Pada 7 Oktober lalu, mommy bertemu dengan Presiden Persatuan Sukarelawan Muslim Malaysia atau dikenali sebagai MVM, singkatan kepada Muslim Volunteer Malaysia, Muhammad. Bila masing-masing memperkenalkan diri, Muhammad buka cerita mengenai sidang media Ikon MVM 2018 yang akan diadakan pada hujung bulan November. Masa ni, mommy belum pernah dengar lagi mengenai MVM. Namun, apabila Muhammad menerangkan serba sedikit mengenai MVM, rasa kagum terbit pada anak muda sepertinya yang sanggup berusaha berkhidmat kepada masyarakat.
Pengaruh selebriti dalam kebajikan sosial MVM
Ikon MVM 2018 terdiri dari kalangan selebriti dan usahawan berjaya. Kita semua sedia maklum, golongan selebriti mempunyai pengaruh yang kuat dalam laman media sosial dan memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda.
Kerjasama MVM dengan selebriti dan usahawan ini dilihat dapat membantu, membuka peluang dan membentuk kesedaran untuk sama-sama membantu menarik perhatian orang ramai terhadap peranan MVM dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui laman media sosial.
Muslim Volunteer Malaysia
MVM telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 fokus kepada pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat secara berkala. MVM banyak membantu golongan ini dengan program seperti PureHeart, Di Sebalik Pintu, Jejak Mahabbah, MVM Apprentice, Qurban MVM dan banyak lagi.
Setakat ini hampir 80 buah program kebajikan telah dijalankan dan hampir 6000 buah keluarga penerima bantuan telah menerima manfaat dari dana yang telah berjaya dikumpul daripada sumbangan rakyat Malaysia.
Bantuan bukan sahaja tertumpu di Malaysia sahaja malah bantuan telah diperkembangkan lagi ke luar negara seperti Syria, Jordan, Rohingya dan lain-lain melalui misi-misi kemanusiaan bersama dengan rakan-rakan NGO lain.
Tahun ini sahaja untuk misi UnityConvoy, 87 buah ambulans dan tujuh buah darinya adalah sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin ini telah berjaya dihantar ke Syria dan telah digunakan untuk membantu mereka di sana dan ini adalah antara inisiatif oleh Gabungan Anak Muda yang diwakili NGO seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Malaysia LifeLineforSyria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ). Terbaru 100 buah rumah perlindungan sedang giat dibina untuk etnik Rohingya di Bangladesh
Ikon MVM 2018
Memperkenalkan Penasihat, Inspirasi dan Ikon MVM 2018 :
8. Ikon MVM - Syamel
Syamel |
Ikon-ikon ini menjadi suara MVM untuk menyeru orang ramai supaya turun padang dan menghulurkan bantuan melalui hebahan di media sosial melalui laman media sosial seperti Facebook, Instagram,Twitter dan sebagainya.
Menurut Presiden MVM, Muhammad Jantan, majlis perlantikan Ikon MVM 2018 hari ini merupakan salah satu usaha MVM untuk melebarkan sayapnya sebagai sebuah NGO yang bukan sahaja menyantuni golongan asnaf tetapi juga memberi ruang dan peluang kepada golongan selebriti dan usahawan untuk memanfaatkan pengaruh yang dimilikinya bagi membantu golongan yang memerlukan.
"Bulan ini, kami baru sahaja selesai program agihan bantuan asas PureHeart MVM 2017 selama setahun kepada hampir 170 buah keluarga di SK Puchong Utama 1 dan turut merasmikan Kelas MVM Alaf 21 bagi meningkatkan nilai insaniah dalam membentuk sifat kepimpinan yang hebat dan menerapkan kesukarelawanan kepada murid-murid.
Hari ini kami bukan sahaja merasmikan Ikon MVM 2018, malah turut merasmikan Tabung Prihatin MVM yang telah ditandatangani oleh Penasihat MVM 2018, WebDonation MVM dan Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang.
Untuk makluman, WebDonation MVM merupakan alternatif saluran sumbangan bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk menderma manakala Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang bertujuan untuk menghantar bantuan makanan dan pakaian kepada saudara kita di Syria.
Untuk makluman, WebDonation MVM merupakan alternatif saluran sumbangan bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk menderma manakala Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang bertujuan untuk menghantar bantuan makanan dan pakaian kepada saudara kita di Syria.
Sejujurnya program-program ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sumbangan rakyat Malaysia. Saya amat berharap jalinan kerjasama seperti ini dapat digunakan sebaik mungkin ke arah jalan yang diredhai Ilahi dan diteruskan dari semasa ke semasa. Terima Kasih Malaysia” tambah Muhammad.
MVM sangat berbesar hati mengajak orang ramai untuk bersama-sama dengan ikon-ikon inisiatif menyumbang tenaga, wang ringgit dan juga idea-idea bernas yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.
TENTANG MVM
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.
Pada 2017 MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri yang dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala
Pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan insyaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.
MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.
MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.
Berpaksikan ‘Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan’, program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.
MVM terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain.
Semoga usaha MVM ini dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.
Jom kita mendaftar menjadi sukarelawan MVM bersama ikon-ikon MVM membantu kerja-kerja amal MVM.
Atau boleh terus membuat sumbangan ke:-
Semoga usaha MVM ini dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.
Jom kita mendaftar menjadi sukarelawan MVM bersama ikon-ikon MVM membantu kerja-kerja amal MVM.
Atau boleh terus membuat sumbangan ke:-
Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel : account@mvm.org.my
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel : account@mvm.org.my
Media Sosial
Laman Rasmi: http://www.mvm.org.my
Laman Sumbangan: https://donation.mvm.org.my/
Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter: https://twitter.com/volunteermvm
Laman Rasmi: http://www.mvm.org.my
Laman Sumbangan: https://donation.mvm.org.my/
Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter: https://twitter.com/volunteermvm
suatu perjuangan yg baik nihh..
ReplyDeletewah !! bagusnya.. suka pulak saya tengok artis wanita bertudung litup.. hee~ manis jek..
ReplyDeleteKalau penyertaan di anjakkan had umur pun bagus kan Irra...at least kempen macam ni boleh melibatkan ramai sukarelawan dari pelbagai peringkat umur
ReplyDeleteTerbaik..Kekya dah ke al MVM masa awal2 penubuhan dulu sebab dah kenal Mad sebelum dia buka MVM .. Dulu Kekya panggil dia Mamat.. Seorang blogger gak.. masa tu kekya belum jadi blogger lagi..anak muda ini seoarang yang hebat..dalam usia begitu muda telah berjaya mengembangkan satu pertubuhan kebajikan ke peringkat tertinggi..Syabas anak muda..
ReplyDeleteNicee.. MVM sekarang dah dikenali ramai.
ReplyDelete