Aku jadi prop ayam kampung

Ini merupakan aktiviti hari terakhir mommy di kampung hari raya lepas.. haha bulan berapa tu kan.. tapi rasa nak jugak letak kat blog... Sedang mommy sibuk membuat task Juiceco, adik ipar dan ayah sembelih dan cabut bulu ayam. 

Kali ini mommy tak membantu sebab sibuk nak menyiapkan task. Haha alasan kah? Tidak.. mommy memang tengah bersedia nak ambil gambar buah.. dah siap task, senang lah hati.. 
Sekali tengah mommy sibuk bekerja, adik ipar datang suruh ambil gambar dia dengan ayam yang dah siap. Mommy pula jadi prop ayam kampung. Hahaa
Prop Ayam Kampung
Sejak Anis dah baik ekzema, lama dah mommy tak beli ayam kampung. Ayam kampung mahal juga. Mommy gantikan ayam kampung dengan ayam bandar yang tidak dicucuk dengan vaksin dan antibiotik.

Proses ayam kampung beramai-ramai di kampung juga menjadi tradisi. Memang acara wajib tiap kali balik kampung. Riuh rendah jadinya.. Tapi emak juga yang masak seorang. Yang ni mommy tak reti nak bantu. Memang mommy failed lah bab memasak. Balik rumah mak sendiri pon mommy tak memasak sangat. Sekadar membantu sahaja. Tahun ke depan- ke depan mana tau mommy boleh jadi tukang masak.  Muahahhaaa.. daddy, hadiahkan Noxxa/Philip Pressure Cooker please :p

3 comments:

  1. haha..sama la kalau blik kg, aktiviti masak bagi pada yg tua..tlg sikit2 je..haha..bukan malas tapi tak reti nak masak kat dapur rumah orang (rumah opah) #alasan sangat..hehe..kalau rumah mak sendiri, tak ada masalah..

    ReplyDelete