Skim Thohir Potongan Gaji Zakat di Wilayah Persekutuan

Skim Thohir di Wilayah Persekutuan | Pernah tak anda dengar mengenai Skim Thohir Potongan Gaji Zakat? Hari ini mommy nak bercerita serba sedikit mengenai zakat. Apa itu zakat? Siapa yang layak memungut zakat? Dan apakah Skim Thohir?

Pengertian Zakat 

Zakat Selangor, Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”.

Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Zakat adalah rukun Islam yang ketiga. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan. 
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Jenis-jenis zakat:

  • Zakat Fitrah
  • Zakat Harta
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas & Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
Isu zakat menjadi hangat apabila menjelmanya bulan Ramadan. Ini kerana waktu membayar zakat fitrah adalah pada bulan puasa. Bagaimana pula zakat harta? Siapa yang memainkan peranan untuk mengutip zakat tersebut?

Peranan PPZ-MAIWP dan Baitulmal-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat harta, di Wilayah Persekutuan. TIADA INSTITUSI LAIN YANG DI LANTIK UNTUK MENGUTIP ZAKAT HARTA SELAIN PPZ-MAIWP DI WILAYAH PERSEKUTUAN. Agihan pula dibuat oleh pihak Baitulmal-MAIWP.

PPZ-MAIWP telah diberikan tanggungjawab oleh pihak MAIWP bagi mengutip semua jenis zakat di Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Apa itu Skim Thohir(Skim Potongan Gaji Zakat)

Walaupun PPZ-MAIWP melakukan kutipan zakat harta di Wilayah Persekutuan pada lokasi yang disediakan. PPZ-MAIWP bertindak memudahkan lagi pembayaran zakat melalui Skim Thohir.

Perkataan “Thohir” adalah bermaksud “SUCI/BERSIH”. Sesuai dengan konsep zakat itu sendiri dimana zakat membersihkan harta dan jiwa. Skim Thohir dalam erti kata lain adalah Skim Potongan Gaji Zakat. Maka, kita boleh membuat bayaran zakat melalui potongan gaji.

Kelebihan Skim Thohir

Kehidupan di Wilayah Persekutuan yang mencabar fizikal dan mental dengan kesesakan lalulintas, kesibukan kerja dan seumpamanya. Keadaan ini menjadi punca kita tiada masa dan kadang-kadang terlupa akan tanggungjawab kita untuk mengeluarkan zakat. Kelebihan apabila membuat Skim Potongan Gaji ini atau Skim Thohir ini adalah :
  1. menjimatkan masa
  2. menjimatkan tenaga
  3. tidak perlu bersesak
  4. mengurangkan kos seperti perjalanan, minyak, tol dan seumpamanya
Kempen Skim Thohir 2017
Kempen Skim Thohir 2017

Kempen Skim Thohir 2017

Kempen ini adalah satu kolaborasi bersama pihak CIMB Islamik dimana mereka menaja hadiah-hadiah yang menarik seperti pakej Umrah, Percutian dan wang tunai.

Tahun 2017 merupakan tahun kedua kempen ini dilaksanakan bersama CIMB Islamik. Pada tahun ini kempen dibuat dengan skala yang lebih besar untuk membuka ruang kepada lebih ramai menyertai kempen ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan tersebut.

Terdapat dua fasa kempen dimana fasa 1 kini sedang berlangsung hingga Julai manakala fasa 2 akan berlangsung bermula Ogos hingga November 2017.

Bagaimana caranya untuk menyertai kempen Skim Thohir 2017

Caranya amat mudah. Bagi mereka yang belum membuat bayaran zakat menerusi Skim Thohir, anda perlu melakukannya terlebih dahulu. Sekiranya anda telah membuat bayaran zakat menerusi potongan gaji sekarang, anda perlu membuat penambahan kepada zakat anda dalam tempoh kempen berlangsung.

Borang boleh didapati di 11 kaunter tetap PPZ-MAIWP yang berada di sekitar Wilayah Persekutuan :
  1. Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Taman Shamelin Perkasa
  2. Plaza RAH, Kg. Baru
  3. Masjid Negara
  4. Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
  5. Presint 9, Putrajaya
  6. Presint Diplomatik, Putrajaya
  7. Masjid At Taqwa, TTDI
  8. Masjid Abd Rahman Bin AUF, Jalan Puchong
  9. Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
  10. UTC Pudu Sentral
  11. Labuan Times Square, Labuan
Selain itu, borang juga boleh didapati di Kaunter Zakat Bergerak kami. Terdapat sebanyak 10 lokasi tetap :
  1. Perbadanan Putrajaya
  2. KWSP Wangsa Maju
  3. CIMB Bank Setiawangsa
  4. Jalan Dungun
  5. Masjid Asy Syakirin KLCC
  6. JLN Tunku Abd Rahman
  7. Menara Binjai
  8. Surau Bank Islam
  9. Surau Tabung Haji
  10. Tmn Melati
Kaunter Zakat Bergerak akan berada bermula dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang di setiap lokasi. Untuk tahu di mana lokasi setiap hari, boleh like FB di www.facebook.com/myzakat

Moga dengan kemudahan yang telah disediakan ini memberi lebih banyak ruang kepada warga Wilayah Persekutuan untuk membuat pilihan bagi melunaskan tanggungjawab kepada Allah s.w.t.

PPZ selaku badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyeru kepada warga Wilayah Persekutuan untuk menunaikan  zakat.

Yang paling penting, lakukan kiraan terlebih dahulu. Mungkin kita tidak dikenakan zakat malah mungkin kita seorang penerima zakat. Sekurang-kurangnya apabila kita membuat kiraan, kita tahu dimana kedudukan kita.

Selain itu, dengan zakat yang dikutip inilah yang memberi kelangsungan hidup kepada asnaf-asnaf yang kini sedang bergantung harap kepada baitulmal untuk menampung kehidupan seharian. Tunailah zakat di institusi yang dilantik agar duit zakat tersebut dapat memberi manfaat yang maksimum kepada asnaf. InshaAllah..

MAKLUMAT LANJUT PERTANYAAN MENGENAI ZAKAT 
Boleh layari / hubungi
Portal PPZ-MAIWP www.zakat.com.my
Talian zakat 1 300 88 5757

2058

3 comments:

  1. makin senang dah sekarang nak buat pembayaran zakat..
    Alangkah baiknya lagi pihak berwajib memudahkan lagi para penerima yang layak untuk memohon..

    Jangan hanya memudahkan pembayaran tetapi untuk menerima perlu pelbagai prosedur pulok sehingga penerima yang layak menjadi give up..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang senang je penerima zakat nk dpt zakat..
      xperlu nk fitnah pusat zakat

      Delete
  2. Penerangan yang bagus..Thanks Mommy Ira.Nanti jgn lupabayaq zakat tau.."D

    ReplyDelete