Menu Menarik dan Murah di Next Food Junction Klang Parade | Mommy dan keluarga berbuka puasa di Next Food Junction Klang Parade. Selalu juga mommy ke Klang Parade tapi tak berkesempatan lagi nak mencuba makanan di sana. Kali ini mommy dan rakan blogger berkumpul berbuka puasa di Klang Parade.
Kami sampai di Klang Parade dah jam 7.10 malam. Waktu berbuka 7.25 malam. Tinggal beberapa minit sahaja lagi nak berbuka. Apabila melihat stall yang banyak. Tak tahu nak makan apa. Meja orang lain dah penuh makanan.
|
Aneka pilihan makanan |
|
Makanan kampung dan western |
|
Sizzling, Portuguese |
Korang tengok pon mesti rambang mata kan? Ni belum jalan dari satu stall ke satu stall.
|
Sup Power Nasi Kukus Ayam Berempah |
|
Nasi ayam berempah dan sup kambing |
|
Western Food |
|
Ada pizza, chicken chop |
|
Ayam penyet |
|
Ayam penyet |
|
Penang Noodles |
|
Penang asam laksa |
|
Mini Wok |
|
Makanan dalam kuali |
|
Asam pedas |
|
Star Recipe |
|
Mee sizling |
|
Portuguese Kitchen |
|
Masakan Portuguese |
|
Claypot |
|
Bubur Claypot |
|
Selera Thai Food |
|
Nasi Goreng Thai |
Nak makan apa semua ada...pening juga 2 - 3 kali pusing.. Akhirnya mommy layan tekak Adam Rayyan dulu. Adam Rayyan nak makan ABC. Jadi perkara pertama mommy buat adalah beli ABC untuk anakanda Adam Rayyan yang berpuasa penuh sehingga ke hari ini.
|
Adam happy dapat makan ABC |
Seronok Adam Rayyan dapat makan ABC, tak sempat mommy nak ambil gambar dulu.
|
Aumm nampak menarik sangat, sebenarnya sedap sangat |
ABC ini berharga RM5. Berbaloi nak makan dengan saiz yang besar. Mommy tak nak tunggu lama-lama jadi mommy beli nasi kukus ayam berempah. Adam pon dah tak boleh sabar katanya.
|
Adam tak sabar makan |
Adam Rayyan pesan burger. Manakala daddyG teringin nak makan chicken chop. Maka mereka terpaksa menanti dengan penuh sabar.
|
Eh Amal tak ada, tidur dalam stroller |
Burger dah siap! Tak menahan tengok burger ni. Tadi Adam makan nasi kukus ayam berempah mommy, sekarang kita kongsi burger ye...
|
Yummylicious |
Bukan rupa sahaja nampak mengancam, rasanya juga sedap sangat. Chicken chop daddyG pon sedap juga. Siap ada kentang putar dan salad.
|
Rupanya sangat menawan hati |
Berebut makan sebab sedap sangat.. Mommy siap tapau burger sebiji.
|
Berebut makan sebab sedap sangat |
Adik Amal tidur sama masa kami menjamu selera. Maka mommy beli satu lagi habuan adik Amal.
Lepas ni mommy nak datang sini try mee sizling pula.. DaddyG kata food court ni best.. Mesti ada peluang nak datang makan di sini lagi. Korang kalau datang Klang Parade, jangan lepaskan peluang makan-makan di Next Food Junction tau.. Rugi kalau tak cuba...
Nak tahu lebih lanjut mengenai NEXT Food Junction Klang Parade, korang boleh layari facebook & instagram mereka di :
FB:
NEXT Food Junction Klang Parade
IG:
Next Food Junction Klang Parade
|
NEXT Ladies Klang Parade |
Sebelum mommy balik tu, mommy sempat la window shopping di NEXT Ladies Klang Parade. Baju semua cantik-cantik. Mesti mommy datang lagi shopping kat sini. Nak shopping kena spend time lama sikit.
Oh ya, jika anda nak tahu update terkini dari Next Ladies, boleh follow facebook dan IG mereka:-
Facebook:
NEXT Ladies Klang Parade
Instagram:
NEXT Ladies Klang Parade
Warna-warni Aidilfitri Klang Parade
Pada 18 Jun nanti akan ada Warna Warni Aidilfitri bersama Ayda Jebat serta artis-artis lain seperti De'Fam, Dina dan ramai lagi. Sebelum tu 11 Jun ada program Warna Warni Aidilfitri bersama Adibah Noor, Misha Omar dan Baki Zainal tau. Korang boleh la datang jumpa artis kesayangan kat sini. Mommy teringin nak jumpa Ayda Jebat. Hehee
|
Warna Warni Aidilfitri Klang Parade |
Selain program Warna Warni Aidilfitri ini, ada juga PERCUMA sampul raya Edisi Klang Parade yang boleh ditebus dengan setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas di dalam satu resit atau sebuah bekas eksklusif dengan setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas. Paling best anda boleh dapatkan kedua-duanya dengan resit bernilai RM200 bermula 2 Jun 2017 hingga 2 Julai 2017.
Selamat hari raya semua! Eh, lambat lagi raya, selamat berpuasa...
wahh yummy sedap2 belaka..
ReplyDeleteKecur ayaq liur tengok mknan time ni 😅
ReplyDelete