Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee Dari 26 Hingga 28 Februari | Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya pemindahan bank. 

Kategori Popular Sepanjang Tempoh Penerimaan Gaji

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

Mobil dan Gajet
Sarung dan Pelindung, Audio; Bank Kuasa & Bateri
Kesihatan dan Kecantikan
Produk kecantikan kulit, makanan tambahan, berus dan peralatan solek.
Permainan, Kanak-kanak dan Bayi
Fesyen kanak-kanak, permainan dan pendidikan, perkakas untuk makan dan penyusuan.
Pakaian Wanita
Baju, pakaian dalam dan pakaian tidur, gaun.
Perabot dan perhiasan rumah
Hiasan dalaman, tempat menyimpan untuk dapur, kelengkapan bilik tidur.

Tabiat membeli-belah pengguna Shopee sempena hari hari

Jom Shopping Hari Gaji Bersama Shopee

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil dan gajet, kesihatan dan kecantikan, permainan, kanak-kanak dan bayi, perabot dan perhiasan rumah, perkakas rumah, barang runcit dan haiwan peliharaan, fesyen wanita dan fesyen lelaki.


Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.



Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my . Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
5 Punca Bayi Kembung Perut Yang Ibu Tak Perasan | Sebagai ibu, apabila bayi kembung perut, memang tak lena tidur dibuatnya. Bayi asyik menangis. Merengek. Minum susu pun macam tak kenyang. Walaupun ibu dah mempunyai anak yang ramai, mungkin ibu tak perasan bahawa bayi anda sebenarnya tengah mengalami kembung perut. Apatah lagi bagi mereka yang baru pertama kali berpengalaman sebagai seorang ibu.
Baby menangis kenapa? Sumber: google
Pada pengalaman mommy sendiri, bayi kalau dah mula meragam, susah mommy nak cool down kan baby.. Kira pada saat tu, bayi dah sakit sangat. Kesian kan? Dia nak mengadu tak pandai.. Jadi mommy kena trace dari awal yang anak tu sebenarnya dah mula merasa kembung perut.   Jom lihat 5 punca bayi kembung perut yang ibu tak perasan. 

5 punca bayi kembung perut yang ibu tak perasan

1. Bayi kerap buang angin
Kalau bayi anda kerap terkentut-kentut tu, kemungkinan besar bayi tengah kembung perut. Lebih kurang macam orang dewasa juga kan? Kalau kembung perut mesti kentut busuk..haha

2. Menyusu tak puas
Bayi sekejap-sekejap nak menyusu seolah-olah tak kenyang.. padahal bayi anda bukannya lapar. Tapi bayi sedang mengalami tak sedap perut.. Bayi tak selesa, tapi hanya boleh menangis.. si ibu pula tak memahami, ingat anaknya lapar dan berterusan bagi susu..

3. Baby sering menggeliat
Bayi yang sedang mengalami perut kembung tidak dapat tidur lena. Selain baby kerap merengek, bayi juga sering menggeliat.. Bayi bergerak ke sana sini tidur tak lena kerana perutnya tak selesa.

4. Alah terhadap susu formula
Sebenarnya mommy sendiri tak ada pengalaman anak minum susu formula semasa bayi.. Tapi kemungkinan besar susu formula yang bayi anda minum tidak serasi dan menjadi punca kembung perut.

5. Baby kurang sendawa
Selepas menyusukan bayi, ibu perlu sendawakan bayi anda. Kalau dah lama sangat tunggu baby sendawa, tapi tak sendawa juga, itu merupakan petanda awal perut baby kembung.
Haa 5 punca di atas dah boleh buat ibu-ibu sedari bahawa anakanda tercinta anda sedang mengalami perut kembung. Jadi apa anda perlu buat?

Apa yang ibu boleh buat ialah:

Kalau anak pertama, wajib lah mommy akan kelam kabut bila anak asyik merengek je. Itu taknak, ini taknak. 

Sebab tu bila kita dah plan nak ada anak, kita kena ada ilmu keibubapaan. Supaya tak la jadi tak tahu nak buat apa bila bayi mula meragam.

Berikut adalah beberapa cara yang ibu boleh buat apabila bayi mengalami perut kembung:-

1. Sendawakan bayi selepas menyusu
Tahu tak nak sendawakan macam mana? Pekup tangan anda di belakang badan bayi. Pekup tu bererti ada ruang kosong di tengah. Kemudian tepuk belakang anak anda. Bunyi yang kuat tidak mendatangkan sakit kerana kita tak pukul dengan tapak tangan.. tak percaya cuba anda pukul badan sendiri dengan tangan yang dipekup. Bunyi je buat, tak sakit pun..

2. Ibu elakkan makanan berangin
Masa berpantang, ibu tak boleh makan makanan berangin. Selalu kalau emak yang jaga masa pantang, makan memang akan terjaga. Jangan lah memandai nak makan juga, kesian kat anak.. Bila anak dah meragam, awak juga yang susah..

3. Tukar susu formula
Sekali lagi, bab susu formula anda boleh rujuk dengan doktor atau nurse.

4. Urut badan bayi
Ibu-ibu nak belajar cara urutan bayi yang betul boleh baca entry mommy sebelum ni http://www.irrayyan.com/2015/01/teknik-mengurut-bayi-yang-betul-dan.html

5. Boleh guna Balm Bayi Tok Syed
Bagi mommy, Balm Bayi Tok Syed sangat sesuai untuk bayi kerana ia tak panas dan dibuat dari bahan semulajadi.
Balm Bayi Tok Syed, baby balm
Balm Bayi Tok Syed

Balm Bayi Tok Syed

- membantu melegakan perut bayi
- menenangkan bayi
- membantu bayi tidur lena
- 100% bahan semulajadi PREMIUM dari minyak kelapa dara, pati lavender, minyak bunga matahari, beewax dan essential oils.
- berangin tapi tak panas
- tak melekit
- bau wangi

Mommy ada buat entry mengenai Balm Bayi Tok Syed http://www.irrayyan.com/2018/02/balm-bayi-tok-syed-membantu-kami.html

Korang boleh juga dapatkan maklumat dari Page Tok Syed yang berikut:-
Shopee : Carian Online Tertinggi  Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina | Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Carian Paling Popular Sempena Tahun Baharu Cina Bagi Tahun 2018

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut:

Pakaian wanita - Blaus, jeans, gaun panjang, gaun pendek, cheongsam
Mobil & Gajet - iPhone, Samsung, jam pintar, Xiaomi
Permainan : Kanak-kanak dan bayi - Pakaian budak perempuan, pakaian budak lelaki, pakaian bayi, Tommee Tippee
Kasut Wanita - Kasut, kasut sukan, kasut jenis wedges, sandal
Beg Wanita - Beg sangkut, beg, dompet, beg galas


Pembelian Paling Popular Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Sepanjang Musim Perayaan 

Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini.

Berikut pembelian paling popular:

Kasut Wanita - Kasut terbuka
Permainan kanak-kanak dan bayi - Set pakaian Bayi 
Perhiasan Rumah - Set hadiah Tupperware
Kesihatan dan Kecantikan - Set solekan mata Tahun Baharu Cina
Runcit dan haiwan peliharaan - KitKat edisi khas


Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee

Maklumat lanjut mengenai Shopee, sila layari laman tertera di bawah:



Website : 
Ketika itu, lori MPK ada di depan rumah membersihkan longkang. Mommy pula nak hantar Anis dan Amal pergi mengaji.

Setibanya mommy depan rumah, mommy dengar bunyi "Prakkk"
Sudah, habis lah tile depan rumah aku ni
Aku perhati je mereka ni..
Nak duduk dekat, tekanan kuat mesin yang mereka gunakan menyebabkan basah habis depan rumah..
Dah la air longkang pulak tu.. busuk lagi..tapi takde hal lah busuk sebab korang buat kerja korang.. yang aku geram sebab tile aku tuu... Sapa nak ganti?
Tengok tu...kan aku kata tadi..betul pecahh..clear sangat aku dengar bunyi tile tu pecah...
Eh kenapa eh tak buat elok-elok? Sebelum ni aku pernah je buka penutup longkang tu. Elok je tak pecah berkecai macam korang buat..
Sakitnya hati ini...
Bukan penutup je rosak huhu
Bila aku tanya macam mana ni dah pecah ni? Senang je mereka suruh aku buat report dengan MPK.
DaddyG dah buat report sejak tile ni pecah..tapi takde apa-apa tindakan dari MPK. 
Depa kata salah kami balik sebab longkang tu longkang kerajaan. Weh! Kalau korang buat elok-elok, takde rosak longkang tu!!!!! 

Masalah longkang tu sampai sekarang macam tu juga walaupon korang dah cuci guna mesin besar gebadak sampai rosakkan tile rumah aku..

Aku pon nak tengok lah sejauh mana depa nak selesaikan masalah longkang kat sini
Tombol rosak lagi. Ini adalah kali ketiga tombol rosak, nasib tak ada sesiapa dalam bilik. Kali pertama di rumah sewa lama, kali kedua dan ketiga di rumah yang sedang kami duduk ni. Bilik mommy setahun lebih tak ada tombol, sekarang giliran bilik Adam..

Mujur lah kali ini tiada sesiapa di dalam bilik. Mommy seperti biasa akan tutup pintu bilik Adam.

Sebenarnya dah ada hint yang pintu bilik tu selalu terkunci. Tapi daddy marah anak-anak sebab suka kunci bilik😅😅. Dah dua kali pengalaman pon tak boleh tahu, tombol itu akan rosak..
Disebabkan dah kali ketiga tombol rosak, jadi daddyG dah tahu macam mana caranya nak buka elok-elok. 
Memang elok je bila dah cabut semua. Macam tombol baru je...hahaha 
Add caption
Kali pertama lebih mengerikan kerana Anis terperangkap dalam bilik. Boleh baca dalam entry ni: http://www.irrayyan.com/2015/05/68-minit-anak-terkurung-seorang-diri.html

Kali kedua : http://www.irrayyan.com/2016/10/dugaan-di-pagi-hari-tombol-rosak.html dan kali ini kali ketiga tiada yang terperangkap. 

Cuma Adam pergi mengaji Iqra kena pinjam baju, songkok dan Iqra Aiman. Malam tu semua tak pergi tuisyen sebab buku tusyen dalam bilik. 

Daddy balik pukul 4 pagi dan pergi kerja 7 pagi. Daddy terlupa kata pintu rosak. Maka seharian pintu bilik itu tertutup.. haha

Lepas ni kena beli tombol pintu gred A. Mudah-mudahan tak mudah rosak. Tahun pertama rosak satu pintu. Tahun kedua rosak satu lagi pintu. Agaknya tahun ketiga rosak pula pintu terakhir, pintu bilik belakang tu..hohoho...

Pengakuan ikhlas mommy anak tiga, mommy tak suka dan tak rajin nak lipat baju. Tapi mommy tiada pilihan. Kena juga melipat kain baju semua orang.. Mommy google juga la mencari cara jimat masa melipat baju.. Kah! Kah! Itu pon nak kena google kee... Sekarang semua benda dihujung jari kan.. banyak je blog uodate pasal cara jimat masa melipat baju.. 

Cara jimat masa melipat baju versi mommy irra

1. Pastikan baju dibasuh dalam keadaan yang betul
Kain baju yang terbalik akan mengambil masa anda untuk melipat. Kerja nak mengalih semula baju pon boleh spoil mood pelipat baju(mommy la tu...) dan menyebabkan projek lipat baju tergendala.. ha ha ha

2. Ada penyangkut baju yang banyak
Sebaik sahaja mek jepun(mesin basuh) selesai mencuci pakaian, terus sidai pada penyangkut baju. Bila dah kering terus sangkut sahaja baju. Tak perlu lipat lagi.

3. Ada ruang menyangkut yang mencukupi. 
Keperluan ini wajib untuk mengisi baju-baju di penyangkut.. DaddyG ada beli satu almari kat IKEA masa tengah sale. Kemudian dah rosak bila anak buat main. Mereka masuk menyorok lah. Main buka tutup buka tutup sampai hilang pintu sebelah. 

Kemudian bila ada sale lagi, daddyG belikan almari plastik kat bawah ni. Sekarang dah ada almari plastik ni. Muat letak baju mommy dan daddy je..
Baju mommy daddy dalam almari ni
Jadi mommy senyap-senyap beli almari di bawah ni kat Shopee. Untuk letak baju Adam Anis dan Amal..
Satu bahagian untuk Adam,Satu bahagian untuk Amal,
Dua bahagian untuk Anis, baju anis banyak sebab orang bagi
4. Beli bakul besar
Haa takkan seluar dalam, baju dalam, stokin dan seluar anak yang kecil nak sangkut juga? He he yang ni senang je.. masukkan saja dalam bakul.. bila rajin, mommy akan lipat...

5. Mulakan melipat dengan saiz yang besar
Haa bila nak melipat tu, lipat yang besar dahulu. Jadi cepat lah nampak timbunan kain baju surut😂😂.. Baru lah semangat nak habiskan semua..

6. Jangan bertangguh
Bila asyik menangguh kerja, baju akan makin menimbun. Bila makin menimbun, perasaan malas juga akan turut sama menimbum.. hahaha tapi masalah mommy ok dah..hanya timbunan seluar dan baju kecil sahaja.. cuma masalah akan timbul bila anak-anak mencari seluar mereka😅😅

7. Jangan buat banyak kerja semasa melipat kain baju
Masa melipat baju, tinggalkan handphone sementara. Fokus pada melipat baju akan mempercepatkan kerja..
Buat masa ni, masalah lipat baju dah selesai. Jimat masa orang yang tak suka lipat baju macam mommy ni
Pada mulanya daddyG plan nak bawa kami ke suatu tempat yang tak pernah kami pergi lagi. Tiba-tiba daddyG tukar plan sebab cuaca yang sangat panas. 

"Panas ni, kita pergi makan je la"

As usual, bila daddyG fikirkan kemungkinan kedai tak buka, ke mana lagi kita ni bila dah ada area Shah Alam..ke Restoren Hakim lah... Mommy ikut je.. sekarang ni, bila masuk bab nak isi perut, mommy prefer makan je apa yang ada.. kalau ikut nafsu, naik KG..arghh stress pula lepas tu.. so makan ala kadar je.. walaupun berat tak turun sangat pon...
Nasi Campur

2018 tahun digital Restoren Hakim

Lepas kami ambil makanan, mamak tu pon ambil order air. Siap pegang smartphone bagai... Wow rupanya mereka dah guna smartphone untuk ambil order.. wow sangat.. 

Seorang pekerja ambil order, seorang lagi guide guna smartphone. Lama juga la mereka tercegat kat situ. Order air pon tak cukup. Haha.. Mesti pekerja pening-pening lalat lagi dengan benda baru..
link
Apa pon, Restoren Hakim kira hebat la...tak nak ketinggalan zaman... Kita lepak Hakim dari zaman belajar.. Kalau daddyG tu dah 15 tahun.. dari bujang, ada awek, ada bini, ada anak 3 dah masih lepak kat Hakim..

11 Februari 2018, kami berkumpul dengan keluarga daddyG di Pahang. Jodoh adik iparku, yang dipanggil AyahMey dah sampai. Berjodoh AyahMey dengan orang Pahang

Emak, ayah, adik dan TokMek(nenek daddyG) serta PokChik sekeluarga datang dari Kelate. Mereka menuju ke rumah adik di Terengganu dulu, kemudian sama-sama bergerak ke Pahang. Kami dan PokTeh sekeluarga bergerak dari Klang.. 

Dah berapa biji kereta semua? 
1. Mak ayah
2. PokChik
3. Adik Terengganu
4. Kami
5. PokTeh

Kami tinggal di homestay 4 bilik berdekatan rumah bakal biras mommy tu..  Rumah yang luas boleh memuatkan kami semua.. meriah lah ramai-ramai.. ada 17 dewasa dan 6 kanak-kanak.

Majlis menyunting bunga di taman larangan pada malamnya selepas Isya.. Kami dah siap berjemaah sembahyang jamak Magrib dan Isya.. Lepas azan Isya je semua dah siap siaga nak keluar rumah..

Sempat lagi lah mommy ajak adik Madihah berselfie.. bukti bawa hantaran nak meminang😜
Sedang mereka berbincang, kami perempuan kat bahagian dalam rumah..tak dengar pula apa yang mereka bincangkan.. jadi kita selfie dulu eh..bila lagi nak jumpa adik beradik melainkan raya je..tu pon raya haji atau raya cina..

Bincang pun tak lama...Terus ayah minta mak sarungkan cincin

Comey bakal natu mak. Ini pon kali pertama mommy jumpa Mama Bella(suka hati mommy bagi nama panggilan..hahaha)


Emak mertua mommy dan bakal menantu(bakal biras mommy)
Esoknya kita semua bergerak pulang ke rumah masing-masing. Cepat sangat masa berlalu..Adam Anis dan Amal tak sempat nak lepaskan rindu..
Bila semua dah balik, Adam minta jumpa lagi kat homestay ni😅😅 Sabtu Ahad nanti... Haha macam senang je semua orang nak berkumpul...
Nanti kita jumpa lagi deh!
Semua orang impikan hiasan dalaman rumah yang cantik mengikut citarasa tersendiri, tak terkecuali mommy juga. Rumah mommy sekarang, nampak agak serabut. Walaupun hakikatnya tak ada banyak perabot. Ruang yang sememangnya kecil bertambah sempit. 

Mommy nak hiasan dalaman rumah yang ringkas dan menarik.. Tapi, tiada idea nak decorate.. Hmmm, di sinilah mommy terfikir untuk mendapatkan khidmat Pereka Dalaman/Interior Designer. Mereka akan menyenangkan kerja orang yang tak kreatif macam mommy ni kan..ehee

Apakah fungsi Pereka Dalaman?

Dengan Pereka Dalaman, kita tak perlu pening lagi.. Pereka akan cuba menilai minat dan gaya daripada pemilihan warna dan perabot kita. Seterusnya mereka akan menghasilkan ruang yang harmoni di mana mengambil kira perkara seperti pencahayaan, lalu lintas, serta fungsi bilik. Senang lah kerja kan.. Tapi ada perkara yang kita perlu ambil tahu sebelum nak upah Pereka Dalaman.

Sebelum kita nak berkolaborasi dengan Pereka Dalaman, berikut adalah beberapa perkara yang perlu dititik beratkan:-

1. Tahu Bajet Anda
Pertama sekali, perlu ada anggaran yang munasabah untuk projek ubah suai dalaman anda. Peruntukan sumber kewangan yang salah akan menyebabkan projek terbiar atau mempunyai masalah dalam pembinaan.

Di sini, jangan malu atau berahsia tentang belanjawan, jika tidak pereka akan mencadangkan sesuatu yang tidak memenuhi kehendak anda.

Senang cerita, beritahu pereka anda berapa banyak ringgit yang anda sanggup belanjakan supaya mereka dapat menguruskan wang berdasarkan idea anda untuk projek itu.

Walau bagaimanapun, wang kecemasan perlu juga disediakan untuk kos yang sukar ditentukan anggarannya seperti caj perobohan, yuran kontraktor, yuran perunding, dan kos penghantaran.

2. Ketahui Gaya Anda
Cara terbaik untuk menerangkan apa yang anda mahu ialah melayari Internet untuk gambar dan contoh yang anda nak. 

Anda harus membuat rekaan di atas kertas untuk memberitahu pereka bentuk tema yang anda suka. Tapak laman web seperti Atap.co adalah harta karun yang mempunyai reka bentuk yang hebat untuk anda rujuk.
https://atap.co/malaysia/en/ideas
Atap.co mempunyai 17,397  idea binaan & hiasan dalaman di Malaysia
Idea Binaan dan Hiasan Dalaman di Malaysia
Seterusnya, buat buku skrip idea dan kenalpasti bahagian yang anda paling suka. Jangan lupa juga termasuk gambar perkara yang anda TIDAK suka. Kemudian bincangkan idea-idea ini dengan pereka dalaman anda. Dengan input anda, pereka boleh mencipta warna, corak dan gaya yang akan memenuhi citarasa anda.

3. Ketahui Fungsi Ruang
Kongsian mengenai apa yang anda lakukan, berapa ramai orang di dalam rumah, apa hobi anda, dan rutin harian anda di ruang yang berlainan di dalam rumah. Butiran seperti ini boleh membantu pereka dalaman membina ruang yang efisien dan berguna. Lagipun, mengapa membuat sebuah bilik yang cantik pada pandangan mata sahaja tetapi tidak berfungsi dengan tujuan yang berguna?

4. Minta Saranan 
Pereka dalaman yang berbeza mempunyai gaya yang berbeza. Melalui laman web lokal Atap.co, anda boleh cari pereka dalaman di Malaysia mengikut bajet, gaya, dan citarasa anda.
https://atap.co/malaysia/en/professionals Arkitek & Pereka Dalaman di Malaysia
Arkitek dan Pereka Dalaman di Malaysia
Lihat portfolio mereka untuk melihat sama ada gaya mereka akan sama dengan idea anda. 
https://atap.co/malaysia/en/projects Projek Arkitek & Pereka Dalaman di Malaysia
Projek Arkitek dan Pereka Dalaman di Malaysia
Jika anda berminat dengan mana-mana projek yang disenaraikan, anda boleh meminta sebut harga dari pereka dalaman itu ataupun hantarkan permintaan umum kepada Atap.co. Servis ini ditawarkan kepada semua pemilik hartanah secara PERCUMA.

5. Perhatikan Perancangan 
Perancangan reka bentuk dalaman mempunyai beberapa fasa: 

Pereka dalaman boleh memberikan pandangan 3D yang menunjukkan fabrik, warna dan perabot yang dia hendak gunakan. Ini adalah peluang pertama anda untuk melihat sama ada penglihatannya sesuai dengan citarasa anda.

Reka bentuk skematik (pelan yang lebih terperinci yang termasuk pengukuran penuh) kemudiannya disediakan untuk mengenal pasti masalah dan ketidakcekapan, dan memenuhi ruang yang terabai. 

Cuba jangan tergesa-gesa melukis skema ini. Pelan pembangunan reka bentuk adalah di mana pereka anda melihat kemasan, perabot dan barangan lain yang perlu diambil kira.

Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 minggu untuk membuat perabot yang dibuat sepenuhnya, atau menghantar sekeping besar dari luar negara; oleh itu, pembangunan reka bentuk perlu dilakukan lebih awal supaya projek anda tetap mengikut jadual.

6. Menjelaskan Peranan dan Tanggungjawab
Sebelum projek itu benar-benar berlaku, penting untuk menjelaskan sama ada pereka dalaman akan bertanggungjawab untuk memenuhi tempoh masa yang ditetapkan.

Adakah pereka akan bekerja dengan kontraktor pilihan anda? Adakah pereka menyediakan perundingan reka bentuk sahaja, atau adakah mereka juga menjadi pengurus projek? 

Pastikan semua tugas adalah jelas, dan batas yang memisahkan tanggungjawab pereka dan kontraktor dihormati. Jelaskan skop kerja dengan jelas supaya apabila perubahan diperlukan kemudian, tidak akan ada salah faham. 

7. Terbuka untuk Perubahan
Terdapat sebab mengapa anda mengupah seorang pereka dalaman, dan itu adalah untuk mendapatkan pendapat profesional tentang cara mengubah ruang rumah anda. Lagipun, jika anda mempunyai visi yang jelas tentang apa yang anda mahu, anda akan melakukannya sendiri. Betul kan?

Jadi kita perlu bersikap terbuka kepada cadangan dan idea baru, dan apabila dah jumpa konsep dan gaya yang disukai, biarkan Pereka Dalaman menyiapkan kerja mereka.

7 perkara yang perlu diketahui sebelum memilih Pereka Dalaman/Interior Designer ini mommy rujuk artikel di google. Tapi bila cari balik artikel tu, dah tak jumpa.. apa pon, 7 perkara di atas perlu di ambil kira untuk mendapatkan hiasan dalaman impian kita. 
Perlu anggaran kos untuk reka bentuk dalaman?
Atap.co adalah tempat yang dipercayai dan selamat untuk pemilik harta mencari pereka dalaman yang sah. Ia merupakan platform yang berguna untuk pereka dalaman dan pemilik harta untuk merealisasikan ruang yang indah. 

Bagaimana Atap.co berfungsi

  1. Pemilik hartanah boleh melayari portfolio pereka dalaman di Atap.co.
  2. Kemudian mereka boleh meminta sebut harga dari pereka dalaman yang diingini atau menghantar permintaan melalui Atap.co.
  3. Pereka dalaman akan menerima sebut harga tersebut secara langsung atau boleh memilih untuk unlocked mereka dari 'Lead Marketplace' dengan menggunakan kredit yang telah dibeli sebelum ini.
Bagaimana Atap.co berfungsi
Terdapat juga tips berguna mengenai hiasan dalaman dan rumah di https://atap.co/malaysia/en/advice/
Tips dan artikel hiasan dalaman
Untuk sebarang pertanyaan boleh live chat di laman utama Atap.co’s https://atap.co/malaysia/en
Facebook: www.facebook.com/atapdotco
Instagram: www.instagram.com/atapdotco

Jadi, apa lagi? Jom tengok rekaan menarik di Atap.co dan mula merealisasikan hiasan dalaman impian anda. Minta sebut harga dari pereka dalaman Malaysia di sini: https://atap.co/malaysia/en/quote-request?hl=ms.

Anak ni kan dia suka benda baru. Mahal ke murah bukan dia tahu. Yang dia tahu benda tu dia baru dapat. Walaupun baju bundle🤣🤣🤣🤣

Kat kawasan rumah mommy ada kedai dua ringgit. Walaupun hanya RM2.12(termasuk GST), barangan kat sini sanga menarik. 

Mommy dah lama cari cawan straw ni. Rupanya ada kat kedai kawasan rumah je. 4 buah cawan ni RM2.12.. 
Cawan straw
Tapi tak sampai 24jam, satu cawan dah pecah. 
link
Biasa lah tu.. Nak kata apa lagi, benda dah rosak.. 
Seronok ada cawan straw
Untuk menjaga kebersihan straw cawan ni, mommy beli straw brush brand Pureen..beli kat tesco je..
Pureen straw brush
Sekarang cawan straw tinggal satu je kaler oren..hehehe berebut lah tiga beradik.. nak beli baru takde stok pula kat kedai dua ringgit tu.. Jadi lah kan untuk gembirakan hati anak...

Hari tu kami ke Setia Alam Mall. Tujuannya nak pergi padang dekat mall tu.. Memang nak ke padang akan parking dalam mall.. daddy tak bagi mommy parking kat tepi jalan dan daddy pon takkan parking kat luar.. 

Daddy bawa Adam Anis dan Amal pusing satu padang. Tak kuasa mommy nak ikut serta.. jenuh mommy sakit kaki pula nanti...

Dah selesai satu pusingan, kami pon kembali masuk ke Setia Alam Mall. Nak berjalan dari padang ke mall pon dah jauh.. sebab tu mommy tak ikut depa pusing padang tadi.. 

Masuk je dalam mall, daddy cari Pezzo. Daddy nak belanja Pezzo. Okeyy.....
Tak sabar nak makan pezzo
Mommy tak pernah makan Pezzo.. sedap ke? Tapi murah la untuk hari tu. Buy 1 free 1. So kita decide beli 3, dapat 6. 
Dia nak bawa juga
Bau macam sedap. Tapi daddy kata makan kat rumah. Haha daddy ni kan.. 
link
Bila dah sampai rumah, wajib lah mommy buat kerja lain dulu... Itu ini.. bila time makan, dah sejuk pezzo.. 
Pezzo 6 keping yang berlainan
Walaupun sejuk, habis juga. Ini kalau panas-panas, wajib sedap.. 

Rakan-rakan kat facebook kata pezzo adalah antara pizza yang sedap.. oooo

Pertama kali mommy tahu, pertama kali mommy makan... So boleh makan lagi lepas ni?

Mommy dan anak-anak tak sihat. Anis tak pernah kena asma, terkejut juga mommy mendengar nafas anis yang semput. Adam dan Amal selsema. Lepas beberapa hari Anis kena asma, mommy pula berjangkit sama.

Asma ni akan buat kita melepek sebab tak larat nak bernafas pon. Kalau buat kerja lain, jadi lagi penat dan letih. Ia bukan asma kronik.. Masih boleh bernafas, cuma nafas berbunyi kuat..

Mommy tak pergi klinik. Susah nak terangkan dengan orang kenapa kami bertegas tak nak ambil ubat sintetik. Kami ada alasan kami yang rasanya tak perlu mommy nak jelaskan. Panjang cerita nanti.

Kalau sakit yang memerlukan peralatan canggih seperti sakit telinga, hat ni kita terus ke hospital.. Jangan kata mommy tak percaya doktor langsung.. Doktor bukan lah jalan terakhir.. kita tengok situasi.. Mommy sendiri masih menjalani fisioterapi untuk shoulder dislocation di Hospital Shah Alam. Terapi tak perlu ambil ubat.

Penyelesaian selsema, batuk, asma

Mommy dapatkan Tok Syed Balm Bayi. Mommy merawat secara semula jadi.. Sebelum ada balm bayi mommy bagi makan madu.. Stok minyak kelapa dara pula dah habis... Kalau tak, dua benda tu mommy guna untuk rawat demam batuk anak mommy...
Balm Bayi Tok Syed
Sebenarnya, sapu minyak bayi pada anak sudah menjadi amalan mommy semasa mereka bayi. Bayi yang tak reti menyesuaikan diri dengan dunia baru, mudah terkena kembung perut apabila kesejukan. Jadi mommy akan sapu minyak bayi pada ubun-ubun, dada, leher, belakang, perut, bontot, paha dan kaki.. kira macam dah sapu satu badan.. Baby akan rasa selesa dan anak mommy ketiga-tiga ni kuat tidur masa mommy dalam pantang.. Susah sangat nak dengar bunyi suara mereka walaupon hanya suara tangisan.. 

Itu amalan mommy semasa anak masih kecil. Anak dah besar dan ada tiga ni tak sempat dah nak godek-godek selalu..hehe... Bila dah terkena sakit, baru cari jalan penyelesaian.. itu yang mommy cuba dapatkan juga Balm Bayi Tok Syed.
Balm Bayi Tok Syed membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat
Balm Bayi Tok Syed dibuat menggunakan Petua Herba Warisan untuk membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat.

Jadi fungsi Balm Bayi Tok Syed ni menguatkan lagi hati mommy untuk membantu menyelesaikan masalah kami anak-beranak. 

Sapukan Balm Bayi Tok Syed pada dada
Caranya mommy sapukan Balm Bayi Tok Syed pada beberapa kawasan seperti bahagian T muka, leher, dada, belakang, kaki dan tapak kaki.
Balm Bayi Tok Syed bantu anak mommy tidur lebih lena
Balm Bayi Tok Syed tak panas dan berbau sedap. Anak-anak tak menolak apabila mommy sapukan pada mereka. Haaa mommy bukan sapu pada anak sahaja, mommy juga sapu pada diri sendiri.

Mommy sapu setiap hari dan alhamdulillah. Daripada mommy susah nak tidur, boleh tidur lena. Lepas beberapa hari mommy dah takde asma. Nafas dah kembali normal dan mommy boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Anis bukan sahaja dah baik lelah, malah tak dengar dah Anis batuk-batuk. Anis kembali ceria dan aktif. 

Amal masih on off selsema sebab Amal ni suka main air. Suka makan aiskrim. Haa yang ni mommy tak dapat nak tolong.. tak bagi main air atau makan aiskrim lagi dia bising.. Asalkan Amal tak meragam, mommy ok sangat dah..

Kandungan Balm Bayi Tok Syed

-Lilin Lebah
-Minyak Kelapa Dara
-Minyak Bunga Matahari
-Essential Oils

Indah sungguh ciptaan Tuhan.. Minyak kelapa dara dari buah kelapa.. Madu dari ribuan lebah... Boleh memberi kesembuhan... Begitu juga ciptaan Tuhan yang lain... Ada kegunaan masing-masing dalam membantu menyembuhkan sakit kita..

Jadi percaya lah produk natural(tanpa bahan kimia) boleh merawat tanpa kesan-kesan sampingan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Walaupon rawatan semula jadi mengambil masa untuk pulih, namun dengan keyakinan yang penuh, doa banyak-banyak moga diberi kesembuhan, insyaAllah hilang penyakit tu.. macam mommy rawat ekzema Anis dulu.. 

Kini amalan semasa anak mommy kecil, mommy praktikkan semula memandangkan cuaca yang sekejap sejuk dan sekejap panas. Kita yang dewasa pon boleh kena sakit, apatah lagi kanak-kanak. Malam-malam sapukan Balm Bayi Tok Syed selepas anak-anak dah tidur. 

Mommy standby Balm Bayi Tok Syed dalam handbeg. Senang nak guna pada bila-bila masa. Mommy dah ada satu, korang pon kena ada satu!

Mommy nak kongsi juga testimoni Balm Bayi Tok Syed:-

Testimoni 1
Bila saya mengunakan Balm Bayi ini, selsema serta sakit kepala dan ketidak selesaan di bahagian dada berkurang apabila saya sapu pada dada, bahagia 'T' hidung dan kepala.

Testimoni 2
Saya mengunakan Balm Bayi Tok Syed dapat melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat untuk bayi dan anak saya kerana sangat wangi dan selesa.Sesuai dengan bayi dan anak saya.

Testimoni 3
Sepanjang tempoh guna Balm ini dekat anak saya, selalu masa tidur selsema dan batuk serta pernafasan macam hidung tersumbat. Jadi bila saya sapu pada hidung anak saya berkurangan dan tidak terjaga pada waktu malam.