D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet di Seksyen 13 Shah Alam | Assalamualaikun.. Alhamdulillah rezeki mommy dapat makan sekali lagi di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet di Seksyen 13 Shah Alam. Pertama kali makan di sini suatu masa dahulu hanya terdapat masakan secara stimbot. Mommy diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk dinikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar.
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet di Seksyen 13 Shah Alam
Pelbagai aneka makanan laut yang segar |
Pilihan yang tersedia tentunya udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Rambang mata mommy melihat pelbagai aneka pilihan. Hah? Nak pilih yang mana ni? Mommy ambil serba sedikit. Banyak lagi nak makan nanti.
Pilihan mommy |
Terdapat juga pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan.
Aneka mee dan fucuk |
Aneka sayuran |
Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.
Pelbagai pilihan sos cili |
Selain itu ada juga menu lain seperti nasi goreng, mee goreng, spageti bolognese, kari ayam, nasi lemak dan sup kambing.
Spageti bolognese, mee goreng, nasi goreng |
Nasi lemak |
Sup Kambing |
Mari kita berstimbot!
Masukkan kuah. |
DaddyG tak suka nak kena memasak. Jadi mommy bawa bersama kawan blogger mommy, Zatie Suhaide.
Zatie Suhaide memasak |
Kalau tak ada Zatie mau pening juga mommy. Seorang diri nak pergi ambil makanan dan membakar.
Tomyam |
Sebagai blogger, walau bagaimana keadaan sekali pun, kerja utama blogger(buat review) tak akan dilupakan. Wajib ambil gambar untuk dimasukkan dalam media sosial.
Blogger dan handphone berpisah tiada |
Satu lagi yang wajib adalah "wefie". Hihi tanda kenang-kenangan untuk hari tua..
Orang belakang tunggu je makanan dihidangkan |
Kambing Panggang juga turut disediakan dan menjadi pilihan mommy dan daddyG. Memang kegemaran kami suami isteri. Daging kambing ini dipanggang menggunakan arang BBQ yang mampu membangkitkan lagi aroma dan rasa kambing panggang tersebut.
Daging kambing bakar lembut dan sedap |
Kambing panggang dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan resepi yang disediakan khas oleh Chef bagi menambahkan lagi kelazatan kambing panggang tersebut.
Makanan di sini disediakan oleh Chef Shahnizam. Chef Shahnizam adalah Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut.
Aneka lauk yang dah diperap. |
Pelbagau jenis pencuci mulut disediakan.
Dan semestinya pelbagai kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, aiskrim yang memang menjadi kegemaran ramai dan tidak ketinggalan air batu campur turut disajikan.
Dewasa:
Isnin – Khamis : RM 28.90 (Net)
Jumaat – Ahad : RM 33.00 (Net)
‘Sunday Brunch’ : RM 24.30 (Net)
Kanak-Kanak:
Isnin – Ahad : RM 9.90 (Net)
Warga Emas:
Isnin – Ahad : RM 24.00 (Net)
Mereka beroperasi dari 5 petang sehingga 12 malam pada hari Isnin sehingga Sabtu dan 12 tengah hari sehingga 12 malam pada hari Ahad.
Restoran dan tempahan
Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.
Mommy dan keluarga sangat berpuas hati makan di sini. Kekenyangan tak sabar nak bergolek atas tilam je hehe....
Mommy dan keluarga sangat berpuas hati makan di sini. Kekenyangan tak sabar nak bergolek atas tilam je hehe....
Untuk bulan Ramadhan D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet berharga RM44.90 untuk dewasa. Jom booking untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet di Seksyen 13 Shah Alam |
wah..sedapnya buffet rmadhan yang dihidangkan...
ReplyDeleteteringin nak pergi juga...macam best jer
DeleteMenarik nya. Kalu dekat, nak je AS tumpang seperut hihihi
ReplyDeleteWahh sedapnya hidangan yang disediakannya ni.. mesti perut happy je kalau makan kat sini :D
ReplyDeleteBestnya ada macam-macam pilihan. sayur segar-segar
ReplyDelete