Kedai barangan keperluan ibu dan bayi | Seingat mommy, mommy dan daddyG mula membeli barang keperluan ibu dan bayi setelah kandungan masuk 7 bulan atau trimester ke 3. Bila dah confirm jantina, lagi senang nak shopping barang baby... Kami suka pergi ke kedai melihat sendiri satu persatu barang baby.. Baru puas hati..
mom's house baby shop Bangi
Hari ni mommy nak kongsikan satu kedai barangan keperluan ibu dan bayi iaitu mom's house baby shop. Kedai barangan keperluan ibu dan bayi ini terletak di sebelah Teh Tarik Place, Bangi Gateaway. Senang lah korang yang tinggal kat kawasan Bangi, Puchong, Kajang atau Putrajaya boleh terus ke mom's house.
Mommy dan anak-anak di hadapan mom's house baby shop Bangi |
Kedai ini sangat menarik perhatian mommy kerana segala keperluan ibu dan bayi kebanyakannya ada di sini. Terus membuak-buak rasa nak ada baby lagi.. haha...
Dah lama mereka minta baby |
Kebetulan masa mommy datang, mereka sedang membuat pengambaran untuk mempromosikan mom's house baby shop ni.. ohh...ini cawangan baru mom's house. HQ mereka di Shah Alam..
Mommy belek satu persatu barang yang ada di sini. Mommy suka bantal untuk ibu mengandung ni atau nama orang putihnya "pregnancy wedge pillow". Dulu masa mommy mengandung tak terbeli kerana susah nak jumpa.. sekarang ada depan mata tapi belum ada baby pula.. tunggu ada baby lah.. ke boleh juga mommy beli walaupun tak ada baby? Boleh la mommy tidur lena sikit..hahaaa
Bantal ibu mengandung |
Bila dah bersalin, ibu perlukan baju dalam yang sesuai. Baju dalam yang selesa dan mudah untuk menyusukan anak. Kat sini ada banyak jenis dan pilihan baju dalam.
Baju menyusu |
Keperluan lain untuk ibu adalah seluar dalam pakai buang. Penting tau masa kita baru sahaja melahirkan. Masa ni nak cuci seluar yang terkena darah nifas memang bukan kerja ibu lepas bersalin. Daripada kita menyusahkan orang lain, elok guna seluar dalam pakai buang je. Keperluan lain untuk ibu lepas bersalin seperti pad maternity pon ada. Semua ada dijual kat sini tau.
Seterusnya, barang ini sangat membantu ibu yang baru pertama kali melahirkan iaitu nipple shields. Bila anda ada masalah seperti melecet atau tiada puting, nipple shields ini sangat membantu... Biasa je masalah puting ni bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan. Jadi boleh lah anda bersiap sedia. Jangan ada alasan lagi anak tak nak susu ibu. Hehe
Nipple shields, seluar dalam pakai buang, nursing cover |
Bila ibu nak menyusukan anak diluar jangan lupa gunakan nursing cover. Di mana-mana pon ibu boleh menyusukan anak tanpa mendedahkan aurat.
Bengkung berzip |
Semasa berpantang, ibu perlu berbengkung untuk mendapatkan kembali saiz badan asal. Bengkung terkini adalah bengkung berzip Seri Mama. Dulu tak ada tau bengkung siap ada zip ni.
Mommy pon nak kena berbengkung juga ni. Badan dah besar. Hohoho |
Bengkung berzip ni memudahkan ibu berpantang. Bila nak terkucir, just buka zip sahaja. Tiada lagi alasan leceh nak berbengkung ye...
Ini juga merupakan keperluan penting untuk ibu iaitu pam susu. Kena ada pam untuk melancarkan perjalanan susu di awal kelahiran anak. Masa awal-awal ni susu pekat. Jadi baby tak reti nak hisap, susu tak keluar dan mula lah berlaku bengkak susu. Adududuu taknak lah rasa bengkak susu. Sakit sangat sampai demam.. Jadi mommy memang akan standby pam susu dalam beg nak bawa ke hospital. Takde lah suami awak nanti mencari-cari pam susu nak dibawa ke hospital. Ada banyak jenis pam susu, boleh try kat sini yang mana sesuai dengan ibu serta poket ayah..hahaa
Aneka jenis pam susu |
Barang keperluan ibu sudah, maka kita perlu cari barang keperluan bayi pula. Selain baju dan set baju tidur yang comel-comel, kat sini terdapat pelbagai jenis barut bayi
Comellll sangat barut bayi |
Barut bayi ada bermacam jenis dan saiz. Nak yang bertali atau pon tidak bertali. Ada barut melayu, ada barut cina.. haa nak tahu macam mana barut cina, kena datang tengok sendiri..hihii
Barut bayi |
Selain itu ada macam-macam jenis tilam bayi. Kalau mommy prefer tilam kekabu..
|
Koleksi tilam bayi |
Barangan keperluan baby seperti topi, sarung tangan, sarung kaki, kain lampin, dan bermacam lagi ada di sini.
Barang keperluan bayi |
Barang keperluan bayi |
Barang keperluan bayi |
Barang keperluan bayi |
Barang keperluan bayi |
Barang keperluan bayi |
Seri Mama Set Pantang
Orang tua-tua kata masa pantang kena jaga betul-betul. Badan nak pakai lama. Jangan nanti suami cari lain... Jadi nak kembali seperti anak dara, kena pantang betul-betul dan amalkan makan jamu. Mom's house baby shop mengeluarkan set berpantang sendiri iaitu Seri Mama Set Pantang.Seri Mama Set Pantang terdiri daripada pakej berpantang Seri Mama, set berpantang Seri Mama dan bengkung berzip Seri Mama.
Set Mawar |
Set Kekwa |
Set Orkid |
Set Melati |
Set Pantang ni boleh dibeli mengikut set yang disediakan seperti di atas, atau dibeli secara loose.
Mom's house baby shop ni dah macam mom and baby stop centre. Macam-macam ada. Tak perlu lagi mommy nak pergi cari di kedai-kedai lain. Nak buat belian secara online pon boleh.. haihhh tak sabar mommy nak ada baby kecik...
Facebook
facebook.com/momshousebabyshopbangih
Instagram www.instagram.com/momshousebabyshopbangi
Website
www.serimama.my
Instagram www.instagram.com/momshousebabyshopbangi
Website
www.serimama.my
Tq share irra ....
ReplyDeleteBengkung berzip tu mmg menarik... rasa nak beli satu ... buat stok, hehe...
Nampak biobax kat situ la..eh..yg preggy cepat2 terjah ok..
ReplyDelete