Impetigo penyakit kulit berjangkit | Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu.
Bakteria tersebut masuk ke bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak.
Bagaimana impetigo berlaku?
Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair.
Cecair tersebut akan kering dan menghasilkan kulit keras berwarna kekuningan. Seperti gambar Amal di bawah.
Berbeza pula pada Amal. Luka dihidung yang dijangkiti bakteria mengeluarkan cecair tanpa henti.
Penyakit ini gatal. Mereka akan menggaru terutamanya ketika tidur. Bangun pagi pasti ada saja kesan garu.
Bahagian badan mana yang berlaku?
Kebiasaannya dilihat pada bahagian muka, di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia boleh terjadi pada bahagian lain badan.
Impetigo mudah tersebar kepada orang lain.
Bagaimana ia berjangkit?
Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :
- Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini- Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian lain.
Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?
- Bawa anak anda berjumpa doktor- Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan
- Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk
Tindakan lain :
- Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari- Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain
Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?
- Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga ia kering- Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar
- Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang berjangkit
- Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih
- Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor
Masa Amal jumpa doktor, doktor tak tahu penyakit apa. Kali kedua pergi jumpa doktor selepas 2 hari, baru doktor sahkan impetigo. Masa ni dah merebak ke seluruh kening dan belakang leher. Doktor berikan antibiotik untuk diminum selama 5hari.
Dalam masa satu hari sahaja impetigo tu jadi daripada luka kecil dihidung Amal. Baru mommy beli hand sanitizer untuk mengawal impetigo supaya tak merebak ke kawasan lain.
Selepas seminggu lebih, Anis pula berjangkit impetigo. Terpaksa lah Anis bercuti sekolah seminggu lebih awal.
Anis dan Amal dah biasa bermain bersama. Mommy larang, mereka bergolek bersama juga diam-diam. Bila dah kena, apa boleh buat, hadap sahaja lah.
Selain daripada itu, mommy juga tukar sarung bantal, cadar dan tuala setiap hari.
Apa mommy boleh buat, tunggu sahaja luka mereka kering dan hilang.
Alhamdullilah, anak mommy dah sihat. Tinggal parut sahaja |
Buat ibu-ibu di luar sana, jangan ambil ringan walaupun hanya kecil luka di badan anak anda.
Moga anak-anak kita sentiasa diberi kesihatan yang baik.
sementara anak nak besar ne sabar banyak-banyak mommy. lain anak lain sakitnya. Semua tu rezeki
ReplyDeleteKesiannya amal dan anis.tapi amal nampaknteruk sampai kerinf air tuh.kalau akak pun geram duk kopek air kuning yang kering tuh.kalau anak dijangkiti impetigo memang kena jaga betul betul kan supaya tak berjangkit dengan yang lain
ReplyDeleteMemang susah nak asingkan kalau mereka dah rapat. Anak2 kan. Semoga cepat sembuh buat anak2 irra.
ReplyDeleteSedih rasanya bila tengok anak2 kena macam tu. Moga anak2 cepat baik dan terus kekal sihat hendakNYA.
ReplyDelete