Beulitha Beauty House di Klang SPA Terbaik Pilihan Mommy

Beulitha Beauty House di Klang SPA Terbaik Pilihan Mommy | Temujanji telah di atur pada jam 1 tengahari. Mommy dari Shah Alam terus ke Beulitha Beauty House di Klang. Perjalanan selama kurang setengah jam menggunakan waze.
Wajib bergambar dahulu di hadapan Beulitha Beauty House
Beulitha Beauty House adalah spa di rumah. Jadi mommy tak boleh imagine lagi macam mana rupa spa tersebut. Sekali bila dah sampai rasa kagum sangat. Spa tersebut dalam kawasan rumah tapi dibuat berasingan. Ada bilik khas untuk spa yang sangat awesome! Jom lihat!
Beulitha Beauty House yang sangat cool
Masuk je dalam Beulitha Beauty House, rasa seperti berada di dalam spa professional. Mommy di jamu dengan Chamomile Tea, relaxing tea sementara mommy mengisi borang untuk Beautician mengenali apa jenis kulit dan apakah kehendak pelanggan.
Spa yang kemas dan tersusun indah
Mommy ada masalah muka yang kusam dan tona kulit tak sekata. Masalah ni mommy tau dah takkan boleh selesai dengan sekali treatment. Maka kita tunggu lah hasilnya nanti ya..
Kerusi untuk foot spa
Selepas minum teh, mommy enjoy pula sea salt infrared foot spa. Foot spa ini bertujuan untuk pelanggan rasa tenang dan selesa dengan persekitaran spa.

Sea salt dengan aroma Lavendar juga boleh menghapuskan bau kaki, membantu menyembuhkan kulat dan melegakan kulit kering.
Sea Salt Infrared Foot Spa
Yeahh! Sea salt infrared foot spa sangat best dan ia mengingatkan mommy pada bubble bath. Foot spa ini juga menggunakan bubble dan ada benda bergerak di bawah kaki seolah-olah mengurut tapak kaki.

Seterusnya cuci muka dahulu. Mommy biasa akan memakai foundation dan lipstik sahaja. Kalau ada masa yang lama, mommy sempat la nak pakai eye liner.


#Letscantik
Beulitha menggunakan produk Bioelements yang boleh memenuhi kehendak pelanggan. Ia merupakan produk berkualiti tinggi, tidak mengandungi pewarna tiruan, wangian sintetik atau parabens yang boleh merengsakan kulit.

Bioemelents merupakan satu set lengkap produk penjagaan kulit profesional yang boleh merawat kedutan pada lingkaran bawah mata atau jerawat.

Perkara yang selalu menjadi punca masalah kulit muka kita ni adalah hormon dan tekanan. Walaupon kulit kita ni boleh dipulihkan secara semulajadi, kadang-kadang kita memerlukan bantuan untuk mencapai hasil yang maksimum. Maka, rawatan muka di mana-mana SPA adalah pilihan terbaik untuk memulihkan masalah muka. Pilihan mommy adalah Beulitha Beauty House yang terletak di Klang.

Beautician Beulitha Beauty House bernama Beulah sangat ramah. Beulah melayan je mommy yang suka cakap banyak dan tanya macam-macam. Jadinya walaupon baru pertama kali jumpa, rasa macam dah lama kenal.
Selepas muka bermake up di cuci
Di dahi mommy ada satu jerawat yang baru mommy picit semalam. Tangan gatal mommy ni memang nak kena. Untuk pengetahuan korang, jerawat yang naik jangan diusik. Tangan kita penuh dengan kuman dan ia akan menyebabkan jerawat boleh merebak dan semakin teruk. Jerawat di dagu tu pon baru je naik.

Seterusnya adalah proses deep cleansing. Ini lah rahsia kenapa masa Beulah picit whitehead, mommy tak berasa sakit langsung.
Deep cleanser
Langkah seterusnya adalah Diode Light Theraphy Facial. Ia merupakan rawatan teknologi terkini yang mahal harganya tapi anda boleh lakukan dengan harga yang berpatutan di Beulitha Beauty House. 
Diode Light Therapy Facial
Diode Light Therapy adalah rawatan anti penuaan, meremajakan dan merawat sel-sel kulit. Kesan rawatan ini dapat dirasai sehingga 8 hingga 10 minggu. Ia akan merangsang pengeluaran kolagen yang akan melambatkan kedutan dan mengecilkan pori-pori kulit.
Dah macam iron man pon ada..hihi
Hasilnya selepas treatment, boleh tengok dalam gambar di bawah. Tengok di dagu tu ketara sangat bezanya.
Sebelum dan selepas rawatan muka di Beulitha Beauty House
Mommy kenalkan beautician Beulah bersama mommy tanpa foundation. Hanya memakai secalit lipstik sahaja dah nampak cantik. Waaaa lagi dua minggu mommy akan datang lagi buat treatment. Nanti mommy akan update lagi perbezaan selepas 2 minggu rawatan. Kan dah kata tadi Diode Light Therapy berkesan 8-10minggu..
Mommy dan Beulah, Beautician Beulitha Beauty House
Korang nak juga buat facial treatment macam mommy? Haaa berita baik untuk pembaca blog mommy.

Beulitha menawarkan diskaun 5% kepada pembaca blog mommy untuk pakej RM750. Di mana anda akan menerima:-
-3x facial(RM250/1 facial)
-produk bernilai RM250

Mommy dah kira-kira untuk korang, korang hanya perlu bayar rm712.50 untuk 3x facial treatment dan mendapat produk bernilai rm250. Jadi anda dah jimat rm287.50😱😱😱


No.3, Jalan Dato Abdul Hamid,
Taman Sentosa, 41200 Klang

011-39233585


11 comments:

  1. Wahh..seronok tu facial..nampak keberkesanan facial tu even satu treatment je br.. 👍

    ReplyDelete
  2. Baru buat facial gak..Adeh part picit whitehead/blackhead tu mmg bertabah je..

    ReplyDelete
  3. light treatment tu nampak seram...huhu lama x buat facial..boleh nmpk byk kulit mati kt muka ni...haihh

    ReplyDelete
  4. kemain facial dia. hehehe sekali sekala kan mommy irra. hehe

    http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html

    ReplyDelete
  5. wahhhh siap ada diode light bagai. canggih spa ni..

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak buat facial.. serik dengan last time buat, kulit rosak.. :((

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat manjakan diri...

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat manjakan diri...

    ReplyDelete
  9. wah..nampak keberkesanannya. sapa2 yang berdekatan patut cuba pi spa ni

    ReplyDelete
  10. Bestnya... lama dah tak pergi spa...

    ReplyDelete