Minggu lepas mommy berpeluang mendalami ilmu keibubapaan dan mendapatkan petua pemakanan dari selebriti Yana Samsudin, Diana Amir, Chef Lin dan Penasihat Careline Dumex Dugro® semasa Sesi Mama2 Penyayang Dugro® di The Cooking House, Bangsar.
Harus lah bergambar dahulu sebelum Chef beraksi |
| ||
Yana Samsudin, emcee pada hari ini |
Dumex Dugro® bukan sahaja memberikan lebih banyak nutrisi, malah sentiasa berada di belakang ibu-ibu sepanjang masa melalui perkhidmatan Careline. Mommy mula mengetahui mengenai Careline ini sejak kempen backpack Dugro® tahun lalu.
Pada mommy, inisatif pihak Dumex Dugro® menjalankan pelbagai kempen dan perkhidmatan Careline 24 jam sangat bermanfaat dan mempengaruhi kehidupan keibubapaan mommy sendiri. Dumex Dugro® sentiasa ada bersama ibu-ibu menyokong perjalanan kami dalam memupuk anak-anak menjadi lebih lagi, dan menggalakkan perkongsian dan pembelajaran sesama ibu.
Produk Dumex Dugro® mempunyai DHA*, Omega 3, Omega 6 yang tertinggi, satu-satunya jenama yang mengandungi lcFOS.
Pada mommy, inisatif pihak Dumex Dugro® menjalankan pelbagai kempen dan perkhidmatan Careline 24 jam sangat bermanfaat dan mempengaruhi kehidupan keibubapaan mommy sendiri. Dumex Dugro® sentiasa ada bersama ibu-ibu menyokong perjalanan kami dalam memupuk anak-anak menjadi lebih lagi, dan menggalakkan perkongsian dan pembelajaran sesama ibu.
Produk Dumex Dugro® mempunyai DHA*, Omega 3, Omega 6 yang tertinggi, satu-satunya jenama yang mengandungi lcFOS.
Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro
Kali ini Dumex Dugro® menyediakan 6 menu resepi yang mudah dan berkhasiat untuk mama-mama penyayang Dugro pelajari. Tengok gambar sahaja pasti terliur sama.Bubur Ikan Riang Ria |
Kebab Ikan Comel |
Burger Ayam Sayangku |
Nasi Goreng Meriah |
Pasta Si Manja |
Quiche Ayam & Cendawan Enak hasil air you tangan mommy dan kawan-kawan |
Acara dimulakan dengan demo memasak dua resepi daripada 6 menu di atas oleh Chef Lin. Dalam masa yang sama Yana Samsudin bersama Penasihat Careline Dumex Dugro® memberi ulasan mengenai nutrisi dan khasiat bahan makanan yang digunakan.
Chef Lin dan Yana Samsudin |
Majlis dihoskan oleh Yana Samsudin menjadikan suasana cukup meriah dengan telatah beliau yang sangat comel dan kelakar. Tak kering gusi kami semua dan kami mendapat ilmu yang sangat berharga.
Tak dilupakan juga ilmu memasak dan cara menyediakan makanan secara sederhana dan kreatif serta tips penyimpanan makanan dari Chef Lin. Perkara yang paling penting adalah jaminan kesihatan serta makanan anak-anak penuh khasiat dan nutrisi hasil dari air tangan ibunya sendiri.
6 resipi yang diperkenalkan di atas kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, serat, vitamin dan mineral. Resepi yang ringkas dan mudah ini sesuai untuk pelan makanan 1 minggu kanak-kanak bagi ibu bekerjaya menyediakannya.
Selesai Chef Lin demo memasak, tibanya masa kami ibu-ibu yang menyertai pula memasak. Wah ini merupakan kali pertama mommy menyertai program masak memasak. Perasaan teruja dan sedikit berdebar.
Kami perlu memasak dua menu iaitu Quiche Ayam & Cendawan Enak dan Kebab Ikan Comel selama satu jam.
Jom mula memasak! |
Chef mengajar cara memotong brokoli untuk Kebab Ikan Comel |
Cucuk ikan, tomato dan dan brokoli yang telah diperap |
Bangga dapat siapkan Quiche Ayam & Cendawan Enak |
Kebab Ikan Comel secomel tuannya😜 |
Aktiviti masak memasak ni sangat seronok di mana mommy dapat mengenali rakan-rakan lain dengan lebih rapat. Semangat kerjasama yang ditunjukkan menghasilkan makanan yang berkhasiat dan lazat. Serius sedap sangat!
Selesai sahaja sesi memasak, majlis diteruskan dengan sesi makan-makan dan Q&A.
Tart tu sedap sungguh |
Sambil Q&A kami menjamu makanan yang kami masak tadi. Makan makanan air tangan sendiri yang sedap.
Event yang penuh ilmu dan makanan yang enak |
Dalam menu yang dimasak tadi mengandungi campuran susu Dugro®. Susu bukan lah boleh diambil dengan cara bancuhan menjadi air minuman sahaja. Malah untuk khasiat dan nutrisi yang lebih lagi, boleh diinovasikan ke dalam masakan harian.
Sesi Q&A |
Antara pengetahuan baru yang mommy dapat adalah cara bancuhan susu yang betul. Goncang perlahan botol susu supaya tidak terhasil buih. Di mana buih itu akan menyebabkan anak kembung perut.
Sayuran yang segar dan bahan basah seperti kentang dan bawang perlu dipotong sebelum memasak untuk mengekalkan nutrisinya.
Oh, kalau dulu mommy nak jimat masa, mommy potong siap-siap sayuran dan simpan dalam peti sejuk. Hurmm rupanya ia hanya menjimatkan masa tetapi amat merugikan kerana nutrisi dah hilang.
Untuk anak yang tidak makan sayuran, ajak anak untuk makan sayur bersama-sama. Kalau kita paksa, mesti mereka menolak. Jadi kita makan bersama-sama sambil bercerita tentang khasiat sayuran tersebut. Seperti "Kalau kakak nak cantik, kakak kena makan sayur".
Akhir kata, Mommy rasa sangat bersyukur kerana sekali lagi berpeluang menyertai perkongsian dua hala di antara ibu-ibu dan selebriti ini dalam Sesi Mama-mama Penyayang Dugro® dan tak sabar nak mencuba resepi lain pula.
Promosi 2-in-1 Playmat + Bag Penyimpanan
Dugro® juga mempunyai promosi 2-in-1 Playmat + Bag Penyimpanan dengan belian mana-mana varian Dugro 900g,
* Selagi stok masih ada
2 in 1 playmat + bag penyimpanan |
Boleh dijadikan beg untuk menyimpan barang |
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara atau halaman Facebook Dumex Dugro
Jadi fun nak sediakan makanan budak budak kan
ReplyDeleteNak kumpul bag tu lah..nnt nak beli susu Dugro lagi..anak-anak pantang ada asyik nak susu je lah...haha..
ReplyDeleteOh.. Sblm ni kalau buat susu Zara mesti cikla goncang sebb nk bg buih. Tak elok rupanya. Info berguna ni..
ReplyDeletewah wah..seronok la masak2 dengan retis..lepas ni macam2 la menu untuk 3A tu...
ReplyDeleteThanks 4 the info... mmg mak2 kita duk goncang botol bila buat susu..kita pun ikut hihihi
ReplyDeletealamak. kadang-kadang mak selalu potong bebawang awal letak dalam peti ais macam mummy sebab nak jimat masa. next time tak buat lagi. huhuhu. cantik playmat. nanti nak beli dugro jugala ;)
ReplyDeletewaahhhh seronok dapat join program masakan ni... dapat ilmu masak untuk anak2 bagus tu
ReplyDeleteBagus ada sesi macam ni. Kadang ketandusan idea nak sediakan makanan si manja. Mereka juga memilih nak makan. Hurmmm. Gigih seorang ibu. Hehe
ReplyDeletewah...bestnya buat makanan guna dugro.... anak2 pon suka..... ok pasal bawang nmpknya sama mcm mommy.. hihi... tp kalau nk masak tme tu la bru nk kupas mmg lmbtlah jawabnya..hehehe
ReplyDeleteWah banyk aktiviti... meriah.. masak makanan sihat. best tu
ReplyDeleteoh baru tahu bab goncang jadi buih tu sebabkan angin. ptot la selalu minum teh tarik yg buih2 tu xsedap perut. nice sharing ni. anak pon memang minum Dugro
ReplyDeletealamak... menu untuk si comel pun nampak sedap untuk kita yang dah dewasa ni ha. acano tu? haha. memang menarik program macam ni ya! boleh beri idea untuk ibu-ibu variasikan makanan untuk anak-anak!
ReplyDeleteSaya dah follow blog ini! Jom jemput ke www.hasifhamsyari.com ya! ;)
bukan setaka budak2 saya pun teringin nak makan kalau cute dan berkhasiat mcm tu
ReplyDeleteTengok menu pun mudah je nak sediakan..sib baik anak dh besar tak makan menu2 macam ni..bagus aktiviti ni bleh sharing banyak ilmu
ReplyDeleteSonok dpt blaja sama2 kan. Byk menu sihat tuk anak2
ReplyDeleteBanyak juga menu yang boleh disediakan dengan menggunakan susu Dugro ye. Nampak sedap kesemua menu tu.Kalau buat nih mau mak dia yang tarah bukan anak anak
ReplyDeleteUih, kalau makanan macam tu, saya yang mak budak pun boleh berebut nak makan dengan anak-anak.
ReplyDeleteSedapnya tengok kebab dengan queshi tu. Mak punterliur,apatah lagi anak..hahahha. Nak resepi boleh..bolwh buat dekat rumah
ReplyDeletewah i tak pernah lagi minum susu dugro ni termasuk anak anak i haha, tapi boleh buat dalam masakan tu nampak macam menarik... nanti nak cuba lah resepi tu dalam masakan i nanti
ReplyDeletebestkan aktiviti macam ni. selain dapat kenal ibu2 baru yang lain dapat juga belajar dan tips berguna... :-)
ReplyDeleteBagus nya ada event macam ni...kenapalah masa anak2 kecik dulu tak ada semua ni..h7huhu
ReplyDeleteKami pung pengguna Dugro..eh bukan kami, tapi anak-anak kami..hehe..bagus mama2 penyayng ni semua. rajin memasak hehe
ReplyDeletecomelnya mommy...seronoknya kalau dpt join event masak2 macam ni..boleh belajar resepi baru utk anak2...kebab tu mmg nampak comel dan sedap!
ReplyDeleteLove all the dishes that were made, and I enjoy the fact that they are healthy too. Plus events like these are so beneficial to mums as well- love it <3
ReplyDeleteWah mcm2 ye boleh buat guna dugro ni ya...kita x familiar sgt dengan brand2 susu ni sebab dua2 anak bf...huhu..kalau org tnya susu apa yg ok...kita krik2 je lah
ReplyDeleteseronoknya mommy dapat peluang belajar memasak untuk anak
ReplyDelete