Malaysia merupakan negara yang kaya dengan keindahan alam. Terdapat banyak tempat menarik yang harus kita lawati yang menyamai keindahan luar negara. Salah satunya adalah Sky Mirror yang terletak di Laut Selat Melaka.
Nama Sky Mirror diberi hasil daripada kesan pantulan langit di atas permukaan dataran pasir di tengah laut Selat Melaka. Mommy sendiri tak pernah tahu wujudnya dataran pasir yang luas ditengah laut.. Apa yang mommy tahu, tengah laut mesti wujud ikan-ikan besar..
Tidak ramai yang mengetahui kewujudan Sky Mirror termasuk mommy sendiri. Melihat image di google membuatkan mommy sangat excited untuk ke sana. Jangan google dulu, baca dulu sampai habis tau..
Mommy ke Sky Mirror bersama agen pelancongan Adventoro dari Damansara dengan menaiki van persiaran menuju ke Sasaran, Kuala Selangor. Perjalanan mengambil masa sekitar satu jam sebelum tiba di Jeti Penambang, Sasaran, Kuala Selangor.
Bot dari Jeti Penambang |
Bot bergerak perlahan dari jeti menuju ke laut dalam. Boleh nampak perubahan air berlumpur menjadi putih dan bot bergerak laju di laut dalam.
Perjalanan menuju ke Sky Mirror memakan masa selama 20 minit dengan menaiki bot.
Bot yang menuju ke Sky Mirror |
Pelancong yang mahu ke Sky Mirror mampu mencecah sehingga 1000 orang lebih-lebih lagi pada hari cuti hujung minggu dan cuti pelepasan am.
Ramai pengunjung Sky Mirror |
Memang tak sangka lah ada tempat sebegini. Luas seluasnya. Jalan jauh masih lagi berpasir. Tak boleh nak cerita luas mana kawasan ini.
Rasa seperti dunia tak berpenghujung di sini. Luas sangat |
Kami diberi masa selama satu jam lebih untuk mengambil gambar di Sky Mirror.
Travel agent juga menawarkan khidmat mengambil gambar menggunakan prop yang mereka. Jadi tak perlu susah susah nak bawa prop sendiri.
|
Permandangan Sky Mirror yang sangat cantik sesuai untuk mereka yang sukakan fotografi. Sesuai sangat untuk group photoshoot di sini.
Bagaimana nak ke Sky Mirror?
Anda boleh menggunakan khidmat agensi pelancongan Adventoro untuk ke Sky Mirror. Adventoro adalah agensi yang menyediakan pakej pelancongan dan aktiviti pengembaraan di Malaysia dengan pengembaraan mencabar seperti hiking, caving, aktiviti pulau dan pengembaraan biasa seperti aktiviti masakan dan kebudayaan.
Sehingga kini, Adventoro mempunyai lebih daripada 200 aktiviti dan mereka kini sedang memperbanyakkan lagi aktiviti. Wawasan Adventoro adalah untuk menjadi agensi nombor satu yang menyediakan pakej pelancongan dan aktiviti pengembaraan di Asia Tenggara. Jadi bukan sahaja ke Sky Mirror, malah pelbagai lagi tawaran dan tempat pelancongan menarik yang disediakan oleh Adventoro.
Terdapat banyak agensi pelancongan di pasaran, namun Adventoro akan menjadi pilihan anda kerana:-
- Adventoro akan memudahkan lagi perjalanan percutian anda
- Adventoro akan membuat pengesahan segera
- Adventoro berpengalaman dalam perjalanan pengembaraan.
- Adventoro mempunyai sokongan segera melalui sembang segera / e-mel
- Adventoro boleh memberikan nasihat pelancongan, terutamanya kepada kumpulan Korporat untuk rancangan / pembinaan syarikat.
Adventoro sesuai untuk pelancong luar negara atau pelancong tempatan yang ingin mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi.
Oh ye jangan lupa kepada pembaca setia blog mommy, dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan memasukkan kod promo 'irra' ke dalam link pendaftaran untuk tempahan ye.
Link Pendaftaran Untuk Tempahan
Emel:-
info@adventoro.com
ken@adventoro.com
marcus@adventoro.com
Hubungi:-
03-7660 6241 / 03-7660 6242
(Monday to Friday, 10am to 6pm)
Memg macam cermin airnyee..cantik..
ReplyDeleteMenarik tempat ni.view pun cantik...
ReplyDeletewow..menariknya..:)
ReplyDeletecantiknya tempat ni kak irra
ReplyDeletewww.liahasty.com
Cantiknyaaaa
ReplyDeleteNampak menarik tempat ni..
ReplyDeleteNurul dah masuk dalam wishlist.. hehehe.. cantik sangat tempat dia ^^
ReplyDeleteCantiknya gambar2 Irra kat sini
ReplyDeletequangminhhanoi
ReplyDeleteMenarik tempat ni.view pun cantik...
ReplyDeleteSubahannallah cantiknya tempat ne. kena tunggu anak-anak besar sikit baru boleh nak bawak dorang sekali
ReplyDeleteWahh seronoknya tuan blog. salam kenal dari saya ya.
ReplyDeleteCantik tempat ni. baru Pakcu taw. Thks yer share somthing yang baik.
ReplyDeletea.. hritu ade nampak kat Fb.. o.. menarik gak ni.. nanti balik Melaka boleh try..
ReplyDelete