Tips mudah buat anak suka berus gigi

Tips mudah buat anak suka berus gigi | Hari ini mommy nak kongsikan beberapa tips mudah buat anak suka berus gigi. Maklumlah kanak-kanak ni memang susah nak memberus gigi termasuk anak-anak mommy. Gigi-gigi mereka yang comel tu mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul. 

Bagaimana gigi rosak terjadi? 

Gigi yang tidak dibersihkan dengan cara yang betul akan membentuk plak. Makanan yang melekat pada gigi akan dicernakan oleh bakteria yang berada di dalam plak dan mengeluarkan asid yang menyebabkan gigi kanak-kanak mereput atau rosak. Jadi sebagai ibu, kita memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi anak sebelum ia rosak. 

Bila gigi perlu digosok?

Pembersihan gigi susu perlu dimulakan sebaik sahaja gigi susu tumbuh walaupun bayi hanya minum susu ibu atau susu formula sahaja. Pada peringkat awal ini,  ibu boleh membersihkan gigi dengan menggunakan kain lembut yang bersih atau menggunakan berus gigi khas untuk gigi susu.

Tips 1: Pilih berus gigi yang Comel dan Menarik dan ubat gigi perisa kegemaran anak

Anak akan lebih bersemangat untuk memberus gigi dengan berus gigi baru. Jadi pilihlah berus gigi yang disukai oleh anak-anak dan ubat gigi berperisa kegemaran anak-anak. 
Anak mommy sentiasa gembira apabila mendapat berus dan ubat gigi baru : Darlie Jolly Junior Rilakkuma
Saranan doktor untuk menukar berus gigi setiap 3 bulan. Untuk membuatkan mereka lebih teruja, libatkan mereka dalam pemilihan berus gigi. Pasti mereka lebih teruja untuk memberus gigi setiap hari.
Doktor gigi menyarankan menukar berus gigi setiap 3 bulan

Tips 2: Berus gigi bersama-sama

Ibu memberus gigi bersama-sama dengan anak. Sebagai permulaan pembelajaran memberus gigi, ibu perlu memberi panduan kepada anak bagaimana memberus gigi yang betul. Jadi ibu turut sama memegang berus gigi anak  dan mengajar mereka. Anda mungkin perlu tegas sedikit apabila anak menolak untuk tidak memberus gigi. Lama kelamaan anak dengan sendiri ada keinginan untuk memberus gigi sendiri.

Tips 3: Berus gigi beramai-ramai.

Menjadikan aktiviti memberus gigi dibuat secara rutin harian dan  beramai-ramai. 
Anis dan Adam gosok gigi bersama
Beramai-ramai melakukan sesuatu aktiviti adalah lebih meriah. Anak gembira, gigi pun cantik berseri. Lebih meriah apabila mereka berlawan gigi siapa yang putih lagi. Mommy perhati sahaja. Janji gigi anak bersih 

Tips 4: Dedahkan kelebihan memberus gigi kepada anak

Dedahkan kelebihan memberus gigi melalui video yang menarik. Ada pelbagai video menarik yang boleh didapati di youtube. 

Adam dan Anis juga medapat pendedahan kelebihan memberus gigi oleh doktor gigi di sekolah. Doktor gigi akan datang membuat praktikal cara memberus gigi yang betul. Tahun ini 2017, dah 2x doktor gigi datang ke sekolah. 

Ibu juga perlu bawa anak berjumpa Doktor Gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. 

Tips 5: Selalu memuji gigi anak 

Selepas anak berjaya memberus gigi, berikan mereka pujian. 

"Wah, cantiknya gigi Adam lepas berus gigi". 

Sesiapa pun di dunia ini sukakan pujian. Anak-anak akan buat lagi baik untuk dapatkan pujian. 

Selepas beberapa kali mendapat pujian, secara automatik selepas memberus gigi je mereka akan bertanya, "Mommy tengok ni, cantik tak gigi Adam?", sambil menayang gigi.

"Cantiknya..... Good boy Adam!", balas Adam.

Tips 6: Berus gigi bersama aplikasi

Aplikasi ini akan buat anak suka gosok gigi! Anak-anak mommy agak liat hendak menggosok gigi. Mommy perlu memaksa setiap hari untuk memastikan mereka menjaga gigi. Namun segalanya berubah apabila mommy memuat turun aplikasi Darlie Brush-Up. Muat turun di sini --> https://play.google.com/store/apps/details?id=com.darlie.brushup&hl=en
Install/muat turun aplikasi "Darlie Brush Up"
Muat naik gambar anak dan isikan nama anak.
Masukkan nama dan muat naik gambar
Anak mommy ada tiga, maka ada pengguna.
Mommy ada anak 3, jadi mommy masukkan 3 pengguna.

Tekan "JOM BERUS" untuk mula memberus gigi.
Klik JOM BERUS  untuk mula memberus gigi
Aplikasi ini memerlukan pengguna memberus gigi selama 2 minit. 
Memberus gigi dengan aplikasi Darlie Brush Up
Selain itu, aplikasi ini akan turut memberi tips memberus gigi. Dengan pilihan kostum yang menarik akan membuatkan anak berjaya memberus gigi selama dua minit.
Amal suka berus gigi dengan Darlie Jolly Junior Rilakkuma
Selepas Amal Insyirah, giliran Abang Adam untuk memberus gigi. 
Seronok anak mommy enjoy memberus gigi
Adam  suka berus gigi dengan Darlie Jolly Junior Rilakkuma
Seterusnya giliran Anis pula.

Anis  dah tak sabar nak berus gigi!
Anis  suka berus gigi dengan Darlie Jolly Junior Rilakkuma
Aplikasi Darlie Jolly Junior Rilakkuma berjaya membuatkan anak mommy teruja menggosok gigi setiap hari.

Moga tips mudah buat anak suka berus gigi akan banyak membantu ibu-ibu menggalakkan anak suka memberus gigi. 

5 comments:

  1. Tips yang baik... Bagus juga ada apps macam ni...

    Masa cik puteri dulu suruh dia tgk upin ipin

    ReplyDelete
  2. Klu ajar anak mmg kita kena buat same2 bg dia paham..sambil nyanyi brush ur teeth 🙂

    ReplyDelete
  3. wah..bagus apps ni..berjaya buat tarikan untuk anak2 memberus gigi selama 2 minit..hehe..

    ReplyDelete
  4. ok nak install apps ni..anak2 Liez susah benar nak gosok gigi.

    ReplyDelete