Sambutan Hari Kanak-kanak di Hospital Pakar DEMC

Hospital Pakar DEMC (DEMC) menyambut Hari Kanak-kanak Dunia dengan tema khas “Children of today, keepers of tomorrow” atau "Kanak-kanak hari ini adalah pelapis masa depan negara". Ini merupakan kali pertama mommy menyertai sambutan kanak-kanak di DEMC.
Kami tiba di DEMC, naik buggy dari parking kereta ke entrance DEMC
DEMC Children's Day Celebration 2017
Mommy bersama Adam, Anis, Amal dan anak jiran; Intan dan Aiman
Masing-masing bersemangat untuk menyertai aktiviti pembelajaran yang disediakan sepanjang sambutan hari kanak-kanak ini. Acara bermula dengan sesi Zumba, kanak-kanak kelihatan seronok menari sepanjang muzik dalam sesi Zumba. 
Zumba
Perasmian DEMC Children's Day Celebration 2017
Seterusnya mereka menjalani pengembaraan kecil dalam 'permainan misi'. Permainan ini memerlukan kanak-kanak untuk mengecop pasport mini mereka dengan melengkapkan empat permainan misi.
Station 1 : Collect Food
Station 2 : Healthy Plate
Semua kanak-kanak yang hadir bersemangat nak menghabiskan pengembaraan
Station 3 : Mini Football
Station 3 : Mini Football
Geli hati mommy melihat Adam bermain bola sepak. Sepak kali ketiga baru masuk gol. Berbanding Aiman yang nampak seperti biasa bermain bola sepak. Sekali sahaja sepak dah masuk gol. 
Station 4 : Mini Basketball
Station 4 : Mini Basketball
Untuk mini basket ball Adam tak berjaya menjaringkan sebarang bola. Aiman berjaya menjaringkan bola pada balingan ke tiga. Aiman tua setahun berbanding Adam. Sudah pasti pengalaman Aiman melebihi Adam. Apa pun, good job! Adam berani mencuba.
Selesai semua misi!
Selesai misi mereka mendapat pingat dan beg berisi macam-macam barangan seperti botol minuman, bekal makanan, sample susu anmum dan barangan Carrier Junior.
Redeem hadiah
Dapat goodies bag dan pingat
Dah macam atlet menang pingat..hehe
Isi dalam goodies bag
Selain itu terdapat juga aktiviti lain seperti lukisan muka, "sand art", mewarna, dan gerai foto. Di samping itu, badut dan maskot Dr. Bunny melayan kanak-kanak sepanjang majlis berlangsung.
Kanak-kanak beratur untuk mendapatkan lukisan muka
Amal dan Anis beratur lama untuk lukisan muka, tapi tak dapat juga. Tak ada rezeki nak lukis muka. 

Adam tak melepaskan peluang bermain "sand art"
Anis dan Amal tak melepaskan peluang mewarna
Di gerai foto : Jururawat Anis
Di gerai foto : Doktor Adam
Di gerai foto : Pegawai Bomba Aiman
Di gerai foto : Doktor Anis
 Di gerai foto : Chef Adam
Acara diteruskan dengan persembahan khas oleh badut dan Dr. Bunny di wad pediatrik. Badut mencipta dan mengedarkan patung balon untuk kanak-kanak. Kanak-kanak juga dapat menghabiskan masa dan mengambil gambar dengan Dr. Bunny maskot DEMC.
Sanggup lah dua sekawan ni beratur panjang untuk mendapatkan belon.
Panjang sungguh anak-anak beratur untuk mendapat belon dari badut dan untuk lukisan muka. Penghujung acara ditamatkan dengan pertunjukan silap mata.
Persembahan silap mata
Amal sempat bergambar dengan maskot Carrie Junior
Sambutan hari kanak-kanak pada tahun ini sangat meriah dan mendapat penyertaan yang ramai. Kanak-kanak yang hadir nampak sangat gembira. Kanak-kanak dapat meneroka dan mengekspresikan diri mereka dengan cara yang kreatif dalam setiap acara. 

Hospital Pakar DEMC Shah Alam

Hospital Pakar DEMC Shah Alam adalah pusat penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum penjagaan primer, perkhidmatan pakar, dan program kesihatan. Dikendalikan oleh DEMC Management Sdn. Bhd., Hospital Pakar DEMC Shah Alam telah mengukuhkan reputasi yang semakin meningkat sebagai pusat perubatan sehenti eksklusif untuk seluruh keluarga. DEMC berusaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang berbeza dengan komitmen yang tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan.

Direka dengan elegan di tengah-tengah pusat bandar Shah Alam di Seksyen 14, Hospital Pakar DEMC Shah Alam kini merupakan bangunan hospital 9 tingkat dengan kapasiti 130 katil yang menawarkan pelbagai 50 kepakaran perubatan dan pembedahan profesional.

#DEMCKidsDay2017 #ourkeepersfortmrw #demcspecialisthospital

2 comments:

  1. seronok la anak-anak dapat buat pelbagai aktiviti..

    ReplyDelete
  2. bagus jugak aktiviti aktiviti macam ni time cuti sekolah ni

    ReplyDelete