Pengertian infak

Adam Anis dan Amal pergi mengaji Iqra dengan ummi. Seorang infakkan RM20 sebulan. Sebenarnya, bila ummi sebut infak, itu kali pertama mommy tahu pasal infak. 
Infak ilmu
Bukan sahaja ummi, malah suaminya yang kami panggil walid mengatakan "ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diinfakkan"

Apa sebenarnya pengertian infak? 

Infak bermaksud membelanjakan harta pada jalan Allah SWT secara umum.

Dalam al-Quran, kalimah infak disamakan maksudnya dengan nafkah. Infak terbahagi kepada dua iaitu infak wajib dan infak yang tidak wajib.

Infak wajib termasuk zakat, bayaran kafarah, menunaikan nazar dan keperluan tanggungan wajib termasuk makan minum dan tempat tinggal untuk anak-anak, isteri dan ibu bapa.

Infak yang tidak wajib termasuk derma kepada pertubuhan kebajikan dan orang perseorangan, membantu program dakwah, bersedekah atas nama kemanusiaan dan sebagainya. Allah SWT menyebut perkataan infak dan nafkah sebanyak 49 kali dalam al-Quran. (Antaranya, ayat 215 surah al-Baqarah)

Saad bin Abi Waqas r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Nafkah (infak) yang kamu berikan semata-mata kerana Allah nescaya diberi pahala oleh Allah; bahkan apa yang kamu berikan untuk makanan isteri kamu (perbelanjaan rumah tangga) juga akan diberi pahala oleh Allah. (riwayat al-Bukhari)

Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd

Jom ringankan tangan untuk berinfak. Berinfak boleh membersihkan diri dari sifat negatif, dengki dan iri hati. 

8 comments:

  1. baru tahu ada infak wajib dengan tak wajib

    ReplyDelete
  2. thanks Irra, share entry ni ...
    mrs pip pun baru tau infak ni ada wajib ada tak...

    ReplyDelete
  3. info yang bagus ni, kat sekolah kami berinfak beri makanan eg biskut n air milo untuk murid yang tiada wang untuk ikuti koku pada sebelah petang,

    ReplyDelete
  4. Seronoknya berinfak untuk anak-anak, perasannya manis kan :)

    ReplyDelete
  5. BAru tau ada infak yang wajib dan tak wajib..
    TQ for sharing :)

    ReplyDelete
  6. bagus ni ..baru tau beza n maksud sebenarnya

    ReplyDelete
  7. Ye.. Nifak ni membelanjakan harta ke jalan Allah... Sama ada melalui sedekah, waqaf dan sbg nya...

    ReplyDelete