Ciri-ciri handbeg pilihan mommy

Ciri-ciri handbeg pilihan mommy | Handbeg adalah satu kewajipan bagi seorang wanita lebih-lagi seorang ibu. Handbeg mommy dah jadi beg DORAEMON. Nak apa cuba cakap, boleh dikatakan ada lah.. Tapi mommy bukan seorang yang gilakan handbeg. Handbeg ditukar baru kerana handbeg yang lama sudah rosak atau buruk. 

Tengok lah handbeg lama mommy di bawah. Handbeg yang dibeli hasil Anis Insyirah menang contest dahulu. Handbeg dari Australia tau... Hahaha.. Tapi dari mana datangnya ia, tetap rosak juga ia..
Pilihannya harus banyak compartment
Sebenarnya boleh dikira berapa buah beg mommy sejak mommy berkahwin pada 12 Disember 2010. 

Handbeg pertama:- 2010, handbeg hantaran
Handbeg kedua:- 2011, warna hitam
Handbeg ketiga:- 2013, Daddy beli masa pilihanraya lepas
Handbeg keempat:- 2015, handbeg MySton
Handbeg kelima:- terkini, 2017

Jangka hayat handbeg mommy adalah 2 tahun.. Pakai beg sampai lunyai lah..tahun 2011 tu mommy beli beg baru sebabnya beg hantaran terlalu kecil..muat letak wallet satu je..
Handbeg baru pon sebiji compartment sama macam handbeg lama

Ciri-ciri handbeg pilihan mommy

Pertama mommy akan tengok berapa compartment yang ada. Mommy perlukan compartment yang banyak. 
Warna daddyG pilih
Kedua adalah design. Bab ni mula-mula mommy akan pilih mana beg yang agak-agak berkenan di hati. 
Ketiga adalah tali. Tali beg tak terlalu panjang dan tak terlalu pendek. Ngam-ngam boleh sangkut di bahu dah cantik. 
Yeah dapat beg doraemon baru
Keempat adalah warna. Warna tak terlalu menampakkan usia sebenar atau lebih tua dari usia sebenar. Warna beg yang boleh match dengan semua jenis warna baju. 

Beg dah cantik compartmentnya. Design pon dah lawa. Tali pon cun. Warna dah pilih. Kelima pula adalah berkenan di mata daddyG. Ha ha haaa... Yang kelima ni memang wajib dalam segala hal... Bab tudung ke, baju ke dan sebagainya daddyG wajib ambil peduli.. Sebab dia sayang la dia peduli kan.. 

8 comments:

  1. haha..akak seorang pengumpul beg..jadi koleksi beg agak boleh tahan jugak..tapi semua beg murah2 je..sbb akak pesen suka tukar2 beg...

    ReplyDelete
  2. Betul..PC pun berganti handbeg bila keuzuran beg tu dah ketara...kira beli pakai sampai habis...betul2 berkhidmat..hihi..

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan Mommy. Mesti banyak compartment syarat utama. Warna boleh dipujuk hehe

    ReplyDelete
  4. mama suka yg besar dan byk compartment gak

    ReplyDelete
  5. handbag mak- mak memang sumbat macam- macam. semua ada.. hihi.

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan dari saya.. Sy suka sling beg atau beg gendong..

    ReplyDelete
  7. sama la kita, irra. yg byk compartment :)
    selain drpd ada wet tissue & drypantz ijat, aida ni penyimpan tegar resit.
    memang habit yg aida x boleh buang.
    aida akan buang after 4-5 bulan :) ha ha ha...
    then beg make up lah... powerbank lah...
    tips ke 5 tu, kita sama. sebab nanti dia jugak tukang bwk bila perlu.

    ReplyDelete
  8. Perempuan dgn beg ni memang tak dapat pisah. Kita pulak jenis suka sling sebab mudah nak gerak. Plus kalau beli 1 beg tu , kita pakai je sampai dah rabak. HAHAHAA. Jenis cepat suka kalau dah suka 1st time tu. kiki

    ReplyDelete