangkan sakit semasa proses kelahiran, kena lakukan senaman kegel.
Senaman membantu mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Semestinya selepas bersalin kita nak dapatkan kembali berat asal. Jadi kena senaman mengikut kemampuan.
Senaman yang kerap ditambah pula dengan pemakanan yang baik adalah satu-satunya cara untuk memudahkan penurunan berat badan.
Ini lah yang mommy tengah lakukan sekarang. 4kg dah turun. Lagi 8kg.
Senaman yang kerap akan mengurangkan selera makan seterusnya menggalakkan penurunan berat badan.
Yang ini mommy belum pasti kesahihannya. Tapi kalau mengurangkan makan secara konsisten akan menyebabkan mommy kurang selera makan.
Aktiviti aerobik yang kerap akan menjadikan badan lebih berkesan untuk menggerakkan asid lemak semasa latihan, sekali gus memudahkan penurunan berat badan lebih cepat.
Jadi mommy akan konsisten beraerobik untuk turunkan berat badan.
Bersama cikgu aerobik(tengah) & mama ida(jiran yang ajak mommy) |
amboi..sakannya berzumba ya :)
ReplyDeleteSaya dlu suka zumba, sejak minum jus aimra.. kolestrol trun, dah lama tak zumba dah :D
Setuju mummy.. K. Fiezz pun berZumba tpi buat sensorang je kat rumah. Ikut youTube.. Nk joint grup mcm ni, susah.. Jdi jgn bgi alasan memacam. Kita buat je kat rumah..
ReplyDeleteseronok bersenam , kekal sihat dan cergas ... kena tunggu mrs pip bersalin baru boleh bersenam ... angan2 nak hilang 10kg mrs pip ni, hope berjaya nnt ...
ReplyDeletewahhh bestnya. teringin juga nak aerobik zumba ni tapiiii hahahaha
ReplyDeleteYeah! Rawlins pun kaki zumba - memang best berzumba nie especially jika kita ada rakan-rakan berzumba yang sama kepala dan kaki enjoy gak. Chaiyok untuk kesihatan!
ReplyDeleteyes irra. kalau zumba, aida tak terikut! maklum ler, dah tua.
ReplyDeletesenamrobik yg simple yes. seronok.
aida buat dlm rumah sensorang aje, irra. takde studio yg sesuai kat sini.
sebab instructor nyer lelaki! ha ha ha segan.
other than that, pepagi, aida gi stadium tun fatimah. senamrobik santai dari 7 pagi - 7.30 pagi tiap hari. kalau free lah.
Wah bestnyer zumba. Berpeluh peluh ni best. Badan jadi sihat.
ReplyDeleteSaya malu nak join benda macam ni..hahaha. tak tahu la kenapa. Kalau ada kawan ok la kot
sekarang dah memang jadi trand yang bagus kepada orang kita iaitu aktiviti Zumba macam ni suka tengok ramai rakyat kita yang nak sihat bagus lah kita pun nak masuk kelas zumba lah lepas ni hehehehe...
ReplyDeleteSeronok dapat join zumba camni..boleh kasi fit badan kan..ami nak jugak g tapi somi tak kasi lak..hahaha..i kejar anak2 je lah..lol
ReplyDeleteBila dah busy dengan anak-anak. Memang jarang bersenam. Kita selalu fikir buat kerja rumah tu dah cukup sibuk macam bersenam. Hehe. Hakikatnya makin memboyak. Sebab stress, sibuk macam-macam perkara. Bila kita bersenam beri masa pada diri kita 1 jam sehari tanpa anak-anak dan suami. Pasti cepat slim. Sebab kita fokus kepada guru zumba dan badan kita. Teruskan berzumba ye mummy.
ReplyDeleteZumba mmg best sbb dpt dengar lagu kuat2 sambil berjoget2. Di samping tu, dapat turunkan berat badan dan keluarkan peluh. Nak join jugak berzumba !
ReplyDeletewow! you lost 4kg? please don't look down on yourself...some people can't even loose 1kg in two months..no joke...but key point is as long as you are healthy and enjoying what you are doing...my mom loves zumba too...and it has helped to improve her stability and health...
ReplyDeleteBestnya bersenam. Stress juga sejak-sejak sibuk bekerja dan tak dapat bersenam ni. Perut pun dah boroi... Kena cari time juga untuk bersenam.
ReplyDeleteZumba memang mendapat perhatian sekarang. Di komuniti-komuniti setiap taman pun selalu ada aktiviti macam ni. Memang cukup menyihatkan apatah lagi sesuai untuk setiap lapisan masyarakat kan. Tak cukup tu, boleh menambah kenalan lagi. Dan buat sendiri kat rumah pun tak ada masalah! :D
ReplyDeleteSis pernah join zumba dalam 2 ke 3 kali je..lepas tu dah tak gi dah sebab lutut sakit..tak leh terima pergerakkan yg banyak gunakan kaki. La ni senam kat basikal je dlm rumah je..tu pun sesekali kalau rajin..tu yg badan tak turun2 tu..hehehe
ReplyDeleteAku tuh paling malas berolahraga. Kalau pun harus berolahraga, saya pasti memilih Zumba. Enak aja sih gerakannya gk terlalu ribett.
ReplyDeleteAduhh..lamanya tak bersenam! Tak ada masalah jawapan biasa kan. Nak berzumba, kekokk pula tarinya. Kene kuatkan azam lah supaya Bella pun mula bersenam. Huhu
ReplyDeleteseronoknya berzumba..semalam baru melenjan try berzumba..mmg best..rasa stress dlm diri ada sikit berkurangan...kagum tgk akk yg lebih berusia hebat berzumba
ReplyDeleteMemang best aerobik zumba kalau buat sama sama w geng or friends, tambah lagi dapat lagu rancak yang kita suka. Membuak buak semangat nak membakr lemak ni.
ReplyDeleteI love Zumba but will only dance after my hard core Tabata... hehehe he
ReplyDeleteFor me Zumba is much more relax type exercise so usually will do it to cool down myself.....
Best..saya pun suka zumba ni..1 sebab time ni la nk kluar peluh..n time ni la nak me time sendiri kan...tapi dah lama x pi zumba
ReplyDeletewah mummy, baguslah buat aktiviti menyihatkan macam ni. kalau dok rumah je leh beku kan. selamat berzumba
ReplyDeleteHaaa...keja susah sikit nk berzumba...sabtu/ahad ada event tp memang seronok joint kalau kat office ada hari bersukan
ReplyDeletennt makin kurus la mommy kita ni...
ReplyDelete