Althea 'Un-pore-gettable' Beauty Box

Semakin kita berusia, kolagen kulit akan berkurang. Sebab tu kulit mulus hanya ada pada bayi baru lahir atau wanita yang betul-betul menitikberatkan penjagaan wajah. Penjagaan wajah bukan sahaja dari segi penggunaan set penjagaan kulit, malah termasuk rawatan wajah dan juga gaya pemakanan seharian. Kalau malas nak jaga muka, jangan marah bila pori membesar dan jerawat melata sana sini di wajah anda

Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box
Baru baru ni mommy dapatkan set produk kecantikan yang mengandungi pelbagai produk kecantikan di dalamnya, senang bila beli satu set, semua ada. Mommy dapatkan di Althea

Agak berani mommy membeli barangan dari portal online yang menjual barangan kecantikan dari Korea buat pertama kalinya. 

Althea menawarkan produk K-Beauty(Korea) dengan harga termurah, 100% asli dan menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara. Wow! 

Althea Beauty Box

Produk kecantikan melalui portal online Althea menjual produk K-Beauty pada harga murah, malah lebih murah dengan program kotak kecantikan atau Beauty Box

Althea Beauty Box merupakan kotak kecantikan yang di dalammya mengandungi 6-12 produk K-Beauty yang sesuai dengan tema kotak.

Kenapa mommy beli Althea Beauty Box?

  1. Kotak tema yang sangat menarik.
  2. Harga satu kotak lebih murah berbanding membeli satu-satu unit
  3. Setiap kotak mempunyai edisi terhad.

Mommy yang mempunyai liang pori besar, membeli set Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box yang mengandungi :-
  • Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
  • Common labs Mild Peeling Finger Pad
  • Laneige Powder Fit Cushion
  • Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick
  • Dear, Klairs Supple Preparation Facial Toner
  • My Beauty My Beauty Mask Pack
  • Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit
Harga semua produk dalam Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box ni adalah RM417.00, tapi dengan beauty box hanya bernilai RM127. 

Dapatkan Beauty Box di http://my.althea.kr/althea-box

Althea Un-pore-gettable Beauty Box

Innisfree | Super Volcanic Pore Clay Mask

Tanah liat Jeju volcanic membersihkan hingga ke dalam liang menggunakan sebum untuk membersihkan kulit.
Innisfree | Super Volcanic Pore Clay Mask
Tanah liat volcanic mengawal pengeluaran sebum dalam liang dan menyegarkan kulit.

Tanah liat volcanic kaya dengan nutrien dan mineral yang membantu melicinkan tekstur kulit, menjadikan solekan wajah lebih mudah.

Super Volcanic Pore Clay Mask tidak mempunyai minyak mineral, produk haiwan, wangian buatan atau imidazolidinyl Urea.
DaddyG suka pakai Super Volcanic Pore Clay Mask
Muka rasa sejuk semasa memakai Super Volcanic Pore Clay Mask. Selepas mencuci mask, muka rasa sangat segar dan kulit muka rasa gebu. 

Common Labs | Mild Peeling Finger Pad(7 keping)

Mild Peeling Finger Pad boleh menghilangkan sel-sel kulit mati, meminimumkan liang-liang dan mencerahkan kulit setiap hari.

Common Labs | Mild Peeling Finger Pad
Mild Peeling Finger Pad membersihkan kulit sepenuhnya, betul-betul bersih dan melembutkan tekstur kulit untuk membolehkan solekan yang rata. Travel-friendly, menjadikannya mudah untuk bersolek di mana sahaja. 
Gunakan peeling pad selepas mencuci muka
Bukan saja mommy suka menggunakan peeling pad, daddyG pon suka. Kulit muka terus rasa gebu lepas cuci dengan peeling pad. Dah la senang nak guna.

Laneige | Powder Fit Cushion #23 Sand

'Cream to powder twist cushion'. Muka rasa ringan je dengan Laneige Powder Fit Cushion ni.
Laneige | Powder Fit Cushion
Cantik tak cantik dengan Laneige Powder Fit Cushion tengok la gambar mommy di bawah ni
Mommy dengan Laneige Powder Fit Cushion

Rire | All Kill Pore Tightening Ice Stick

All Kill Pore Tighetening Ice Stick berfungsi mengurangkan liang pori! Ia mengandungi gracial milk. 
Rire | All Kill Pore Tightening Ice Stick
 Kenapa iceland's gracial milk?
- kaya dengan mineral
- kaya dengan hidrogen aktif dan
- tidak mengandungi kotoran dan datang dari kawasan yang bersih
- sama dengan kandungan air dalam tubuh manusia

Dear, Klairs | Supple Preparation Facial Toner

Klairs Facial toner berfungsi membuang minyak yang tidak perlu dan memberi kelembapan serta mengimbangi tahap ph wajah.
Dear, Klairs | Supple Preparation Facial Toner

My Beauty Red Ginseng Gold Hydrogel Mask

My Beauty mask adalah 100% dibuat di Korea, menggunakan ekstrak madu semula jadi. 
Red Ginseng Gold Hydrogel Mask
Bebas formaldehyde, benzyl alcohol, paraben, silicone, sulfate amine, coal tar dyes, mineral oil dan bahan berasaskan haiwan.
Haha..
DaddyG excited giler bila mommy nak pakaikan dia mask. Helloo...ingat perempuan je nak cantik? Muahaha daddyG pon dah mula naik jeragat..so kena lah jaga muka sebelum jadi teruk lagi
Red Ginseng Gold Hydrogel Mask
Enjoy giler daddyG pakai mask. Sambil dengar lagu kegemaran beliau.. cer teka lagu apa? Hahaa

Innisfree | Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit

Tadi dah ada Super Volcanic Pore Clay Mask, maka Sample Kit ni dah melengkapkan Innisfree skincare. 
Innisfree | Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit
Setiap beauty box akan ada satu produk percuma. Mommy dapat Hydrating Flower Essence Mask.
Hydrating Flower Essence Mask
Menarik dan berbaloi sungguh mommy dapatkan  Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box. Harganya juga sangat murah untuk semua barangan bersaiz asal ini. Ada 6 produk bersaiz asal dan 1 kit di dalam box ini dengan percuma satu Hydrating Flower Essence Mask.
Althea "Un-pore-gettable" Beauty Box

Korang boleh dapatkan Beauty Box di http://my.althea.kr/althea-box 

Untuk Maklumat Lanjut Layari
Facebook : Althea
Instagram :  @altheakorea

2 comments: