Si kaca mata

Power mata makin naik agaknya. Ditambah dengan silau mengaburi pandangan mommy. Akhirnya mommy berkeputusan untuk mempercepatkan proses membuat cermin mata. Dah minta dengan daddyG lama dah. Cuma belum dibuat sahaja.
Mommy irra si kaca mata
Mommy nak guna cermin mata ni untuk kegunaan yang penting sahaja. Seperti nak memandu. Nak tengok televisyen. Nak tengok muka orang masa event. Ha ha ha sebabnya memang tak nampak jelas la siapa tanpa kaca mata.
Bila dah pakai cermin mata ni, nak pakai belah dalam ke luar? Sebenarnya bergantung kepada tudung/shawl yang dipakai. Ada yang sesuai pakai cermin di dalam tudung.. Tapi nak nampak macam biasa boleh selit cermin mata di antara shawl sahaja.
Mommy irra dan cermin mata baru
Haaa mommy pilih cermin mata bulat sebab daddyG yang pilih bulat.

"Luas pemandangan bila pakai spek bulat", kata seseorang yang juga memakai cermin mata bulat.

Aah, iye juga tu.. Orang kata yang penting mata nampak jalan.. Bagi monmy, mommy nak nampak jalan dan nampak macam cantik jer... Macam comel jer....

7 comments:

  1. Yang kemarin bile mase bertemu di SBB 2017 apakah udah pake cermin mata baru Kak?

    ReplyDelete
  2. Lega dah dapat cermin mata senang nak bawak keretakan mommy.

    ReplyDelete
  3. Comei je cermin mata dia..eh,tuannya pun comei gak..hehe..

    IbuNoey pun dh lama tak buat cermin mata baru.rasanya power ngan silau dah makin naik ni..rasa nak try gak bingkai bulat.tapi tak tahulah sesuai atau tak dengan bentuk muka ni.

    ReplyDelete
  4. macam kes anak saya, rabun sejak 1+yo tapi kami bawa waktu usia 4year plus. tingginya rabun, tingginya silau dia.. huhu

    ReplyDelete
  5. yeyy kita geng kaca mata lah kak irra! xD

    ReplyDelete
  6. aida sejak darjah 5 da rabun, irra.
    memang memcm pattern spec da pakai.
    and sebab tu la aida ni x pernah ber shawl.
    kembang :) ha ha

    ReplyDelete
  7. Kita pun sama. Pakai spect jugakk. since kerja 3 tahun lepas. Tapi jadi OKU pun bila drive jeee. Bila kat luar, acah2 je xpakai spect padehalllll . haha.

    ReplyDelete