Lama sangat dah mommy teringin nak makan durian. Maka mommy yang tak bersabar, tiba-tiba berkata

"Jom makan durian, mommy belanja."

Terus daddy pusing pusing cari durian.


Mahal pon mahal lah. Kesian tau kempunan. 

Jom tengok😜 sorry tau.. 

Durian XO

Dari mengantuk terlentol atas kereta boleh celik mata bulat dapat durian

Sedapnya sedapnya

Senyap je makan

Adam mengantuk tak boleh buat apa dah.. daddy kena suap

Anis pon suka durian

Amal lah menang makan paling banyak dari kakak abang

Durian D24

Budak tak sabar nak makan durian
XO lagi mahal dari D24. 

Mesti lah XO lagi sedap.

Mommy ambil XO sebiji. D24 sebiji. 

Boleh la buat lepas teringin..

Kalau dapat makan banyak lagi, mesti lagi best..

Mana nak cari durian murah ni
Adam mula mengaji Iqra di rumah ummi pada bulan Ogos 2016. Adam berumur 5 tahun.

Anis pula mula mengaji pada September 2016. Anis berumur 3 tahun 6 bulan.

Amal pon turut sama mengaji dari bulan April 2017. Amal berumur 2 tahun.

Sekarang,
Adam dah Iqra 4, muka surat 10/30 (setahun 5bulan)
Anis Iqra 1 muka surat 22/31 (setahun 4 bulan)
Amal Iqra 1 muka surat 2/31 (9 bulan)

Style ummi takkan ubah muka surat selagi tak dapat baca sendiri.










Adam jenis fokus. Anis dan Amal mata melilau sana sini.. 

Kesian juga ummi nak mengajar Amal tu.. tapi Amal sendiri nak pergi mengaji..

Mommy tak paksa. Anak sendiri nak. Jadi ikut je lah.. 

Moga dipermudahkan anak-anak mommy belajar.. aaminnn...
Hasrat mommy nak melihat Adam menabung berjaya. Setiap hari Adam akan bawa rm4. RM2 untuk kelas pagi dan RM2 untuk kelas petang. 

Disebabkan Adam bawa bekal setiap hari, jadi Adam boleh menabung. Cuma ada 2 hari sahaja di mana satu hari tu Adam beli air. Pelik juga mommy, mommy dah bekalkan air, masih tak cukup ke..

Daddy pesan jangan marah. Haha mana ada marah.. mommy nak kepastian.. 

Hari kedua Adam guna RM1 untuk beli aiskrim. Hari tu Adam tertinggal bekal makanan dia. Mommy dah pesan letak dalam beg. Dia lupa lah tu...
Kira-kira duit tabung anak
Bila Adam melihat jumlah tabungannya makin banyak. Adam makin seronok.
Niat asalnya menabung untuk beli lego telah berubah. Adam kata dia nak tengok duit dia jadi lagi banyak... 

3 minggu Adam dah ada RM54.. 

Selamat menabung! 
Gigi susu pertama Adam goyang pada bulan 7 2017. Namun disebabkan mommy tak ada pengalaman, Adam anak yang sulung, jadi mommy biarkan je. Gigi takde lah rosak nak bawa ke klinik. 

Tapi mommy mula cuak bila perasan gigi Adam berlapis. Gigi goyang tak banyak. Jadi mommy suruh Adam main-mainkan gigi tu supaya goyang banyak.
Gigi kekal dah keluar
Puas juga nak memujuk Adam cabut gigi bongsu. Sampai mommy hubungi Cikgu PASTI Adam untuk minta Cikgu jelaskan pada Adam.

Balik je dari sekolah, terus Adam izinkan mommy cabut gigi. Haha senang sungguh mendengar kata cikgu. 

Jadi mommy pon cabut lah gigi Adam dengan benang. Boleh tengok video di bawah

Selamat! Berjaya cabut gigi susu pertama Adam.
Rongak
Gigi Adam rongak sekejap je. Gigi yang berlapis tu pon menonjolkan dirinya.. yeayy

Suamiku busy teruk | Sejak daddyG sambung belajar, daddyG tersangat lah sibuk. Sungguh... Selalu hari kerja dah balik lewat. Bila ada kerja berkumpulan atau ada assignment, bertambah lewat daddyG sampai ke rumah.. Nak mengukuhkan lagi kesibukan daddyG, korang boleh baca kisah di bawah ini

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Alkisah 25 Ogos 2017, sinki dapur tersumbat. Mommy gagahkan diri menyelesaikan masalah tersumbat tu. Buka paip kat bawah sinki(yang tersumbat), cuci di bilik air. Kemudian pasang semula. Malangnya sinki tu dah rosak. Paip jadi tak ketat. Masalah tersumbat tadi dah selesai. Masalah paip tak ketat, mommy guna tupperware yang tak digunakan sendal bersama periuk mainan amal di bawah paip tu. Bila paip dah ketat, air tak meleleh keluar. 

Bijak. Bijak.. Selamat lah untuk seketika kan.. I

Beberapa hari selepas itu kami pergi DIY. Cerita sama amoi masalah sinki. Kami tak tahu apa masalah sinki tu. Apa benda nak diganti. Skru rosak ke? Adoi masa tu pon lupa ambil gambar. Jadi tak beli lah alat ganti.

Solusi sementara yang mommy buat menggunakan tupperware dan periuk mainan amal bertahan sehingga semalam 29 disember 2017. Bocor lagi apabila periuk mainan tu beralih kedudukan dan menyebabkan paip kembali tidak rapat. 

25-8-2017 hingga 29-12-2017, lama giler.. 4 bulan

Selama tempoh itu beberapa kali dah mommy ingatkan daddyG untuk beli alat ganti..
Apa nama benda ni tatau.. corong keluarkan air tu
Akhirnya selepas 4 bulan, daddyG belikan alat ganti sinki tu pada 30-12-2017. Tapi belum pasang lagi.. bila nak pasang pula tu?
DaddyG punya sibuk, dia tak sempat ada di rumah.. kalau ada di rumah, dia gunakan masa sedikit itu untuk melayan anak-anak.. ehem ehem.. melayan isteri juga.. merajuk isteri dia nanti.. 

Bila dah ada anak, layan anak jeee.... Ini tidak adil.. hahaha...

Jadinya, bila masa nak layan sinki tu?

9-1-2018.. Anis dan Amal menjadi rajin membasuh pinggan.. sebenarnya bukan basuh sangat pun.. mereka main air dan sabun.. Lencun dapur mommy..

Lagi haru, sinki bocor menyebabkan banjir dapur tu.. bila sinki bocor, air yang keluar tu air kotor dan busuk..

Kali ini, no compromise! Daddy tolong lah baiki sinki tu..

Malam tu juga, ketika mommy hantar adam pergi tuisyen, daddy baiki sinki.. mommy singgah kedai beli barang dulu.. 

Dalam setengah jam juga la mommy keluar, sampai je rumah sinki dah siap. Haaa siap pon! 

↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓

Cerita di atas adalah bukti daddyG terlampau sibuk.. tak tahu lah lepas ni macam mana.. sekarang ni pon masih balik lewat malam siapkan report lah.. 

Susah juga ye sambung belajar bila dah berkeluarga ni... 

Bila daddyG busy, of course lah mommy pon turut busy. Ya lah, mommy uruskan anak-anak dan rumah dari pagi sampai ke malam... 

Hari ni hari pertama persekolahan Adam. Anis mula sekolah keesokan harinya. PASTI seperti tahun yang lalu akan memberi laluan buat ibu bapa menguruskan anak di hari pertama persekolahan. Mommy bangun awal siapkan sarapan dan bekal untuk adam.
Nasi goreng + buah jambu + air calcium
Mommy nak adam simpan duit belanja.. nanti boleh beli lego.. hahaha... sebab daddy dah taknak belikan adam lego kes kawan pecahkan (ceraikan block) lego adam tu.. jadi adam still boleh beli lego menggunakan duit daddy yang dah menjadi duit adam.. ha ha
Adam bawa bekal makanan menggunakan beg nutrisi Dugro
Seawal 7 pagi adam keluar rumah tunggu van sekolah untuk ke sekolah agama. Di sini, sekolah kebangsaan dan sekolah agama berasingan. Sekolah yang kecil tak dapat menampung pelajar yang ramai dalam satu masa. Ada 3 bangunan sahaja di sekolah kebangsaan. Sekolah Agama ada dua bangunan je. Jadi sesi pagi Tahun 1-3 bersekolah agama, manakala sesi petang mereka ke sekolah kebangsaan.

Sekolah rendah mommy dulu ada 5 bangunan... Sekarang mungkin lagi banyak.. Itu pon tahun 1998.. 20 tahun yang lalu..
Happy sikit baby Adam
Hari pertama daddy kata biar lah Adam terus naik van sekolah. Mommy ni risau juga la.. Adam tahu ke kelasnya? Cik Sal pemandu van sekolah kata "Takpe, ada kakYa ni boleh bawa Adam masuk"
Wefie sekali dengan mommy
KakYa tu anak mengasuh mama nor, jiran kami. So Adam kenal sangat la dengan KakYa. Tetiba jadi kakYa padahal selama ni panggil Ya je..

Mommy daddy follow adam dari belakang. disebabkan jalan jammed, mommy agak lewat.

"Eh mana adam ni?", Kelibat Adam tak ada dalam Kelas 1 Abu Bakar. Adoi mana Adam ni.
link
Mommy segera hubungi CikSal. Tanya Ya kelas apa. Ntah-ntah Ya bawa masuk kelas dia.

Ya Kelas 2 Uthman. Mommy pun pergi kelas Ya kat tingkat 3. Fuhhh... bila Tanya mana Adam?

"Adam kat 1 Uthman", hahahaha memandai je Ya masukkan adam ke Kelas 1 Uthman. Mesti Adam sendiri tak ingat dia kelas apa.

Mommy masuk 1 Uthman keluarkan Adam dan masuk ke kelas 1 Abu Bakar. Dapat lah tempat belakang sebab masuk lewat.
Adam kat belakang sekali
Mommy tunggu di sekolah sampai waktu rehat.. Tak lama pon nak tunggu.. Kalau balik dan datang semula lagi penat rasanya.. Ibu bapa diminta menunggu di kantin sekolah.. Daddy pesan mommy ambil gambar harga makanan..
Senarai Menu Murid Sekolah Rendah Agama
Bila Adam dah nak keluar rehat, mommy pergi tunggu Adam kat kelas. Nampak lah anak-anak beratur untuk keluar berehat. Kemudian mereka baca doa bersama-sama.
Beratur
Adam keluar je kelas terus cari mommy..haha mana boleh awak ni.. rehat dengan kawan lah..
Nak p mana tu
Mujur lah ada kawan dari PASTI.. so mommy suruh adam ke kantin dengan Eiman..
Haha happy nampak mommy ehh
Happy belajar ke tu kenyeh sakan.. dah dah awak jalan dengan je dengan Eiman..
Adam dan Eiman
Segan-segan juga Adam sebab dia bawa bekal siap ada beg lagi.. Awak patut bangga. Bawa bekal dalam bekas cantik pula tu..
Makan pon sembang lebih
Hari ni ja la mommy daddy nak tengok Adam makan kat sekolah.. Kemudian loceng berbunyi dan mereka masuk ke kelas..
Kembali ke kelas
Adam masuk kelas, mommy pun balik rumah. Sampai rumah kononnya mommy nak berehat, tapi tak berehat pon.. Biasa lah suri rumah, kerja tak pernah berhenti..

Hampir waktu Adam nak habis sesi sekolah agama, mommy daddy pergi sekolah. Sebabnya nak jumpa cikgu kelas Adam untuk bayar yuran.

Adam nak balik naik van sekolah ciksal. Jadi tumpang sekejap rumah mama nor, iaitu rumah Aiman.

Mommy balik rumah, siapkan Adam ke sekolah Kebangsaan pula. Siapkan bekal dalam masa 15minit. Rushing giler..
Siap dah nak g sekolah
Kemudian mommy daddy pon pergi sekolah juga sementara Adam naik van sekolah dengan kawan-kawan.
Adam dan kawan-kawan(jiran)
Adam dah lama tunggu hari ni. Nak pergi sekolah pakai baju putih.

Sampai sekolah, Adam berkumpul di dewan.. mommy perhati je dia pergi mana.. sekali tengok dia ikut kawan dia yang Tahun 2.. Mommy tarik adam duduk kat kawasan Tahun 1...
Ini lah dewan perhimpunan
Kali ni mommy tak tunggu lama. Sebab cikgu pon tak bagi ibu bapa ada kat situ. Waktu rehat mommy pergi semula ke sekolah.
Diam-diam mommy tengok Adam dalam kelas
Ingatkan ibu bapa masih menunggu di sekolah. Ada la juga yang tunggu kat kantin. Sempat la tengok aksi Adam dengan kawan-kawan..

Waktu rehat, Adam nak mommy.. hahahha silap mommy tunjuk muka tau..
Anak manja mommy
Habis waktu rehat, mommy pun balik rumah. Ingatkan petang mommy tak perlu ke sekolah dah. Balik dengan ciksal je. Tapi, kena pergi juga..

Cik sal beritahu Adam tak naik van.. cari pun tak jumpa.. haihh... Kenapa pula ni Adam.. maka mommy daddy bergegas ke sekolah...

Adam ada dengan cikgu. Adam kata "Aiman janji nak jumpa kat tangga. Adam tunggu tak ada."

Depan mommy cikgu pesan "Adam jangan ikut cakap kawan. Esok terus pergi pagar belakang."

Mommy tunjuk jalan ke pagar tempat van sekolah tunggu.. Kemudian kami pun balik ke rumah...

Begitu lah cerita hari pertama persekolahan Adam. Macam-macam ada...
Mainan dan kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Kanak-kanak akan rasa sangat gembira apabila mendapat mainan baru. Mainan seperti soft toys bukan sahaja sebagai peneman mereka, malah ia membantu mengembangkan imaginasi anak-anak itu.

Apa yang mommy lihat pada anak mommy semdiri, mereka boleh bersembang dengan soft toys seolah-olah toys tu pon boleh bercakap. Dia juga lah yang buat ayat untuk toys tersebut.

Sebelum ini mommy tak berminat nak membeli soft toys kepada anak-anak mommy. Yang ada di rumah semua adalah pemberian orang lain. Sehingga lah apabila Amal mula berminat dengan soft toys dan turut menjebakkan kakaknya, Anis untuk minat soft toys juga.

Semenjak itu mommy terpaksa belikan soft toys pada mereka. Mana taknya, Amal tu meminta-minta sampai kita pon terpaksa membeli.. 

Berbeza pula untuk kali ini, mommy sendiri berkenan dengan soft toys dari Pebble Malaysia.. Anak-anak tak perlu cakap lah... Tengok gambar je mereka dah bersorak gembira.. Bila dah ada di tangan mereka, kerja kilek(usung/bawa) ke mana-mana sahaja... 
Pebble toys yang sangat comel

7 sebab mainan Pebble Malaysia jadi pilihan

1. Sangat comel
Bila tengok satu persatu mainan Pebble di https://www.motherhood.com.my/brands/pebble , mommy rasa nak semua..
Pebble toys yang comel. Nak tengok gambar besar klik gambar atau link di atas

2. Gembirakan hati anak-anak
Anak-anak sukakan mainan baru..
Adam suka Pebble Giraffe
Adam namakan Pebble Giraffe sebagai Giraf. Atau Si Gemok Giraf. Hehee
Eh nak bawa Pebble Blue Bunny Rattles ke sekolah ke?
Pebble Blue Bunny Rattles milik Anis dinamakan Baby Blue..

Amal bawa Pebble Organic Pink Bunny Rattles jalan-jalan
Semestinya yang paling comel untuk anak paling comel... Adik amal dapat Pebble Organic Pink Bunny yang diberi nama Bunny...

3. Peneman anak
Giraf, Baby Blue dan Bunny menjadi teman bermain dan bantal peluk.. Tidur lena anak-anak mommy di samping soft toys kesayangan mereka.
Adam tidur bertemankan Si Gemuk Giraf
Anis tidur bertemankan Baby Blue
Amal tidur bertemankan Bunny
4. Seni buatan tangan yang indah
Mainan buatan tangan Pebble adalah hasil kerja tangan wanita di Bangladesh. Kagum betul dengan hasil kerja tangan mereka yang sangat halus dan berseni.
Pebble Blue Bunny Rattles
5. 100% kapas
Produk Pebble Child diperbuat daripada 100% kapas. Mommy tak risau dah bila lihat amal kunyah si Bunny. 

6. Boleh dibasuh dengan mesin basuh
Walaupun dah ada Giraf, Baby Blue dan Bunny, mommy tak habis lagi scrolling setiap hari melihat soft toys yang lain. Jeng jeng jeng mommy terbeli pula Pebble Zebra Rattle.
Musim sejuk, depa pon kena berselimut juga
Berebut lah Anis dan Amal nakkan Pebble Zebra Rattle yang dipanggil Zebra.. Kemenangan berpihak pada Amal.. Amal peluk tidur dalam kereta sehingga terkencing dan terkena pada Zebra. Belum cukup 24 jam lagi dah terpaksa masukkan dalam mesin basuh😭😭😭

Dengan cuaca sejuk, nasib baik lah boleh masuk mesin basuh. Walhal sayang gila baru dapat kot...

7. Menyokong kaum wanita Bangladesh yang bersusah payah menyara keluarga
Eh apa kena mengena pula dengan wanita Bangladesh tu ye? Yang ni korang kena tahu sejarah Pebble. Lepas tu korang boleh dapat jawapannya.

Di sebalik kisah PEBBLE

Hathay Bunano, yang bermaksud "BUATAN TANGAN" di Bangla ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Briton Samantha Morshed, yang berpindah dari United Kingdom dengan suami British Bangladesh. Samantha sedar bahawa dia mempunyai kewajipan moral untuk meletakkan apa sahaja kemahiran yang dia gunakan, untuk membantu wanita-wanita Bangladesh dalam apa jua cara. 

Lihat video disebalik kisah "THE PEBBLE STORY"


Produk Pebble dibuat oleh Hathay Bunano, organisasi jual beli yang adil di Bangladesh. Misinya adalah untuk mewujudkan pekerjaan yang baik, berkualiti, fleksibel dan pekerjaan tempatan untuk wanita luar bandar, yang prospek pekerjaannya adalah minima.

Suami Samantha menubuhkan pusat pengeluaran luar bandar dan mengatur kursus latihan dalam mengembangkan Hathay Bunano. Ia kini mempunyai lebih daripada 12000 orang - kebanyakannya wanita - dalam 202 unit pengeluaran luar bandar. 

Produk Pebble Child boleh didapati di beratus-ratus butik dan kedai-kedai hadiah di seluruh dunia, menyokong wanita Bangladesh untuk berdikari dan menyara keluarga mereka.

Dengan membeli mainan Pebble mommy dapat membantu memperbaiki keadaan di Bangladesh, dengan: 
✔️Memperkasakan wanita 
✔️Mengurangkan perpindahan keluarga 
✔️Menghentikan buruh kanak-kanak 
✔️Mengurangkan perkahwinan awal 
✔️Kemudahan prasekolah & penjagaan 
✔️Mengurangkan keganasan terhadap wanita 
✔️Meningkatkan kadar pendidikan wanita 

Rattles, selimut bayi dan mainan dicipta dengan cinta dan menyediakan pekerjaan yang sangat diperlukan untuk wanita yang membuat mereka. 

Bagi mommy Pebble adalah pilihan terbaik mommy untuk anak-anak. Comel dan berkualiti. Anak mommy gembira dan dapat membantu mereka yang memerlukan walaupun tak banyak.

Sihat adalah keutamaan setiap insan. Cantik pula menjadi idaman setiap wanita. Alangkah bertuahnya apabila mommy berpeluang ke Majlis Pelancaran STEA [sebutan esti] yang di adakan di Hotel Concorde Shah Alam tempoh hari kerana dapat mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai produk STEA dan juga pengasasnya iaitu Puan Mastura. 
Majlis Pelancaran STEA
Produk STEA | STEA Teh Hijau & STEA Beauty
Mommy irra dengan STEA Beauty
STEA bermotto kan "Be Gorgeous and Healthy Everyday" menampilkan pengasasnya yang kelihatan sangat gorgeous dan menawan serta turut hadir pengguna setia STEA Teh Hijau iaitu Amylea(Akademi Fantasia).
Bersama Amylea(Akademi Fantasia)
Bersama Puan Mastura, Pengasas STEA

Pengasas STEA, Puan Mastura

Obses mommy pada kurus tak boleh lawan obses Puan Mastura sehingga beliau berjaya turun berat badan dari 85 kg menjadi 69 kg sekarang dengan produk beliau sendiri iaitu STEA Teh Hijau dan terbaru STEA Beauty. Gambar di bawah merupakan gambar Puan Mastura sebelum dan selepas mengamalkan STEA Teh Hijau.
Testimoni STEA oleh pengasasnya sendiri
"Wow", perkataan yang keluar apabila melihat testimoni pengasas yang ditayangkan semasa pelancaran STEA. 

Sempat mommy berbual dengan Puan Mastura. Berat badan beliau naik selepas melahirkan anak yang ketiga. 😭 Mommy pun berat naik selepas berhenti menyusu anak yang ketiga. Takutnya kalau mommy makin besar...

Takpe mommy, mommy boleh amalkan STEA Teh Hijau yang mommy dapat setelah berjaya menjawab kuiz dan juga menang cabutan bertuah pada hari tersebut.

Majlis Pelancaran Produk STEA turut disertai rakan-rakan blogger lain yang memeriahkan majlis dan bikin havoc. 
Sebahagian blogger yang hadir
Yang paling best adalah blogger yang duduk sebaris dengan mommy. Kami semua dapat jawab kuiz. Hahaha... 
Barisan sapu bersih hadiah Kuiz. Haha
Kuiz yang diadakan bukan sahaja menguji kepantasan, malah pemenangnya boleh lebih gorgeous dan kekal sihat macam pengasas STEA.. Sebab semua dapat bawa pulang sekotak STEA Teh Hijau😍 .. 
Tak wefie is tak sah
So mesti korang pon tak sabar nak kenali produk STEA kan... How we can be gorgeous and healthy everyday with STEA? Lets check it out! 

Apa itu STEA Teh Hijau?

STEA Teh Hijau adalah daun teh berkualiti tinggi dari Jepun. Dalam setiap uncang STEA teh hijau mempunyai serbuk teh hijau yang disebut ‘matcha’. Matcha ni sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

Kebaikan STEA teh hijau

💃Mengawal berat badan
💃Meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak
💃Melawaskan masalah pembuangan
💃Membuang kotoran dan toksin dalam badan
💃Mengawal selera makan
💃Mengurangkan kolesterol
💃Agen anti kemurungan
💃Agen anti penuaan
💃Tinggi anti oksidan
💃Menambah tenaga
💃Menghalang pengumpulan lemak dalam badan

STEA Teh Hijau amat sesuai dijadikan minuman harian sekeluarga dan sebagai ‘booster’ sebelum melakukan senaman.

Apakah pula STEA Beauty?

STEA Beauty adalah produk kecantikan yang diformulasi berasaskan teh hijau. STEA Beauty merawat wajah menggunakan dua produk sahaja iaitu sabun dan serum.

Kandungan sabun STEA adalah serat daun teh yang bertindak sebagai skrub setiap kali mencuci muka. Mencuci sahaja tidak mencukupi kerana cucian biasa tidak mampu membuang kotoran yang melekat di dalam pori-pori muka. Serat daun teh mampu membuang kulit mati dan mengeluarkan kotoran di wajah.

Serum STEA bertindak sebagi agen merawat wajah rosak. Kandungan utamanya terdiri daripada ‘extract’ teh hijau, aloe vera, kolagen, stem cell apple dan banyak lagi bagi memastikan kesan maksimum kepada setiap pengguna. Teksturnya dalam bentuk jeli dan tidak melekit sangat menyejukkan dan memberi kesegaran pada wajah pada setiap kali penggunaan.

Kelebihan STEA Beauty

💞Mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah
💞Mengecutkan jerawat dengan cepat
💞Memudarkan jeragat dan parut jerawat
💞Mengecilkan pori-pori
💞Menghilangkan kulit kusam dan kasar
💞Melembapkan kulit dan menjadikan kulit tidak berminyak
💞Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
💞Menjadikan tona kulit lebih sekata
💞Menganjalkan kulit wajah
💞Mengurangkan kedutan dan garis halus
💞Mencerahkan kulit dan melindung kulit dari sunburn
💞Agen anti penuaan
💞Menanggalkan whiteheads dan blackheads

Menarik sungguh produk STEA ni kan.. Amalkan minum teh hijau untuk kekal sihat dan langsing. Kemudian, yang lebih menarik perhatian adalah produk STEA tiada bahan kimia merbahaya... ini pengasas sendiri beritahu.. memberi keyakinan sepenuhnya untuk mommy menggunakannya.

Taraa... Banyaknya mommy bawa balik produk STEA... Berbaloi-baloi mommy berlari ke depan untuk menjawab kuiz.. Kemudian dapat lagi cabutan bertuah.. Rezeki sangat hari tu kerana mommy susah dapat cabutan bertuah (pernah dapat tak eh sebelum ni🤔)...
Rezeki menang cabutan bertuah dan menjawab kuiz
Mommy akan gunakan peluang ini sebaiknya. Sihat dengan STEA Teh Hijau. Cantik secara semulajadi dengan STEA Beauty. Bonusnya dapat semula Saiz S. Mommy akan buat posting testimoni selepas konsisten menggunakan produk STEA ni..

So far mommy sangat suka guna STEA Beauty. Kulit muka rasa segar dan tegang setiap kali selepas mencuci muka dan memakai serum. STEA teh hijau pula tak ada rasa pelik. Mommy boleh minum macam tu je.. Mommy nak kembali kurus. Jom korang sihat dan cantik sama-sama!

STEA
Be Gorgeous and Healthy Everyday