Basikal boleh naik 3 orang | Tempoh hari mommy beli basikal Adam, mommy pon berkenan juga basikal. Tapi memikirkan anak mommy yang tak reti berbasikal lagi, jadi mommy kena angkut semua.. Ada basikal yang berkenan di hati.. mommy and son bicycle namanya..

Kuat dah rasa hati nak memiliki, basikal ini harganya rm330. Kalau di internet, ada yang jual rm500, paling murah rm400. 
Confirm ambil mother and son bicycle
Mommy tambah seat di belakang, rm30 (secondhand). Basikal ni boleh di lipat. Jadi mudah la nak bawa masuk kereta. 

Tambah seat di belakang. Basikal boleh lipat.
Mommy boleh jalan-jalan dengan ketiga-tiga anak mommy.. takde lah masalah nak meninggalkan anak lagi..
Disebabkan basikal ini boleh dilipat, bila kami nak balik kampung, basikal boleh lipat dan simpan dalam rumah.
Boleh beriadah sekali anak-anak
Keputusan memiliki basikal ini adalah perkara terindah dalam hidup mommy. Haha di usia 31 tahun baru mommy ada basikal sendiri..  untung lah adam dan anis, kecil-kecil lagi tokma hadiahkan basikal..
The best ever thing with son & daughters
Disebalik keseronokan berbasikal baru, ada masalah juga. Dugaan pasti ada di mana-mana sahaja. Bila dah naik bertiga, berat kami telah menyebabkan tayar kerap pancit. Penat pula nak isi angin seminggu sekali..hahaha tabah la...


Tips mudah buat anak suka berus gigi | Hari ini mommy nak kongsikan beberapa tips mudah buat anak suka berus gigi. Maklumlah kanak-kanak ni memang susah nak memberus gigi termasuk anak-anak mommy. Gigi-gigi mereka yang comel tu mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul. 

Bagaimana gigi rosak terjadi? 

Gigi yang tidak dibersihkan dengan cara yang betul akan membentuk plak. Makanan yang melekat pada gigi akan dicernakan oleh bakteria yang berada di dalam plak dan mengeluarkan asid yang menyebabkan gigi kanak-kanak mereput atau rosak. Jadi sebagai ibu, kita memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi anak sebelum ia rosak. 

Bila gigi perlu digosok?

Pembersihan gigi susu perlu dimulakan sebaik sahaja gigi susu tumbuh walaupun bayi hanya minum susu ibu atau susu formula sahaja. Pada peringkat awal ini,  ibu boleh membersihkan gigi dengan menggunakan kain lembut yang bersih atau menggunakan berus gigi khas untuk gigi susu.

Tips 1: Pilih berus gigi yang Comel dan Menarik dan ubat gigi perisa kegemaran anak

Anak akan lebih bersemangat untuk memberus gigi dengan berus gigi baru. Jadi pilihlah berus gigi yang disukai oleh anak-anak dan ubat gigi berperisa kegemaran anak-anak. 
Anak mommy sentiasa gembira apabila mendapat berus dan ubat gigi baru : Darlie Jolly Junior Rilakkuma
Saranan doktor untuk menukar berus gigi setiap 3 bulan. Untuk membuatkan mereka lebih teruja, libatkan mereka dalam pemilihan berus gigi. Pasti mereka lebih teruja untuk memberus gigi setiap hari.
Doktor gigi menyarankan menukar berus gigi setiap 3 bulan

Tips 2: Berus gigi bersama-sama

Ibu memberus gigi bersama-sama dengan anak. Sebagai permulaan pembelajaran memberus gigi, ibu perlu memberi panduan kepada anak bagaimana memberus gigi yang betul. Jadi ibu turut sama memegang berus gigi anak  dan mengajar mereka. Anda mungkin perlu tegas sedikit apabila anak menolak untuk tidak memberus gigi. Lama kelamaan anak dengan sendiri ada keinginan untuk memberus gigi sendiri.

Tips 3: Berus gigi beramai-ramai.

Menjadikan aktiviti memberus gigi dibuat secara rutin harian dan  beramai-ramai. 
Anis dan Adam gosok gigi bersama
Beramai-ramai melakukan sesuatu aktiviti adalah lebih meriah. Anak gembira, gigi pun cantik berseri. Lebih meriah apabila mereka berlawan gigi siapa yang putih lagi. Mommy perhati sahaja. Janji gigi anak bersih 

Tips 4: Dedahkan kelebihan memberus gigi kepada anak

Dedahkan kelebihan memberus gigi melalui video yang menarik. Ada pelbagai video menarik yang boleh didapati di youtube. 

Adam dan Anis juga medapat pendedahan kelebihan memberus gigi oleh doktor gigi di sekolah. Doktor gigi akan datang membuat praktikal cara memberus gigi yang betul. Tahun ini 2017, dah 2x doktor gigi datang ke sekolah. 

Ibu juga perlu bawa anak berjumpa Doktor Gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. 

Tips 5: Selalu memuji gigi anak 

Selepas anak berjaya memberus gigi, berikan mereka pujian. 

"Wah, cantiknya gigi Adam lepas berus gigi". 

Sesiapa pun di dunia ini sukakan pujian. Anak-anak akan buat lagi baik untuk dapatkan pujian. 

Selepas beberapa kali mendapat pujian, secara automatik selepas memberus gigi je mereka akan bertanya, "Mommy tengok ni, cantik tak gigi Adam?", sambil menayang gigi.

"Cantiknya..... Good boy Adam!", balas Adam.

Tips 6: Berus gigi bersama aplikasi

Aplikasi ini akan buat anak suka gosok gigi! Anak-anak mommy agak liat hendak menggosok gigi. Mommy perlu memaksa setiap hari untuk memastikan mereka menjaga gigi. Namun segalanya berubah apabila mommy memuat turun aplikasi Darlie Brush-Up. Muat turun di sini --> https://play.google.com/store/apps/details?id=com.darlie.brushup&hl=en
Install/muat turun aplikasi "Darlie Brush Up"
Muat naik gambar anak dan isikan nama anak.
Masukkan nama dan muat naik gambar
Anak mommy ada tiga, maka ada pengguna.
Mommy ada anak 3, jadi mommy masukkan 3 pengguna.

Tekan "JOM BERUS" untuk mula memberus gigi.
Klik JOM BERUS  untuk mula memberus gigi
Aplikasi ini memerlukan pengguna memberus gigi selama 2 minit. 
Memberus gigi dengan aplikasi Darlie Brush Up
Selain itu, aplikasi ini akan turut memberi tips memberus gigi. Dengan pilihan kostum yang menarik akan membuatkan anak berjaya memberus gigi selama dua minit.
Amal suka berus gigi dengan Darlie Jolly Junior Rilakkuma
Selepas Amal Insyirah, giliran Abang Adam untuk memberus gigi. 
Seronok anak mommy enjoy memberus gigi
Adam  suka berus gigi dengan Darlie Jolly Junior Rilakkuma
Seterusnya giliran Anis pula.

Anis  dah tak sabar nak berus gigi!
Anis  suka berus gigi dengan Darlie Jolly Junior Rilakkuma
Aplikasi Darlie Jolly Junior Rilakkuma berjaya membuatkan anak mommy teruja menggosok gigi setiap hari.

Moga tips mudah buat anak suka berus gigi akan banyak membantu ibu-ibu menggalakkan anak suka memberus gigi. 

Adik ipar nak balik Seremban naik KTM di Padang Jawa. Jadi mommy ajak daddyG bawa anak bersama untuk merasai pengalaman menaiki KTM. 
KTM Padang Jawa
KTM Padang Jawa adalah komuter terdekat dengan rumah mommy. Jadi kami menaiki kereta ke KTM Padang Jawa. 
Bye ciksu
Kemudian, naik KTM ke KL Sentral. Masing-masing excited. 
Syiling komuter
Kami berpisah di KL Sentral. Adik akan naik komuter ke Seremban. Manakala kami berpatah semula ke Padang Jawa. 

Selepas makan, kami pon pulang ke rumah. Eh ke kereta di KTM Padang Jawa. Masing-masing ingin belajar berdikari dan buat sendiri. 
Nak buat sendiri
Atas KTM, mereka dah buat macam rumah sendiri. Diberi tempat duduk tapi nak berdiri.
Ini bukan rumah okey
Geram jugak la mereka ni. Orang lain pandang je kami. 
Seronok ye
Boleh la Adam buat karangan sekolahnya nanti, pengalaman pertama naik komuter. Haha
8 Langkah mudah memikat anak makan secara sihat | Sudah semestinya makanan tidak sihat bukan sahaja menjadi pilihan kanak-kanak, malah menjadi pilihan utama orang dewasa. Yang tidak sihat itu lebih sedap berbanding makanan sihat. Pasti anda setuju 100% dengan kenyataan mommy. Jadi kali ini mommy ingin kongsikan 8 langkah mudah untuk memikat anak makan secara sihat.

Sebenarnya, bukan Si Manja tidak mahu makan makanan sihat, tetapi pengaruh persekitaran menjebakkan Si Manja dengan makanan tidak sihat. Maka sebagai seorang ibu, kita memainkan peranan penting untuk menggalakkan Si Manja makan secara sihat dan berkhasiat. Jadi di sini, ibu perlu lebih kreatif dalam menyediakan makanan sihat Si Manja anda. 

8 Langkah mudah memikat anak makan secara sihat 

1. Sediakan bekal makanan dengan pelbagai hidangan
Mommy cuba menyediakan makanan sihat dengan nutrien seimbang yang diperlukan seperti protein, karbohidrat, serat, vitamin dan mineral. Kanak-kanak biasanya memilih makanan yang menarik pada mata pandangan mereka sahaja, jadi mommy cuba untuk menghasilkan makanan dengan pelbagai warna, tekstur dan citarasa. Mommy akan berikan anak-anak dua hingga tiga pilihan untuk setiap menu hidangan makan tengah hari atau makanan ringan mereka.
Antara langkah mudah memikat anak makan secara sihat adalah menyediakan bekal makanan; anis gembira menikmati bekal makanan yang mommy sediakan
Seperti bekal nutrisi di atas, mommy sediakan buah-buahan kegemaran Anis, bihun goreng yang mempunyai karbohidrat serat tinggi untuk memberi tenaga yang tahan lebih lama dan protein yang tinggi pada telur goreng.
Anis gembira tiap kali mommy bekalkan bekas nutrisi sebelum ke sekolah
Selain daripada Anis dapat makan makanan yang sihat, Anis juga tidak lagi membeli makanan di sekolah. Anis sangat gembira setiap kali mommy bekalkan makanan untuk dia ke sekolah. 

2. Kurangkan makanan bergula dalam rumah 
Di luar rumah, Si Manja terdedah dengan makanan bergula yang tidak dapat di kawal oleh ibu bapa. Jadi peranan ibu di rumah, mengurangkan pengambilan gula dalam makanan atau minuman.

Mommy akan membancuh minuman manis seperti air milo atau teh  menggunakan gula organik dan mengurangkan kuantiti gula. Selain itu mommy menggalakkan anak-anak minum banyak air kosong.
Hirisan mangga untuk si Manja mommy
Untuk gantikan makanan ringan seperti gula-gula, mommy akan hidangkan hirisan buah atau buah kegemaran mereka seperti anggur dan mangga.  

3. Ibu menjadi contoh kepada Si Manja 
Ibu merupakan idola kepada anak-anak. Anak-anak akan mengikut apa sahaja yang ibu lakukan. Pepatah juga mengatakan melentur buluh biar lah dari rebungnya. Jadi apabila ibu selalu mengamalkan makanan sihat dan minum air kosong, Si Manja secara automatik akan mengikut jejak langkah ibunya.

Mommy  dan daddy mahukan kami sekeluarga mengamalkan pemakanan sihat. Di mana kami mengurangkan makanan ringan yang tak berkhasiat. Daddy memastikan stok buah-buahan dan biskut tidak putus. 

4. Letak hidangan sihat di tempat mudah nampak 
Letakkan potongan buah-buahan atau apa sahaja hidangan sihat di tempat yang Si Manja mudah nampak. Apabila mereka rasa hendak makan, mereka akan terus mengambil makanan yang tersedia.
Mommy sentiasa menyediakan makanan di sisi anak-anak yang sedang bermain
Anak yang aktif akan cepat lapar. Setiap masa boleh dikatakan mereka nak makan. Jadi mommy akan pastikan bekalan buah sentiasa ada seperti epal, anggur, pear, dan mangga. Tanpa perlu disuruh, apa yang mommy sediakan akan habis sekelip mata. Hahahaa 


5. Ajak Si Manja sama-sama menyediakan hidangan 
Walaupon Anis sudah berusia 4 tahun, namun Anis sentiasa mengekori mommy ke mana sahaja. Bila mommy di dapur menyediakan makanan, Anis pon turut serta. Maka mommy akan mengajak Anis untuk sama-sama membantu menyediakan hidangan.
Walaupon Anis hanya membantu sedikit, namun ia sudah memadai untuk kanak-kanak seusianya. Malah Anis sangat teruja untuk menghabiskan hidangan yang disediakan sendiri. Proses ini mendidik Anis jadi lebih berdikari. 

6. Sorok apa yang Si Manja tidak suka 
Sorok makanan dengan memotong kecil atau mengisar halus makanan yang Si Manja tidak suka. Jadi mereka akan makan juga makanan tersebut kerana tak nampak.

Anis tak suka makan sayur. Agak sukar memujuk Anis memakan sayur. Mommy perlu berusaha keras untuk memastikan anak mommy mendapat nutrien yang seimbang. Maka apakah yang mommy lakukan? Sekiranya mommy nak sediakan sup ayam, mommy akan kisar halus sayur saderi. Jadi, Anis secara tak sedar telah makan juga sayur dalam sup ayam tersebut. Sedap katanya selepas habiskan makanan dia! 

7. Sediakan hidangan mengikut warna kegemaran anak
Sebagai ibu, mommy janjikan yang terbaik buat anak-anak mommy. Walaupun anak taknak makan makanan berkhasiat seperti yogurt, mommy jadikan yogurt tersebut sesuatu yang menarik bagi mereka.

Anis sukakan warna merah jambu. Jadi caranya mommy kisar strawberi bersama yogurt asli. Apabila yogurt strawberi nampak menarik, Anis tak melepaskan peluang merasainya.
Dengan kreativiti mommy, anak akan makan makanan sihat dan gembira dengan apa yang mommy lakukan.  

8. Gubah makanan supaya nampak menarik 
Atau nama lainnya adalah bento. Penyediaan bento yang menarik sebagai bekalan ke tadika/sekolah adalah satu cara menarik Si Manja makan makanan sihat dan berkhasiat.  
Bento untuk Anis dalam Bekal Nutrisi Dumex Dugro
Anak-anak yang sedang membesar sentiasa berasa lapar. Jadi mereka perlu sentiasa makan. Ibu yang kreatif menyediakan makanan sihat akan menjadikan Si Manja anda makan secara sihat. Jadi, apa lagi ibu, asah bakat semulajadi kita untuk mengekalkan kesihatan keluarga. 

Langkah untuk meningkatkan nutrisi Si Manja 

Antara langkah yang mommy amalkan untuk meningkatkan nutrisi anak-anak mommy adalah:- 
  • Menetapkan jadual waktu makan utama dan makan selingan 
  • Menjadikan sarapan pagi sebagai satu keutamaan 
  • Tidak memaksa anak untuk makan 
  • Makan bersama anak dan berbual secara positif mengenai makanan 
  • Berikan buah-buahan untuk dijadikan "jajan" sihat  
  • Amalkan minum air kosong yang mencukupi setiap hari 
  • Selain itu mommy juga berikan anak-anak minum susu.  
Anis berdikari membancuh sendiri air susu
Mewarisi mommy daddy yang dulunya minum susu Dumex, sekarang Adam Anis Amal minum Dumex Dugro. Ketiga-tiga anak mommy minum susu Dumex Dugro selepas berhenti minum susu ibu. Mereka berkembang dan membesar dengan sihat dan tiada masalah buang air besar. Mommy dan daddy dulu pon minum susu Dumex. Mommy dan daddy gembira melihat perkembangan anak-anak membesar. Dengan Dumex Dugro, Mommy tidak perlu risau lagi kerana ia membolehkan ibu memberi Anis lebih lagi nutrisi tanpa berkompromi. Dumex Dugro dirumus dengan lebih lagi DHA*, kaya dengan 15 vitamin dan mineral serta serat unik, lcFos yang berdasarkan 40 tahun kajian santifik untuk membantu tumbesaran Si Manja. Semoga anak-anak mommy sihat dan menjadi lebih lagi!

*berbanding susu tepung rumusan sebelumnya, 9.7mg setiap gelas

Promosi Bekal Nutrisi Dumex Dugro®  

Cantik kan bekal nutrisi Anis? Di  mana nak dapatkan bekal nutrisi Dumex  Dugro ni? Beli 2 pek Dumex Dugro® percuma 1 Bekal Nutrisi. Terdapat 3 warna Bekas Nutrisi seperti dalam gambar di atas; hijau, merah dan kuning. Kempen ini berjalan dari 1 September sehingga 31 Oktober 2017 selagi stok masih ada.  

Untuk maklumat lanjut, korang boleh dapatkan di laman sensawang Dugro, www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp 



Basikal baru Adam | Mommy beli basikal untuk adam kerana Adam puasa penuh selama sebulan. Satu pencapaian hebat dapat berpuasa penuh berbanding Adam di usia 5 tahun, langsung tidak berpuasa.
Basikal baru basikal lama
Ada cerita Adam dengan basikal baru. Pada mulanya Adam sangat gembira dari Kedai Basikal sehingga ke dalam kereta. Namun, bila dah sampai ke rumah, Adam mengamuk tidak mahukan basikal baru.

Basikal baru tak sama dengan basikal lama. Adam pula tak pandai nak mengayuh basikal sendiri. Huwaaa sedih la mommy, dah belikan basikal, Adam taknak pula..
Basikal kecil basikal besar

Penjelasan mengenai basikal baru

Basikal lama Adam berusia 4 tahun. Jadi basikal kecil sebab Adam masih kecil. Sekarang Adam dah besar, jadi basikal Adam kena besar.
Basikal baru Adam

Penyelesaian masalah basikal baru

Mommy minta daddyG belikan tayar tambahan. Daddy la pula sponsor kan..kekekeee... Dengan tayar tambahan, baru lah Adam mahu berbasikal. Fuhhh....
Tunggu van sekolah pon nak main basikal baru yang dah ada tayar tambahan
Bukan main laju lagi Adam mengayuh basikal barunya.. 
Laju lah Adam dengan basikal baru
Ada masa, mommy ajak adam berlumba.. hehe mommy bonding time di jalanraya begitu...
Hari-hari berbasikal
Tapi Adam masih tidak mahu berbasikal selalu kerana kawannya tiada basikal. Aduh anak! 
Sejak daddyG menjebakkan mommy meminati photography, idea untuk ke tempat yang kami boleh mengambil gambar itu datang. Haaa nak ke mana kita ni? DaddyG kata ambil gambar rama-rama pon cantik. Mommy pon survey lah Taman Rama-rama yang terdekat iaitu di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Butterfly Park.

Harga untuk warganegara:-
Dewasa (My Kad):RM 12
Kanak-kanak (My Kid) 2-11 tahun:RM 7
Keluarga(2 dewasa + 3 kanak-kanak):RM 38

Jadi untuk mommy sekeluarga, yuran adalah sebanyak RM38. Kira program kali ini tidak dirancang, esoknya terus kami pergi ke KL Butterfly Park.

Jom layan aktiviti kami di sana.



Rama-rama ni agak tidak memberi kerjasama untuk bergambar. Baru nak snap, dia dah terbang. Pada awalnya mommy hanya dapat ambil gambar di tempat khas rama-rama menghisap madu.

Selain rama-rama, ada juga pepatung. Cantik betul gambar dari handphone baru mommy ni kan..hehee

Anak-anak pula mommy bekalkan handphone seorang satu supaya mereka pon boleh sama-sama mengambil gambar. Malangnya si kecil tu minta youtube pula. Alahai adik, baru sangat jalan...




Takkan terus nak balik kan bila anak-anak mula buat perangai. Cuaca yang agak panas buat anak-anak tak selesa dan ajak balik. Korang ni, kan belum habis lagi pusing satu taman.
link
Mommy pon bawa Amal dan Adam yang sedang merengek keluar mencari apa yang boleh buat mereka senyap. Belikan air. Kemudian masuk semula.

Masa mula-mula sampai tu, rama-rama ni kebanyakannya macam sombong je. Kita nak ambil gambar, dia lari. Sombong eh! Tapi tak lama lepas tu jumpa ramai-rama yang jinak. Melekat di tangan adam.

Lagi jinak bila rama-rama singgah di shawl mommy dan merayap ke muka.


Nak rasa keseronokkan  melihat rama-rama kena la datang sendiri..

Kuala Lumpur Butterfly Park,
Jalan Cenderasari,
Taman Botani Perdana,
Kuala Lumpur,
50480 Malaysia.  
Tel: 603-26934799
        603-26934907
Fax: 603-26937066  
Email: infoklbutterflypark@gmail.com  

Opening Hours
Open daily from 9:00am - 6:00 p.m.  

Admission Fee
Adult:RM 25
Children (2-11 years):RM 14
Video Camera:RM 5
Note: Tripods are not allowed in the park 

Malaysian Citizen
Adult (My Kad):RM 12
Children (My Kid) 2-11 years:RM 7
Family of Malaysian Citizen
(2 Adults + 3 Children):RM 38
Note: Identification needed
Mainan dan kanak-kanak tidak boleh dipisahkan. Bangun dari tidur mereka terus mahu bermain walau di mana sahaja mereka berada. Mommy berpeluang mengenali dengan lebih dekat Educational Toys dari WePlay baru-baru ini. Anak-anak lihat sahaja mainan sebaik melangkah masuk ke perkarangan event "Parents Get Together" with WePlay and Motherhood.com.my , terus mereka bertanya "Boleh main ke?".

Nampak sangat mereka tidak sabar nak bermainan. Bila dah dapat keizinan, haaa tengok sendiri dalam gambar-gambar di bawah ni:-
Bukan main bahagia lagi dapat bermain dengan WePlay
We Play, We Learn
Pancing jangan tak pancing
Amal pon tak segan nak bermain
Khusyuk sungguh mereka bermain
Untuk pengetahuan semua, WePlay adalah produk dari Taiwan. Mommy juga berkesempatan mengenali founder WePlay, Mr Elton Chiu, CEO KIDDIE'S  PARADISE INC. Beliau menerangkan satu per satu mengenai teknik belajar sambil bermain yang diterapkan dalam semua mainan WePlay. 
Mr. Elton Chiu, CEO KIDDIE'S PARADISE INC
Gambar di bawah adalah antara educational toys yang terdapat di WePlay. Setiap mainan memainkan peranan dalam pembesaran awal kanak-kanak.
WePlay Awards
Mommy nak berkongsi dengan semua ibu tentang pembangunan kanak-kanak melalui mainan. Kalau ibu-ibu baca satu persatu, kita boleh kaitkan dengan pembangunan anak-anak kita.
5 kawasan pembangunan holistik 
Kanak-kanak mempunyai 5 kawasan pembangunan holistik iaitu:-
- pembangunan kemahiran motor
- interaksi permainan kreatif
- sentuhan
- peningkatan kemahiran motor halus
- koordinasi imbangan

Kesemua kawasan pembangunan holistik ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak dari segi tumpuan, emosi, yakin dengan diri sendiri dan mengenal.

Cabaran yang perlu kanak-kanak hadapi dalam pembelajaran?

  1. Penglihatan
  2. Pendengaran
  3. Sentuhan
  4. Pengalaman sendiri
  5. Sistem vestibular
  6. Kreatif

Jom kita memahami satu persatu cabaran yang anak-anak kita perlu hadapi.
1. Penglihatan
Kanak-kanak akan melihat dan belajar daripada apa yang mereka lihat
WePlay Educational toys menjejak penglihatan.
Educational Toys WePlay mengenal pasti ruang - pergerakan tangan.
2. Pendengaran
Kanak-kanak mendengar dan belajar dari apa yang mereka dengar.
Dengan mendengar kanak-kanak boleh belajar mengenalpasti, memadankan dan mengingat.
3. Sentuhan
Rangsangan sentuhan
Dengan sentuhan boleh merangsang kawalan kekuatan motor halus, kestabilan emosi, kesedaran sentuhan dan mengenalpasti sesuatu benda.
Rangsangan sentuhan : mengenalpasti sentuhan
4. Pengalaman sendiri
Belajar dari pengalaman sendiri
Bukan anak sahaja belajar dari pengalaman, malah orang dewasa juga belajar dari pengalaman. Jadi, biarkan anak anda belajar sendiri!
Pengalaman sendiri : mengenalpasti ruang - pergerakan kaki

Pengalaman sendiri : kestabilan
5. Sistem Vestibular 
Sistem vestibular adalah sebuah sistem yang bertanggungjawab terhadap kedudukan badan kita sama ada kita sedang duduk, berdiri, tidur, dan sebagainya.
Daripada keseimbangan kepada koordinasi.
Sistem vestibular : kawalan badan
Saling kaitan deria
6. Kreatif
Kreativiti
Kretif: Konsep 2D
Kretif : Konsep 3D
Banyak ilmu bermanfaat yang diperoleh daripada educational toys kan? Mungkin sebelum ini kita dah tahu tapi kita tidak mengambil berat mengenainya. Atau kita lepaskan 100% kepada cikgu mereka di sekolah.

Anak dah sekolah, atau belum sekolah, pembelajaran utama tetap bermula dari rumah.

Okey dah jom sambung apa aktiviti mommy lagi sepanjang program.

Awal tadi anak-anak dah enjoy main, sekarang ibu bapa juga terlibat untuk rasa bermain bersama. Antaranya adalah kami perlu membuat banana boat.
Adam menyusun mengikut gambar
Dalam gambar di atas, Adam excited menyusun mainan mengikut gambar. Namun, berjaya tak mommy daddy bersama Adam buat banana boat? Hahaha banana boat kami berkecai beberapa kali. Kami gagal dalam ujian kestabilan...

Kemudian ujian pendengaran pula. Kami perlu meneka adakah biji kacang atau manik berada dalam bekas tersebut. Yippie! Daddy teka betul... Mommy dah tak boleh agak mana satu manik mana satu biji kacang..adehhh

Seronok parenting event yang melibatkan satu keluarga ni, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sambil bermain, sambil ketawa dan sesekali menjerit apabila jatuh berderai mainan.. belajar dari sebuah pengalaman kan, lama-lama boleh la pandai...
Anis dan manik
Antara aktiviti yang paling seronok adalah ujian kreatif. Hahaha ini ujian kreatif bagi ibu-ibu. Sebabnya ibu-ibu yang excited lebih. Hehehe
Kumpulan kami kena bina KLCC. See.... Cantik kan? Kumpulan pertama yang siap tau! 
Dah habis semua aktiviti kami bergambar kenangan WePlay dan semua blogger yang hadir.
Sesi bergambar
Masa depan anak-anak kita belum diketahui dan perlu diterokai. Ibu bapa yang perlu bina asas masa depan anak-anak.

Institusi pendidikan kanak-kanak seperti tadika, taska dan prasekolah perlu ada educational toys yang bukan saja sahaja membantu perkembangan kanak-kanak, malah permainan itu selamat untuk mereka.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, mommy pon terus buka website WePlay sebab berkenan dengan lego gergasi tu. Korang berkenan juga? Jom follow facebook WePlay..


Untuk belian WePlay secara online boleh terus ke website www.motherhood.com.my