Bicycle Handphone Holder; Basikal pon nak ada handphone holder ke?

Bicycle Handphone Holder; Basikal pon nak ada handphone holder ke? | Jangan pandang enteng pada perilaku orang lain sebelum anda mengetahui sebabnya.. Haha... Basikal dan aku seperti tidak dapat dipisahkan.. Setiap hari mommy mesti akan naik basikal hantar anak mengaji iqra.. atau bawa anak-anak berjalan petang hari.. Apa kena mengena dengan bicycle handphone holder? Tunggu....

Bicycle Handphone Holder
Bicycle Handphone Holder
Handphone dan aku juga tidak dapat dipisahkan! Setelah orang yang aku cinta meninggalkan aku untuk mencari nafkah, handphone je la pengantara kami. 

Ganggu je suami tu buat kerja!

Ia bukan suatu gangguan. Ia suatu kebiasaan sejak dari berkawan lagi. Kita akan saling text. Jadi perkara tak biasa bila handphone tu senyap. Gaduh la tu! Haha

Jadi, handphone sentiasa ada di tangan. 

Takkan 24 jam text suami? Hahaha ini lagi tak betul ni.. takkan lah kerja saya nak text suami jeee... Banyak fungsi handphone pada mommy.. jom mommy senaraikan:-

1. Text suami
2. Taip entry seperti sekarang.
3. Ambil gambar dan video. Rekod perkara menarik yang berlaku seharian.
4. Study
5. Meluaskan network
6. Kerja

So, kalau nampak mommy pegang handphone tu, mommy lakukan salah satu daripada perkara di atas. 

Bila mommy pegang handphone sambil berbasikal, berlaku masalah lain pula. Handphone calar! Aduhh sayangnya handphone baru dah calar... 
Bicycle handphone holder menjadi penyelamat daripada mendapat sebarang kecelakaan ke atas handphone mommy. 
link
Memang terbaik lah bicycle handphone holder ni. Dia grab handphone kuat. Jadi senang la juga mommy nak text daddyG atas basikal...muahahahaa... 
Mommy kayuh basikal pelan pelan je, tak bahaya... Kayuh basikal pon dalam taman ja... Mommy takkan undang bahaya pada diri sendiri... 

3 comments:

  1. Hati-hati menunggang basikal mommy, Aktiviti berbasikal ini elok untuk jantung

    ReplyDelete
  2. Menarik.. ada lain kegunaan lg. Smartphone kita boleh guna stopwatch masa berkayuh.

    ReplyDelete