Minggu lepas mommy berpeluang mendalami ilmu keibubapaan dan mendapatkan petua pemakanan dari selebriti Yana Samsudin, Diana Amir, Chef Lin dan Penasihat Careline Dumex Dugro® semasa Sesi Mama2 Penyayang Dugro® di The Cooking House, Bangsar.
Harus lah bergambar dahulu sebelum Chef beraksi
Kali kedua bertemu Diana Amir
Yana Samsudin, emcee pada hari ini
Dumex Dugro® bukan sahaja memberikan lebih banyak nutrisi, malah sentiasa berada di belakang ibu-ibu sepanjang masa melalui perkhidmatan Careline. Mommy mula mengetahui mengenai Careline ini sejak kempen backpack Dugro® tahun lalu.

Pada mommy, inisatif pihak Dumex Dugro® menjalankan pelbagai kempen dan perkhidmatan Careline 24 jam sangat bermanfaat dan mempengaruhi kehidupan keibubapaan mommy sendiri. Dumex Dugro® sentiasa ada bersama ibu-ibu menyokong perjalanan kami dalam memupuk anak-anak menjadi lebih lagi, dan menggalakkan perkongsian dan pembelajaran sesama ibu.

Produk Dumex Dugro® mempunyai DHA*, Omega 3, Omega 6 yang tertinggi, satu-satunya jenama yang mengandungi lcFOS.

Menu 6 Hari Untuk Si Manja Dugro

Kali ini Dumex Dugro® menyediakan 6 menu resepi yang mudah dan berkhasiat untuk mama-mama penyayang Dugro pelajari. Tengok gambar sahaja pasti terliur sama.

Bubur Ikan Riang Ria
Kebab Ikan Comel
Burger Ayam Sayangku
Nasi Goreng Meriah
Pasta Si Manja
Quiche Ayam & Cendawan Enak hasil air you tangan mommy dan kawan-kawan
Acara dimulakan dengan demo memasak dua resepi daripada 6 menu di atas oleh Chef Lin. Dalam masa yang sama Yana Samsudin bersama Penasihat Careline Dumex Dugro® memberi ulasan mengenai nutrisi dan khasiat bahan makanan yang digunakan.
Chef Lin dan Yana Samsudin
Majlis dihoskan oleh Yana Samsudin menjadikan suasana cukup meriah dengan telatah beliau yang sangat comel dan kelakar. Tak kering gusi kami semua dan kami mendapat ilmu yang sangat berharga.

Tak dilupakan juga ilmu memasak dan cara menyediakan makanan secara sederhana dan kreatif serta tips penyimpanan makanan dari Chef Lin. Perkara yang paling penting adalah jaminan kesihatan serta makanan anak-anak penuh khasiat dan nutrisi hasil dari air tangan ibunya sendiri. 

6 resipi yang diperkenalkan di atas kaya dengan DHA, Omega 3, Omega 6, serat, vitamin dan mineral. Resepi yang ringkas dan mudah ini sesuai untuk pelan makanan 1 minggu kanak-kanak bagi ibu bekerjaya menyediakannya.

Selesai Chef Lin demo memasak, tibanya masa kami ibu-ibu yang menyertai pula memasak. Wah ini merupakan kali pertama mommy menyertai program masak memasak. Perasaan teruja dan sedikit berdebar.

Kami perlu memasak dua menu iaitu Quiche Ayam & Cendawan Enak dan Kebab Ikan Comel selama satu jam.

Jom mula memasak!
Chef mengajar cara memotong brokoli untuk Kebab Ikan Comel
Cucuk ikan, tomato dan dan brokoli yang telah diperap
Bangga dapat siapkan Quiche Ayam & Cendawan Enak
Kebab Ikan Comel secomel tuannya😜
Aktiviti masak memasak ni sangat seronok di mana mommy dapat mengenali rakan-rakan lain dengan lebih rapat. Semangat kerjasama yang ditunjukkan menghasilkan makanan yang berkhasiat dan lazat. Serius sedap sangat!

Selesai sahaja sesi memasak, majlis diteruskan dengan sesi makan-makan dan Q&A. 
Tart tu sedap sungguh
Sambil Q&A kami menjamu makanan yang kami masak tadi. Makan makanan air tangan sendiri yang sedap. 
Event yang penuh ilmu dan makanan yang enak
Dalam menu yang dimasak tadi mengandungi campuran susu Dugro®. Susu bukan lah boleh diambil dengan cara bancuhan menjadi air minuman sahaja. Malah untuk khasiat dan nutrisi yang lebih lagi, boleh diinovasikan ke dalam masakan harian. 
Sesi Q&A
Antara pengetahuan baru yang mommy dapat adalah cara bancuhan susu yang betul. Goncang perlahan botol susu supaya tidak terhasil buih. Di mana buih itu akan menyebabkan anak kembung perut.

Sayuran yang segar dan bahan basah seperti kentang dan bawang perlu dipotong sebelum memasak untuk mengekalkan nutrisinya. 

Oh, kalau dulu mommy nak jimat masa, mommy potong siap-siap sayuran dan simpan dalam peti sejuk. Hurmm rupanya ia hanya menjimatkan masa tetapi amat merugikan kerana nutrisi dah hilang.

Untuk anak yang tidak makan sayuran, ajak anak untuk makan sayur bersama-sama. Kalau kita paksa, mesti mereka menolak. Jadi kita makan bersama-sama sambil bercerita tentang khasiat sayuran tersebut. Seperti "Kalau kakak nak cantik, kakak kena makan sayur". 

Akhir kata, Mommy rasa sangat bersyukur kerana sekali lagi berpeluang menyertai perkongsian dua hala di antara ibu-ibu dan selebriti ini dalam Sesi Mama-mama Penyayang Dugro® dan tak sabar nak mencuba resepi lain pula.

Promosi 2-in-1 Playmat + Bag Penyimpanan

Dugro® juga mempunyai promosi 2-in-1 Playmat + Bag Penyimpanan dengan belian mana-mana varian Dugro 900g, 
* Selagi stok masih ada
2 in 1 playmat + bag penyimpanan

Boleh dijadikan beg untuk menyimpan barang
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara atau halaman Facebook Dumex Dugro 
Setelah 11 tahun menanti, akhirnya Dato' Sri Siti NurHaliza dikurniakan cahaya mata seorang puteri yang dinamakan Siti Aafiyah. 
Baby Siti Aafiyah, anak dato siti, anak siti nurhaliza, anak mak iti, aunty princess
Baby Siti Aafiyah | Sumber instagram @ctdk
Sebagai seorang ibu, mommy juga rasa sangat terharu dan gembira. Sekejap-sekejap buka IG mak iti nak tengok princess Aafiyah.. 
Baby Siti Aafiyah, anak dato siti, anak siti nurhaliza, anak mak iti, aunty princess
Aunty Princess | sumber instagram @ctdk
Mommy punya perancangan nak ada baby 2018, terpaksa ditangguhkan untuk perkara yang lebih penting. Dapat tengok baby Aafiyah pon jadi lah. Mommy rindu sangat bau baby.

Tahniah Mak Iti! Moga Baby Aafiyah membesar dengan sihat, jadi anak solehah, penyejuk hati ayah bonda.

Seluruh Malaysia sayang kamu😘

Instagram @ctdk

Impetigo penyakit kulit berjangkit | Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu.

Bakteria tersebut masuk ke bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak.

Bagaimana impetigo berlaku? 

Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair.

Cecair tersebut akan kering dan menghasilkan kulit keras berwarna kekuningan. Seperti gambar Amal di bawah.


Berbeza pula pada Amal. Luka dihidung yang dijangkiti bakteria mengeluarkan cecair tanpa henti.

Penyakit ini gatal. Mereka akan menggaru terutamanya ketika tidur. Bangun pagi pasti ada saja kesan garu.

Bahagian badan mana yang berlaku? 

Kebiasaannya dilihat pada bahagian muka, di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia boleh terjadi pada bahagian lain badan.

Impetigo mudah tersebar kepada orang lain.

Bagaimana ia berjangkit?

Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara :
- Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini
- Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada bahagian lain.

Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?

- Bawa anak anda berjumpa doktor
- Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan
- Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk

Tindakan lain :

- Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3 – 4 kali sehari
- Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain

Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?

- Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusat jagaan sehingga ia kering
- Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar
- Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang berjangkit
- Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih
- Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor

Masa Amal jumpa doktor, doktor tak tahu penyakit apa. Kali kedua pergi jumpa doktor selepas 2 hari, baru doktor sahkan impetigo. Masa ni dah merebak ke seluruh kening dan belakang leher. Doktor berikan antibiotik untuk diminum selama 5hari.

Dalam masa satu hari sahaja impetigo tu jadi daripada luka kecil dihidung Amal. Baru mommy beli hand sanitizer untuk mengawal impetigo supaya tak merebak ke kawasan lain.


Selepas seminggu lebih, Anis pula berjangkit impetigo. Terpaksa lah Anis bercuti sekolah seminggu lebih awal.
Anis dan Amal dah biasa bermain bersama. Mommy larang, mereka bergolek bersama juga diam-diam. Bila dah kena, apa boleh buat, hadap sahaja lah.

Selain daripada itu, mommy juga tukar sarung bantal, cadar dan tuala setiap hari.

Apa mommy boleh buat, tunggu sahaja luka mereka kering dan hilang.

Alhamdullilah, anak mommy dah sihat. Tinggal parut sahaja

Buat ibu-ibu di luar sana, jangan ambil ringan walaupun hanya kecil luka di badan anak anda.

Moga anak-anak kita sentiasa diberi kesihatan yang baik.
Ada satu hari, mommy sikatkan rambut Adam sebelum Adam keluar bermain. Kawan Adam tegur rambut adam macam rambut baby. Sejak tu lah Adam akan sikat rambut macam mommy sikat. Kalau tak jadi, Adam akan minta mommy sikatkan. Alaa cuma belah tepi, nampak smart lah! Hahaha macam mana kawan adam boleh kata rambut baby ntah la!



Kejadian tersebut, dapat mommy simpulkan:-
  1. Kanak-kanak suka dipuji
  2. Kuatnya pengaruh rakan sebaya
Beberapa kali mommy menyertai aktiviti PASTI Adam dahulu, ya cikgunya akan memuji semua anak murid. 

"Adam pandai"
"Pandainya dia"
"Bagusnya Adam ni"
"Adam anak yang baik"

Mommy ada juga memuji Adam apabila dia membantu mommy melakukan sesuatu. Tapi yang mommy tak tahan Adam suka mengusik adik-adiknya sampai menangis. Bingit telinga mendengarnya! Terkeluar juga lah suara Hulk mommy.

Entry ni, mommy nak share pasal rambut baby Adam sahaja pada asalnya. Lama dah kawan Adam tegur pasal rambut baby. Sehingga malam tadi mommy perasan Adam sikat rambut sama macam mommy buat. Anak mommy hensem. Eh.. 

Dalam setiap cerita ada pengisian. Pujian adalah satu usaha positif memujuk kanak-kanak. Masa menulis entry juga mengimbas kembali apa didikan mommy pada anak-anak. Mommy tak boleh selalu marah. Bukan senang nak jadi ibu ni. Tapi kau dah berjaya jadi ibu selama 6 tahun 6 bulan 3 minggu. 

Moga anak mommy dan anak-anak kawan mommy yang membaca entry ini membesar dengan sihat. Jadi anak soleh dan solehah. Mommy sayang Adam, Anis dan Amal😘
Kidzania GO, Quill City Mall Kuala Lumpur | Cuti sekolah dah tak lama lagi. Kidzania ada di Quill City Mall Kuala Lumpur yang diberi nama Kidzania GO. 

Sebelum ini mommy pernah bawa Adam dan Anis ke Kidzania. Boleh baca entry ini:- http://www.irrayyan.com/2015/12/kidzania-kuala-lumpur-ajar-anak-berdikari.html

Adam masa tu baru 5 tahun. Anis pula 3 tahun. Aktiviti untuk budak 5 tahun tak tak banyak. Apatah lagi aktiviti untuk budak berusia 3 tahun. Namun sekarang Adam sudah 7 tahun. Pasti sangat berbeza berbanding dahulu. 

Dahulu Adam seorang pendiam. Tak pandai bersosial. Sekarang Adam ligat nak berkawan. Pantang cuti, dia nak habiskan masa dengan kawan. Sudah pandai rasa bosan.

Di Kidzania kanak-kanak di ajar untuk belajar berdikari dan menjadi seorang yang berani untuk melakukan kerja-kerja yang ditawarkan.

Mommy memang rancanh nak bawa adam ke Kidzania bila Adam dah sekolah. Jadi dapat ke Kidzania GO pon okey lah! 😁😁

Kidzania GO, Quill City Mall Kuala Lumpur

Kidzania GO, Quill City Mall Kuala Lumpur
Kidzania GO, Quill City Mall Kuala Lumpur

Acara   : KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur
Tarikh  : 19 – 25 Mac 2018
Masa    : 10.00 pagi – 9.30 malam setiap hari

Tiket KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur boleh didapati secara percuma apabila anda membelanjakan RM38 dalam satu resit di mana-mana outlet dalam Quill City Mall Kuala Lumpur. 

Antara aktiviti  di sana adalah :-
- Sharp Air Quality Control
- Scott's Research Lab
- Mc Donald's Fitness Centre
- Magic Studio
- TV Studio
- Volvo - Stop
- Look and wave
- Court house
- a Recycling centre

Mesti kanak-kanak terutamanya anak-anak mommy excited nak pergi ke sini. Jom jumpa di sana Quill City Mall Kuala Lumpur! Have fun di sana😃😃

Nanti mommy share cerita Adam di Kidzania GO dengan kau orang ya!

#kidzaniaGo
Kebetulan kami berada di Petaling Jaya. DaddyG tanya mommy nak makan apa? Hurmm mommy hanya jawab "apa-apa pon ok"

Tiba-tiba daddyG kata "Dekat dah kita dengan Durian SS2, nak makan durian?"

Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Masakan penggemar durian menolak untuk makan durian.
Cantik dan molek rupa parasnya | Durian SS2



Sebelum ni mommy pernah makan kat sini. Makan Buffet Durian. Masa tu tengah mengandungkan Adam Rayyan. Lama sangat dah. 

Tiap kali ajak daddyG makan durian kat sini, tak berjaya. Jauh juga lah dari Meru nak ke SS2 ni.

Apa pon, terima kasih sayang bawakan mommy makan durian kat sini. Bawakan lagi boleh?

Puas hati sangat makan kat durianSS2.com ni.. setiap ulas durian, ya ampun. Terbayang saja dah kecur liur..

Parking pon senang.. korang waze saja durianSS2 terus jumpa! 

Zaman sekarang, duduk di rumah je dah ada peluang untuk menjana pendapatan terutamanya suri rumah. Namun untuk lebih berjaya kita perlu ada kemahiran. Sebagai wanita, kita kena pandai berdikari dan cari duit sendiri untuk masa depan. Andai satu masa kita rebah, dengan kemahiran yang kita ada, kita boleh bangun berdiri sendiri..
Mommy irra di Diyana Coaching Centre sempena Open Day Akademi Diyana
Sepanjang Open Day Akademi Diyana yang mommy hadiri minggu lepas, berulang kali pengasas dan anak beranak mereka iaitu Puan Safiah Abbas, Diyana dan JoyRevfa menekankan mengenai kepentingan kemahiran. 
Puan Safiah Abbas, Founder Akademi Diyana
Diyana, CEO Akademi Diyana
JoyRevfa, adik Diyana
Perempuan dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Siapa tak nak cantik ye? Kemahiran yang sinonim bagi wanita adalah berkaitan dengan kecantikan seperti make up, dandanan rambut, menyediakan perkhidmatan berpantang dan sebagainya. 

Bagaimana nak mengekalkan kecantikan? Semua wanita memang dilahirkan cantik. Jadi , dia kenalah pandai menggilapkan diri. Sebab tu lah kena belajar kemahiran.. Lepas tu jangan kedekut invest beli produk kecantikan. (JoyRevfa)

Akademi Diyana terletak di Setia Alam berdekatan dengan rumah mommy. Memang rugi besar lah kalau mommy tak sertai Open Day tersebut. Banyak maklumat baru yang mommy diperolehi di sana.

Mommy pun berkesempatan dimakeupkan menggunakan produk Merve Cosmetic iaitu produk keluaran JoyRevfa. Mommy siap request kening..
Lukis kening
Boleh tengok pakar make up touch up muka mereka yang hadir semasa Open Day.
Diyana touch up muka nurul dengan foundation Merve Cosmetic
Hasil dari make up make up selepas mendengar ucapan pengasas, CEO Akademi Diyana dan pengasas Merve Cosmetic.. Terus nampak lebih gojess..
Datang event, dapat tambah kenalan gojes

Apa itu Akademi Diyana?

Akademi Diyana merupakan sebuah akademi kecantikan yang telah berdaftar dan mendapat pengiktirafan Pentauliahan sebagai Pusat Latihan Kemahiran Kecantikan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Akademi ini telah ditubuhkan  pada tahun 2000 sehingga kini bagi membantu pelajar-pelajar atau individu yang berminat dan berpotensi untuk meningkatkan lagi kemahiran di dalam bidang kemahiran kecantikan.

Bagi mereka yang berminat dengan kemahiran kecantikan, anda boleh belajar di Akademi Diyana yang menyediakan beberapa kursus kemahiran kecantikan. Ada sijil SKM(Sijil Kemahiran Malaysia) yang diiktiraf tau! 

Tak ada wang yang mencukupi untuk belajar? Haa anda tak perlu risau lagi kerana pinjaman disediakan bagi pelajar yang berminat.

Kursus yang ditawarkan di Akademi Diyana

Antara kursus yang ditawarkan:-

Personal Course SKM/PPT
- Confinement Theraphy
- Tradisional Massage Oil Preparation
- Pengurusan Bayi
- Massage Theraphy SKM Level 3 (MO 082-3)
- Hairdressing SKM Level 2 (HT 090-2)
- Hairdressing SKM Level 3 (HT 090-3)
- Airbrush Make Up (Advance)
- Airbrush Techniques
- Beauty Airbrushing
- MakeUp Artistry SKM Level 2 (MP 063-2)
- Senior MakeUp Artist SKM Level 3 (MP 063-3)
- Aesthetic Services SKM Level 2 (MP 060-2)
- Aesthetic Theraphy Services SKM Level 3 (MP 060-3)

PROFESSIONAL CERTIFICATE IN BEAUTY MANAGEMENT
- Makeup Artistry SKM Level 2 (MP 063-2)
- Aesthetic Services SKM Level 2 (MP 060-2)





Sebab anda perlu daftar kursus kemahiran kecantikan di Akademi Diyana

Ini adalah sebab anda perlu mendaftar kursus kemahiran kecantikan di Akademi Diyana:-
  • Tenaga pengajar yang mesra, pakar dan berpengalaman
  • Pelbagai kursus kemahiran yang boleh dipelajari
  • Sijil SKM yang diiktiraf
  • Peluang pekerjaan yang luas selepas tamat belajar
  • Fasiliti yang lengkap dengan peralatan
  • Tempat belajar yang selesa
  • Pelbagai kemudahan yang berdekatan dengan akademi

Hala Tuju Selepas Belajar

Apa yang boleh anda lakukan dan hala tuju selepas tamat belajar di Akademi Diyana:-
  • Bekerja di dalam bidang yang dipelajari
  • Jadi tenaga pengajar di akademi
  • Jalankan perniagaan sendiri
  • Buat kerja sambilan

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk belajar di Akademi Diyana. Jom daftar kursus di http://www.akademidiyana.com.my/daftar-kursus/

Facebook

Instagram
http://www.instagram.com/akademidiyana

Mommy dah register kelas make up satu hari. Tapi belum decide bila nak masuk kelas.. Wahhh tak sabarnya......
Tengah mommy sakit kepala, tiba-tiba je kat TV berbincang mengenai Migrain.

Apa itu migrain?

Sakit kepala yang berulang mungkinkah disebabkan oleh migrain?

Apakah sebenarnya punca migrain?

Adakah migrain ini berpunca daripada genetik ahli keluarga yang ada migrain?

Daripada panel rancangan tv tersebut, sakit kepala adalah sakit dalam jangka masa pendek.. Manakala migrain boleh kena sampai berhari-hari sakitnya..
Sumber google | Jenis sakit kepala
Ishh sakit kepala sekejap dah buat kita sengsara dan terus mencari painkiller.. Macam mana pula nak hadap sakit migrain ni?

Dan YA, genetik keluarga juga adalah salah satu punca migrain. Namun ada banyak lagi punca lain seperti pemakanan, stress dan sebagainya.. 

Apabila selalu sakit kepala, mungkinkah ia adalah migrain?

Mari kita kaji..

Terdapat dua jenis migrain iaitu :
1. Migrain tanpa aura 
Pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda-tanda/amaran). Sakitnya adalah 5x ganda daripada migrain

2. Migrain dengan aura
Tanda-tanda datang sebelum sakit.

Tanda-tanda sebelum migrain adalah
- mata akan berpinar-pinar apabila melihat cahaya
- rasa pening yang teramat ‎apabila tunduk dan mendengar bunyi bising

Ini merupakan perkara biasa kepada mereka yang mengalami migrain. Mereka akan standby ubat walau di mana sahaja mereka berada. 

Pengalaman pesakit migrain

Apabila tanda datang, mereka akan makan ubat. Migrain itu akan hilang selepas makan ubat. Namun kelegaan itu tidak lama. Ia bergantung kepada jenis ubat. Ada ubat yang memberi kesan yang sekejap dan ada yang lama.

Kelegaan selepas makan ubat biasanya dapat terasa apabila pesakit migrain tidur. Oleh sebab itu apabila pesakit mengalami migrain, mereka akan cepat-cepat mengambil ubat migrain dan tidur.

Ubat tahan sakit ini mempunyai kesan sampingan seperti merasa loya, mengantuk dan kita tidak dapat melakukan kerja lain. Namun pesakit tiada pilihan kerana tidak tahan dengan kesakitan migrain tersebut.

Ubat-ubatan sintetik pasti ada kesan jangka panjang kerana pengambilan ubat dalam tempoh yang lama.

Boleh ke rawat migrain tanpa makan ubat?

Selain daripada makan ubat tahan sakit, terdapat juga rawatan alternatif migrain.

Rawatan Alternatif Migrain

Penawar Migrain
Minyak bidara yang berangin adalah satu usaha penyembuhan migrain secara semula jadi. Aroma minyak bidara ini sangat menenangkan seperti menutup kesakitan migrain.

Kekerapan migrain yang teruk sebelum ini semakin berkurangan selepas pesakit itu menggunakan minyak bidara.

Pesakit migrain akan menyapu minyak ini apabila tanda-tanda migrain mula hadir dan Alhamdulillah minyak bidara ini banyak membantu dalam menghilangkan sakit migrain ini dan sekarang, minyak bidara ini menjadi bekalan yang wajib dibawak kemana-mana

Kalau diberi pilihan, siapa nak sakit kan? Allah bagi kita sakit. Allah uji kita sebab Allah sayang kita. Jadi tak salah kita berusaha dan terus mencari penawar sakit yang serasi.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan minyak ini boleh mesej/whatsapp “MIGRAIN” ke 012-2887468 atau klik link ini
http://www.wasap.my/60122887468 Pn Laila. Hanya RM23.00 sahaja.

Facebook
https://www.facebook.com/Penawar.Migrain.HQ/