Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA | Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur kehadrat Allah, Tuhan yang memiliki segala Sifat-sifat Ketinggian dan Kebesaran. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W serta sekalian para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga Baginda sekaliannya. Pernahkah kita terfikir untuk hidup di zaman Rasulullah, melihat wajahnya, melihat keperibadiannya.. Mendengar kisah baginda pun sudah cukup untuk menitiskan air mata.. Betapa baginda kasihkan umatnya. Bukan sahaja umat terdahulu malah umat hari ini yang masih belum wujud di zaman Rasulullah. Bertuah rasa hati mommy apabila berada di Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA sehingga mommy membuat kunjungan kedua bersama keluarga.
Harga Tiket adalah seperti berikut:-
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma
Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA
Untuk masuk ke pameran ini, belian tiket boleh dibuat di www.tamadunislam.com dan juga di pintu masuk pameran.Harga Tiket adalah seperti berikut:-
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang
* Kanak Kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma
Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA dibuka sehingga 23 Ogos 2017 dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Tiket masuk |
Sebelum masuk, kami bergambar kenangan dahulu. Pada hari ini, 15 Julai 2017, mommy bersama keluarga dan adik ipar serta kawannya berada di Masjid Negeri Selangor.
Bergambar sebelum masuk ke dalam dewan pameran |
Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA
Terdapat 28 artifak Rasulullah dan sahabat baginda yang dipinjamkan daripada pemilik asal dari Jordan, Syria, India, Turki, Mekah dan Madinah. Antaranya adalah Jam Matahari Mesir Kuno. Penemuan pada abad ke 13 SM ini sangat penting kerana jam tersebut kira kira 1000 tahun lebih tua dari masa alat pengukur masa serupa mula digunakan.Jam Matahari Mesir Kuno |
Teknologi umat Islam sangat cukup hebat sejak zaman Rasulullah saw. Namun kita sudah banyak tenggelam dah dipengaruhi dengan teknologi barat.
Melewati satu persatu artifak di sini, aku rasa kagum teramat sangat. Betapa hebatnya baginda Rasulullah saw dan para sahabat.
Melewati satu persatu artifak di sini, aku rasa kagum teramat sangat. Betapa hebatnya baginda Rasulullah saw dan para sahabat.
Kain Kiswah |
Cop mohor Rasulullah saw |
Cop mohor Rasulullah saw |
Loket Hassan/Hussin |
Harta rampasan perang |
Batu dinding Kaabah |
Batu tertera ayat al-Quran di Masjid Quba |
Raja Muda Selangor tidak melepaskan peluang mendekati artifak Rasulullah saw dan para sahabat ra |
Nak dijadikan cerita, Adam Rayyan mula merengek kelaparan. Mommy pujuk pon tak jalan. Kita baru separuh jalan melawat pameran. Mommy ajak Adam Rayyan cium bau artifak asli Rasulullah saw. Antaranya serban Rasullullah saw. Selepas dapat mencium bau tersebut, Adam Rayyan dah boleh senyum dan nak cium bau artifak baginda yang lain. Hebat!
Serban Rasullullah saw |
Darah bekam Rasulullah saw |
Susur baginda Rasulullah saw |
Beras tertulis kalam Allah "Surah Al-Ikhlas" |
Dari kecil kita diajar mencintai Rasulullah saw.
Satu satu, saya sayang Allah.
Dua-dua, sayang Rasululah.
Tiga-tiga, sayang ibu ayah.
Satu dua tiga, sayang semuanya...
Peluang sebegini harus kita ambil untuk mendekatkan diri kita dengan Rasulullah saw. Jadi lebih sayang dan cintakan Rasulullah saw dan lebih mengenali Rasulullah saw.
Terima kasih kepada pihak penganjur; Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd yang memberi peluang kepada kami yang tinggal berdekatan Masjid Negeri Selangor mendekati artifak asli Baginda Rasullah saw dan Sahabat ra.
Hadiah Pengunjung Bertuah juga berpeluang memenangi hadiah berikut:-
Setiap 1,000 - Sehelai tshirt
Setiap 10,000 - Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 - Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.
Satu satu, saya sayang Allah.
Dua-dua, sayang Rasululah.
Tiga-tiga, sayang ibu ayah.
Satu dua tiga, sayang semuanya...
Peluang sebegini harus kita ambil untuk mendekatkan diri kita dengan Rasulullah saw. Jadi lebih sayang dan cintakan Rasulullah saw dan lebih mengenali Rasulullah saw.
Terima kasih kepada pihak penganjur; Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd yang memberi peluang kepada kami yang tinggal berdekatan Masjid Negeri Selangor mendekati artifak asli Baginda Rasullah saw dan Sahabat ra.
Hadiah Pengunjung Bertuah juga berpeluang memenangi hadiah berikut:-
Setiap 1,000 - Sehelai tshirt
Setiap 10,000 - Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
Pengunjung ke 100,000 - Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan di:-
Website : http://tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak
Good info mummy..Bagus bawa anak2...
ReplyDeleteMenarik dapat berkunjung ke pameran macam ni. Macam-macam info boleh dapat.
ReplyDeleteSuka sangat pameran macam ni sebab kita bleh tau sejarah islam
ReplyDeletetempat yang banyak boleh kita pelajari dan ketahui lagi2 tentang nabi kita kan
ReplyDeletehelloaiman
mya pernah pergi sini sekali sahaja, itupun rombongan sekolah beberapa tahun yang lalu.
ReplyDeleteseronoknya dapat pergi pameran macamnih mummy.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
bestnya kak irra. mcm2 ilmu lh kita pelajari.
ReplyDeletehope lepas ni pameran ni akan sampai kat Kota Kinabalu pula,
ReplyDeletemmg rasa nak pergi sangat.
Menarik...balik kg nanti nak pergi la
ReplyDelete