Pelembap semulajadi untuk kulit kering | Kulit kering merupakan salah satu proses penyakit kulit atau nama lainnya adalah ekzema. Setelah kulit kering di kaki mommy disahkan oleh doktor adalah ekzema, mommy mula mencari pelembap. Tapi mommy taknak pelembap yang mempunyai bahan kimia. Mommy mencari pelembap semulajadi untuk kulit kering supaya tidak merangsang ekzema itu keluar.
|
Lovera | Pelembap semulajadi untuk kulit kering |
Apa itu ekzema?
Ekzema adalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak terkecuali. Yang dewasa tu termasuk mommy lah...uhuhuhuu
Walaupun ekzema ni bukan lah penyakit berjangkit, namun ia merupakan penyakit komplikasi yang menyebabkan pesakit rasa resah dan tidak selesa sepanjang masa.
Gejala ekzema
- Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
- Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.
Mommy kena ekzema macam mana?
Kulit kaki menjadi tebal, kasar dan kehitaman sejak mengandungkan anak yang ketiga, iaitu pada tahun 2014. Namun selama 3 tahun ini mommy tak sapu atau makan apa-apa ubat. Biar je sehinggalah daripada sikit, menjadi banyak. Nak tunjuk kat sini tak boleh la... Aurat kan..
Mommy jumpa doktor baru-baru ni, doktor sahkan kulit kering tu adalah ekzema. "Mild eczema". Tak mustahil akan jadi lebih teruk. Mungkin jadi macam anis dahulu. Huhu
Punca ekzema
Terdapat beberapa faktor yang mencetuskan ekzema seperti:-
- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah mengalami ekzema, asma, dan allergik
- Perubahan emosi yang ketara seperti resah dan stress
- Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan
- Bahan-bahan iritasi seperti asap rokok, bahan kimia, cuaca yang terlalu panas
- Alahan: habuk, hama
Punca ekzema mommy sah lah merupakan genetik keluarga. Mommy penghidap asma masa bayi sehingga berusia 12 tahun. Selepas itu mommy jarang diserang asma lagi.
Kitar Ekzema
Ekzema berlaku disebabkan oleh kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan alahan mudah meresap ke dalam kulit dan mengakibatkan kulit kehilangan kelembapan yang banyak.
Ekzema menyebabkan kegatalan yang amat sangat dan keinginan untuk menggaru. Wajib garu lah. Teringat mommy pada anak kedua, Anis yang menghidap ekzema. Dia akan garu sampai berdarah-darah. Semakin kering kulit, semakin gatal. Jika di garu secara berulangan akan menyebabkan kulit terkoyak dan menjadi ruam. Kitaran ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti berikut:-
- Kecacatan fungsi penghadang kulit
- Kehilangan kelembapan kulit
- Kegatalan
- Mengaru-garu
- Keadaan kulit semakin merosot
- Rawatan dan pemulihan
Langkah untuk mengelakkan tercetusnya ekzema dan pemulihan fungsi penghadang kulit adalah mengawal kitar ekzema dengan melembapkan kulit.
Jadi mommy memilih Lovera Magic Jelly kerana Magic Jelly ini kerana ia:-
- Bebas paraben
- Tiada pewarna tiruan
- Tiada merkuri
- Tiada bahan berbahaya
Belian mudah boleh dibuat di
http://www.lovera.com.my/product/magic-jelly/ .. Zaman sekarang semua dihujung jari sahaja. Mudah dan barang yang kita nak sampai di depan rumah. Jangan tak ada di rumah pula ye? Hihi
|
Belian online Lovera Magic Jelly |
Apa yang menariknya Lovera Magic Jelly?
1. Saiz botol Lovera Magic Jelly boleh dimuatkan dalam beg tangan. Jadi mommy boleh simpan dalam beg tangan dan bawa ke mana sahaja.
2. Bau aloe vera asli. Bau yang macam ni tidak akan mengganggu hidung mommy yang sensetif pada bauan.
3. Warna putih. Kita tahu dari sini Lovera tidak menggunakan pewarna tiruan.
4. Rasa sejuk. Lovera yang disapu pada kulit membuatkan kulit rasa sejuk. Best je.
5. Lovera meresap ke dalam kulit memberi keselesaan.
Dengan 5 faktor di atas membuatkan mommy tak pernah lupa untuk menyapu Lovera Magic Jelly pada kaki mommy setiap hari. Mommy dah ada kulit keras kehitaman selama 3 tahun, mustahil magic boleh hilang dalam masa dua minggu. Tapi Magic Jelly ini telah membantu melembapkan kulit mommy. Maaf tiada gambar untuk dijadikan bukti sebab aurat. Tapi percayalah(nyanyi seperti lagu TokTi), kita semua dah sedia maklum aloe vera sangat berkhasiat untuk kulit. Nak cari aloe vera sekarang ni susah, Lovera dah sangat membantu menyediakan Magic Jelly yang mudah digunakan.
Kegunaan lain selain pelembap semulajadi untuk kulit kering
Haa selain untuk melembapkan kulit, Magic Jelly juga membantu merawat jeragat dengan berkesan, menghilangkan kulit yang kusam, merawat rambut seperti mengurangkan kelemumur, melicinkan rambut yang tidak teratur, boleh digunakan sebagai serum rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ada lagi! Magic Jelly boleh merawat bibir merekah dan kering, digunakan sebagai pelembap kulit, pembersih make up, serum muka dan Makeup-primer. Fuhh semua boleh guna tanpa was was kerana ia produk natural..
E-mail : hello.lovera@gmail.com
HOTLINE : +6011 32348255