Mainan dan kanak-kanak tidak boleh dipisahkan. Bangun dari tidur mereka terus mahu bermain walau di mana sahaja mereka berada. Mommy berpeluang mengenali dengan lebih dekat
Educational Toys dari
WePlay baru-baru ini. Anak-anak lihat sahaja mainan sebaik melangkah masuk ke perkarangan
event "Parents Get Together" with WePlay and Motherhood.com.my , terus mereka bertanya "Boleh main ke?".
Nampak sangat mereka tidak sabar nak bermainan. Bila dah dapat keizinan, haaa tengok sendiri dalam gambar-gambar di bawah ni:-
|
Bukan main bahagia lagi dapat bermain dengan WePlay |
|
We Play, We Learn |
|
Pancing jangan tak pancing |
|
Amal pon tak segan nak bermain |
|
Khusyuk sungguh mereka bermain |
Untuk pengetahuan semua, WePlay adalah produk dari Taiwan. Mommy juga berkesempatan mengenali founder WePlay, Mr Elton Chiu, CEO KIDDIE'S PARADISE INC. Beliau menerangkan satu per satu mengenai teknik belajar sambil bermain yang diterapkan dalam semua mainan WePlay.
|
Mr. Elton Chiu, CEO KIDDIE'S PARADISE INC |
Gambar di bawah adalah antara educational toys yang terdapat di WePlay. Setiap mainan memainkan peranan dalam pembesaran awal kanak-kanak.
|
WePlay Awards |
Mommy nak berkongsi dengan semua ibu tentang pembangunan kanak-kanak melalui mainan. Kalau ibu-ibu baca satu persatu, kita boleh kaitkan dengan pembangunan anak-anak kita.
|
5 kawasan pembangunan holistik |
Kanak-kanak mempunyai 5 kawasan pembangunan holistik iaitu:-
- pembangunan kemahiran motor
- interaksi permainan kreatif
- sentuhan
- peningkatan kemahiran motor halus
- koordinasi imbangan
Kesemua kawasan pembangunan holistik ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak dari segi tumpuan, emosi, yakin dengan diri sendiri dan mengenal.
Cabaran yang perlu kanak-kanak hadapi dalam pembelajaran?
- Penglihatan
- Pendengaran
- Sentuhan
- Pengalaman sendiri
- Sistem vestibular
- Kreatif
Jom kita memahami satu persatu cabaran yang anak-anak kita perlu hadapi.
|
1. Penglihatan |
|
Kanak-kanak akan melihat dan belajar daripada apa yang mereka lihat |
|
WePlay Educational toys menjejak penglihatan. |
|
Educational Toys WePlay mengenal pasti ruang - pergerakan tangan. |
|
2. Pendengaran |
|
Kanak-kanak mendengar dan belajar dari apa yang mereka dengar. |
|
Dengan mendengar kanak-kanak boleh belajar mengenalpasti, memadankan dan mengingat. |
|
3. Sentuhan |
|
Rangsangan sentuhan |
Dengan sentuhan boleh merangsang kawalan kekuatan motor halus, kestabilan emosi, kesedaran sentuhan dan mengenalpasti sesuatu benda.
|
Rangsangan sentuhan : mengenalpasti sentuhan |
|
4. Pengalaman sendiri |
|
Belajar dari pengalaman sendiri |
Bukan anak sahaja belajar dari pengalaman, malah orang dewasa juga belajar dari pengalaman. Jadi, biarkan anak anda belajar sendiri!
|
Pengalaman sendiri : mengenalpasti ruang - pergerakan kaki |
|
Pengalaman sendiri : kestabilan |
|
5. Sistem Vestibular |
Sistem vestibular adalah sebuah sistem yang bertanggungjawab terhadap kedudukan badan kita sama ada kita sedang duduk, berdiri, tidur, dan sebagainya.
|
Daripada keseimbangan kepada koordinasi. |
|
Sistem vestibular : kawalan badan |
|
Saling kaitan deria |
|
6. Kreatif |
|
Kreativiti |
|
Kretif: Konsep 2D |
|
Kretif : Konsep 3D |
Banyak ilmu bermanfaat yang diperoleh daripada educational toys kan? Mungkin sebelum ini kita dah tahu tapi kita tidak mengambil berat mengenainya. Atau kita lepaskan 100% kepada cikgu mereka di sekolah.
Anak dah sekolah, atau belum sekolah, pembelajaran utama tetap bermula dari rumah.
Okey dah jom sambung apa aktiviti mommy lagi sepanjang program.
Awal tadi anak-anak dah enjoy main, sekarang ibu bapa juga terlibat untuk rasa bermain bersama. Antaranya adalah kami perlu membuat banana boat.
|
Adam menyusun mengikut gambar |
Dalam gambar di atas, Adam excited menyusun mainan mengikut gambar. Namun, berjaya tak mommy daddy bersama Adam buat banana boat? Hahaha banana boat kami berkecai beberapa kali. Kami gagal dalam ujian kestabilan...
Kemudian ujian pendengaran pula. Kami perlu meneka adakah biji kacang atau manik berada dalam bekas tersebut. Yippie! Daddy teka betul... Mommy dah tak boleh agak mana satu manik mana satu biji kacang..adehhh
Seronok parenting event yang melibatkan satu keluarga ni, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sambil bermain, sambil ketawa dan sesekali menjerit apabila jatuh berderai mainan.. belajar dari sebuah pengalaman kan, lama-lama boleh la pandai...
|
Anis dan manik |
Antara aktiviti yang paling seronok adalah ujian kreatif. Hahaha ini ujian kreatif bagi ibu-ibu. Sebabnya ibu-ibu yang excited lebih. Hehehe
|
Kumpulan kami kena bina KLCC. See.... Cantik kan? Kumpulan pertama yang siap tau! |
Dah habis semua aktiviti kami bergambar kenangan WePlay dan semua blogger yang hadir.
|
Sesi bergambar |
Masa depan anak-anak kita belum diketahui dan perlu diterokai. Ibu bapa yang perlu bina asas masa depan anak-anak.
Institusi pendidikan kanak-kanak seperti tadika, taska dan prasekolah perlu ada educational toys yang bukan saja sahaja membantu perkembangan kanak-kanak, malah permainan itu selamat untuk mereka.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, mommy pon terus buka website WePlay sebab berkenan dengan
lego gergasi tu. Korang berkenan juga? Jom follow facebook WePlay..
Untuk belian WePlay secara online boleh terus ke website
www.motherhood.com.my
Good info mummy. Boleh merangsang daya kreativiti anak-anak.
ReplyDeleteSeronoknya weplay... Bagus utk pembesaran anak2 spy lebih kreatif n innovative...
ReplyDeletebagusnya ni untuk perkembangan minda kanan-kanak.
ReplyDeleteTempat yang bagus untuk bawa anak anak bila berkelapangan 😊
ReplyDeleteWaaa..bagus nii..ransang otak anak2
ReplyDeleteAnk2 pasti sronok dpt peluang main and melakukn byk activity di sini
ReplyDeleteLego gergasi tu nampak sangat menarik..
ReplyDeleteSangat bagus untuk kanak-kanak explore diri masing-masing
ReplyDeleteKalau ada anak boleh cuba ni
ReplyDeleteSeronoknya..kalau dekat, nak je AS bawak anak-anak gi store motherhood ni.
ReplyDeleteSeronoknya dapat menjana minda anak-anak. Respect dengan founder WePlay :)
ReplyDeleteBanyak ilmu yang dikongsikan. miza pun berkenan tengok lego besar tu tak sakit bila terpijak sebab dari jauh dah nampak hehhe
ReplyDeleteseronok bagi anak main macam ni kan daripda mengadap gadjet...
ReplyDeleteSeronoknya weplay..byk pilihan mainan..
ReplyDeletebestnya mommy.. anak-anak seronok kita pun seronok
ReplyDeleteseronoknya !!! kalau atie, atie pun pilih bawak anak main2 kat tmepat camni dari bagi menghadap gadget.. hee~
ReplyDeleteBudak budak biasalah seronok nak bermain. Eloklah bagi diorang main permainan yg berunsurkan education
ReplyDeleteBagus bg anak anak permainan education nih..lagipun budak2 biasalah suka bermain kan.
ReplyDeleteWahhh terbaikk,
ReplyDeleteBagusnya alatan ni, memang sangat2 sesuai dengan keperluan anak. Sangakt lengkap info dalam blog post ini terima kasih!
ReplyDeleteplay education bagus untukotak anak-anak kecik. bukandari kecik kena belajar tegas macam sekolah... itu yang sekarang ramai budak2 kecik dah stress sebab dah dr awal asyik belajar je...
ReplyDelete