Datang dari keluarga susah, mommy tidak menggunakan sebarang pencuci muka di zaman sekolah. Sebagai anak yang memahami kesusahan abah mencari rezeki membesarkan kami tidak membuatkan aku berfikir untuk menyusahkan abah. Aku ke sekolah dengan wajah gelap dan kusam membuatkan aku rasa down dan malu.
Untungnya aku kerana punya kakak yang dah besar. Bila masuk sekolah menengah, kakak la yang nak belanja aku beli pencuci mula. Alaa beli je apa yang ada di pasaraya tu. Janji boleh cuci muka kan.
Muka aku juga jenis yang susah nak muncul jerawat ni. Kira masalah yang ada adalah kulit kusam dan gelap. Bila duduk dengan kawan-kawan, aku la paling "hitam".
Bila dah besar, aku ada juga buat facial. Setahun sekali ada kot? Atau 2-3 tahun sekali.. haha makna kata muka ni kurang sangat buat rawatan muka berbanding suamiku. Ya laaa dah aku yang telek dan belek muka suami siap buat home facial.. muka aku cantik pon sebab pakai foundation dan guna kamera telefon canggih..
Estetika Medispa, Shah Alam
Baru baru ini aku berkesempatan ke pelancaran pembukaan Estetika Medispa di Shah Alam. Masa kawan aku ada naikkan status mengenai pembukaan spa di Shah Alam, aku tak melepaskan peluang. Tau kenapa? Mereka yang terawal datang dapat treatment free tau...yeayyyy sapa tak suka kan? Tahniah Estetika Medispa kerana berjaya buka cawangan di Shah Alam.. Merasa juga aku buat treatment percuma... Dan merasa juga aku berjumpa Che Ta... Bertentang mata dan bertanya sendiri Che Ta beberapa soalan..
Estetika Medispa Shah Alam |
Blogger Mommy irra |
Perasmian Estetika Medispa Shah Alam |
Mommy irra, adam, anis, amal & Che Ta |
Rawatan muka di Estetika Medispa
Mommy kan dapat rawatan percuma masa pelancaran pembukaan Estetika MediSpa di Shah Alam. Jadi mommy nak reedem lah sekarang ni. Jom korang ber"me time"!Jom "me time" |
Perkara pertama yang perlu buat adalah isi satu borang. Dalam borang tu ada maklumat mengenai muka kita ni. Isi je mana yang tahu. Kemudian, ada sesi pemeriksaan wajah percuma bersama beauty consultant. Kena buat macam dalam gambar di bawah. Canggih sungguh mesin ini dapat baca keadaan wajah kita.
Pemeriksaan wajah percuma |
Keputusan amat lah menyedihkan. Semua nya teruk. Pori besar. Kedutan banyak. Jerawat banyak. Jeragat dah ada.. Eh kira semua teruk lah. Terus mood hilang..
Keputusan pemeriksaan wajah |
Beauty consultant cadangkan mommy buat Dermo Expert untuk buang whitehead dan blackhead. Ok, mommy follow je asalkan baik untuk muka.
Tengok tu mommy layan je segala proses treatment |
Beautician ramah dan best giler |
Nyah kau jerawat jeragat whitehead blackhead |
Kebaikan rawatan Dermo Expert adalah untuk membuang whitehead dan blackhead serta menaikkan seri wajah. Memang best la lepas buat rawatan.
Selain membuat rawatan muka sebulan 2 kali atau sekurang-kurangnya sekali sebulan, kita juga perlu menjaga gaya hidup dan pemakanan serta penjagaan wajah. Beauty Consultant berkali-kali mengingatkan untuk menggunakan set penjagaan wajah yang tidak mempunyai bahan kimia yang merbahaya dan memberi kesan jangka panjang seperti hydroquinone dan sebagainya
Beauty consultant juga menekankan penggunaan sunblock. Penggunaan yang betul adalah 4 jam sekali dan menggunakan sunblock, bukan foundation yang mempunyai spf.
Bila mommy dah datang ke Estetika MediSpa ni, banyak ilmu baru yang mommy pelajari. Yang lagi best adalah promo akhir tahun yang berbaloi dan sangat jimat serta dapat percuma rawatan.
Menyesal mommy pergi Spa ni lambat! Berbaloi sangat tawaran akhir tahun dia tau... mommy tengok yang datang pun student lagi..kira harga kat sini memang best dan semua orang mampu membuat rawatan muka.
Korang boleh tengok juga banyak lagi testimoni lain di ig & fb diorg... Jom ber"me time" di Estetika Medispa sekarang!
Ig @estetikamedispa_shahalam
Fb Estetika Medispa Shah Alam
Muka kite pun teruk jugak ni. Rasa nak buat rawatan jugak ni. Hiihi
ReplyDeleteBoleh terjah lepas ne dah alang-alang dekat dengan rumah miza
ReplyDeleteIngatkan nape la tadi hehe..
ReplyDeletemuka saya pun teruk gak ni.. alahai kena pergi spa la nanti
ReplyDeleteTime buat facial, bila kena scan muka macam ni mmg rasa down bila tgk result dia..tapi salah sendiri sbb tak tekankan sangat penjagaan muka..
ReplyDeleteBest dpt buat facial free. Dpt jumpa che ta you ols...
ReplyDeleteseronoknya bila muka kita dibelai kan..nak jugakkk
ReplyDeleteLast akak buat facial - 3 thn lps. Slalu buat facial kat rmh ja, jimat kos. Tapi mmg better bila experts yg remove blackheads/whiteheads, lebih berkesan.
ReplyDelete