Jumpa upin ipin di Putrajaya

Bila daddy ajak jumpa Upin Ipin, mommy apa lagi, jom lah! Walaupun agak jauh. Satu jam nak ke Putrajaya dari rumah, kita bukannya driver.. Muahahaha... Heyy walaupun bukan driver, tetap penat tau...
Masa ni mommy baru perasan, Anis dah pandai bergaya bila bergambar. Siap senget-senget kepala sambil senyum manis. Oucchhh...sweet sangat ni...
Masa kita sampai tu, orang ramai tengah berebut nak bergambar dengan maskot upin ipin. Ramainya..
Mommy selfie je la dari jauh. Kemudian upload kat instagram. Dapat pula hadiah sebab orang yang terpantas update di instagram.
Jadi hadiahnya milik anak-anak lah. Pastu bergaduh pula. Hahaha sebab hadiah satu je.
Sayang, sayang, hadiah tu mommy punya okey. Korang bergambar je..hehehee..
Terhibur juga lah Adam, Anis dan Amal. Cuma mereka tak biasa. Diam je.
Orang lain dah berdiri berjoget sama dengan Upin Ipin dan kawan-kawan.
Apa pon, terima kasih daddy bagi kami peluang jumpa Upin Ipin. Anis dengan mommy je excited lebih nampak gayanya...hahaha
Daddy dukung Amal. Adam pula tak sporting betul taknak bergambar. Yang ada dalam gambar mommy dan Anis sahaja..

Sekian kisah pertemuan kami dengan Upin Ipin dan kawan-kawan.


2 comments:

  1. best budak2 ni dpt jumpa maskot upin ipin...
    memori indah untuk anak anak ....

    ReplyDelete
  2. bestnya. Tapi anak-anak miza takut dengan maskot hehe

    ReplyDelete