Pujian adalah usaha positif memujuk kanak-kanak

Ada satu hari, mommy sikatkan rambut Adam sebelum Adam keluar bermain. Kawan Adam tegur rambut adam macam rambut baby. Sejak tu lah Adam akan sikat rambut macam mommy sikat. Kalau tak jadi, Adam akan minta mommy sikatkan. Alaa cuma belah tepi, nampak smart lah! Hahaha macam mana kawan adam boleh kata rambut baby ntah la!



Kejadian tersebut, dapat mommy simpulkan:-
  1. Kanak-kanak suka dipuji
  2. Kuatnya pengaruh rakan sebaya
Beberapa kali mommy menyertai aktiviti PASTI Adam dahulu, ya cikgunya akan memuji semua anak murid. 

"Adam pandai"
"Pandainya dia"
"Bagusnya Adam ni"
"Adam anak yang baik"

Mommy ada juga memuji Adam apabila dia membantu mommy melakukan sesuatu. Tapi yang mommy tak tahan Adam suka mengusik adik-adiknya sampai menangis. Bingit telinga mendengarnya! Terkeluar juga lah suara Hulk mommy.

Entry ni, mommy nak share pasal rambut baby Adam sahaja pada asalnya. Lama dah kawan Adam tegur pasal rambut baby. Sehingga malam tadi mommy perasan Adam sikat rambut sama macam mommy buat. Anak mommy hensem. Eh.. 

Dalam setiap cerita ada pengisian. Pujian adalah satu usaha positif memujuk kanak-kanak. Masa menulis entry juga mengimbas kembali apa didikan mommy pada anak-anak. Mommy tak boleh selalu marah. Bukan senang nak jadi ibu ni. Tapi kau dah berjaya jadi ibu selama 6 tahun 6 bulan 3 minggu. 

Moga anak mommy dan anak-anak kawan mommy yang membaca entry ini membesar dengan sihat. Jadi anak soleh dan solehah. Mommy sayang Adam, Anis dan Amal😘

2 comments:

  1. Part mengusik adik2 tu.. sama je situasi dengan dak Adik, anak ai. Suka nau menyakat adiknya.

    ReplyDelete