Nutrisi Bagi Ibu Mengandung & Menyusu dan Bayi di Hari Bayi Tollyjoy 2017 | Mommy menyertai sambutan Hari Bayi Tollyjoy 2017 kali yang ke-3 yang dianjurkan oleh Tollyjoy Corporation dengan kerjasama Yayasan OrphanCARE. Hari Bayi Tollyjoy tahun ini memberi tumpuan kepada nutrisi bagi ibu mengandung & menyusu dan bayi.
'Kita adalah apa yang kita makan’. Pemakanan sempurna ketika mengandung bukan sahaja penting bagi perkembangan bayi dalam kandungan, malah pengambilan makanan yang seimbang, serta diet bernutrisi juga membantu dalam membina asas yang kukuh bagi perkembangan bayi pada masa hadapan.
|
Hari Bayi Tollyjoy 2017 |
Hari Bayi Tollyjoy merupakan hari istimewa yang dikhususkan bagi meraikan bayi serta bagi menyambut pengalaman penting ibubapa dalam memberikan yang terbaik buat si kecil. Ia menitikberatkan aspek kekeluargaan, kasih sayang serta penjagaan sempurna kepada setiap kanak-kanak, termasuklah mereka yang kurang bernasib baik.
|
Tollyjoy produk penjagaan bayi dan ibu sejak 1971 |
Sebagai pengilang dan pemasar produk penjagaan bayi dan ibu sejak 1971, Tollyjoy telah menerima sokongan yang berterusan daripada ibubapa. Ini menjadikan Hari Bayi Tollyjoy sebagai platform yang ideal bagi menunjukkan penghargaan Tollyjoy kepada ibubapa.
|
Cik Grace Ng |
“
Fokus bagi Hari Bayi Tollyjoy 2017 adalah pemakanan. Kami percaya bahawa, selain daripada kasih sayang yang diberi kepada si kecil, pemakanan yang baik sejak peringkat permulaan diperlukan bagi mereka mencapai potensi yang menyeluruh,” kata Cik Grace Ng, Pengurus, Tollyjoy Corporation semasa sambutan hari bayi baru-baru ini.
|
Datin Rashidah Hashim, COO OrphanCARE |
Datin Rashidah Hashim, COO OrphanCARE pula berkata, “
Tumpuan Hari Bayi Tollyjoy adalah seiring dengan matlamat kami – memberikan setiap kanak-kanak peluang untuk disayangi serta dilindungi keluarga dan meraikan bayi dalam apa jua cara sekalipun. Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi bergabung dengan Tollyjoy dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibubapa mengenai kepentingan pemakanan dalam memastikan tempoh hamil dan bayi yang sihat.”
OrphanCARE adalah sebuah organisasi bukan kerajaan. Visi OrphanCARE adalah memberikan setiap anak yatim serta bayi terbuang di Malaysia sebuah rumah melalui program anak angkat serta program baby hatch.
Kepentingan pemakanan bagi bakal ibu, ibu yang menyusu serta bayi
Cik Rozanna M. Rosly, Ketua Jabatan Dietatik Pusat Pakar Universiti Malaya berkongsi kebaikan nutrisi bagi permulaan hidup yang sempurna.
|
Cik Rozanna, Ketua Jabatan Dietatik PPUM |
Menurut Cik Rozanna, “
Tempoh kehamilan adalah masa di mana tabiat makan si ibu akan mendatangkan kesan langsung kepada bayi yang dikandung. Keputusan ibu untuk mengambil sayuran, bijiran serta legume, protein serta pilihan makanan yang sihat dalam jadual makan sebelum dan ketika tempoh hamil boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan, membantu memastikan mereka sihat sepanjang tempoh kehamilan serta membantu dalam proses kelahiran. Ia juga membantu dalam membina asas yang bagus bagi perkembangan bayi, memberikan mereka permulaan yang kukuh dalam kehidupan.”
Beliau juga menasihatkan bahawa bayi hanya diberikan susu ibu pada enam bulan pertama kelahiran bagi membolehkan perkembangan, pertumbuhan serta kesihatan bayi yang optimum. Ibu menyusu juga perlu menitikberatkan kepentingan nutrisi yang mereka ambil sepanjang tempoh penyusuan. Selepas tempoh menyusu, bayi boleh diperkenalkan dengan makanan seimbang dan selamat. Para ibu dinasihatkan untuk terus menyusu sehingga bayi berusia 2 tahun.
|
Penyediaan makanan interaktif |
Di Hari Bayi Tollyjoy 2017, kami turut disajikan dengan demonstrasi penyediaan makanan interaktif oleh Cik Rozanna di mana beliau memaparkan kemeriahan menyediakan hidangan yang sihat di rumah.
|
Lapisan Buahan Rangup |
Antara sajian yang dihidangkan termasuklah, Lapisan Buahan Rangup yang mengandungi tembikai susu yang dilapisi dengan oats, yogurt rendah lemak, jem strawberi serta jus tembikai.
|
Bubur Oat Plum dan Pisang |
Kami juga dihidangkan dengan Bubur Oat Plum dan Pisang dan Smoothie Susu Soya yang dibuat dengan buah-buahan segar. Pada akhir demonstrasi kami menerima buku panduan dengan resipi sihat bagi ibubapa dan bayi.
|
Mommy diminta untuk menulis ucapan buat bayi(anak mommy) dan kemudian diletakkan di sini. |
Hari Bayi Tollyjoy 2017 turut diceriakan dengan pelbagai aktivti lain termasuklah Baby Bingo dan cabutan bertuah. Pemenang bertuah membawa pulang hamper Tollyjoy.
apa yang ibu makan akan terus dapat ke baby kan
ReplyDeleteSemuanya makanan sihat untuk ibu dan anak jugak :)
ReplyDeleteseronok bila dpt attend event mcm ni, menambahkan pengetahuan para ibu ..
ReplyDeletemmg seronok bila breasfeed anak2..terkenang pengalaman lama..syahdu pulak rasa hehe
ReplyDelete