Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Hari ni dah 5 Ramadhan. Maka 5 hari telah meninggalkan kita. Jadi persiapan raya pon kena seiring juga. Lepas puasa nak raya. Hari tu dah beli kasut raya. Ada yang tanya kasut raya daddyG? DaddyG dia takkan beli kalau kasutnya masih elok. Hari ini pula daddyG tukar duit raya di Bank Islam. Tahun lepas, daddyG tak tukar duit raya. Nak bagi duit raya pun susah. Mommy kena kumpul duit raya anak untuk dapatkan duit kecil..
Notis tukar duit raya di Bank Islam
Kali ni daddyG betul-betul alert. Hahaha tak mahu perkara sama berulang kembali. Hari ni dah siap tukar duit raya di Bank Islam. 

Tukar duit raya Bank Islam

Duit Raya
Duit Raya
Duit Raya
Duit raya
RM1
Banyak lagi persiapan yang harus dibuat seperti baju raya Adam, Anis dan Amal. Ermm banyak pula yang tak siap lagi ni... Korang macam mana?

9 Deep Cleans To Do For Your New Rental | Your search for a house to rent in KL is over, and your new home is ready for you to occupy. A new home means new beginnings, fresh starts and more importantly a clean house. While the previous folks may have left the house clean, you will want to clean it for yourself again. The best time to tackle deep cleaning is a day before the big move because the house is completely or at least relatively empty. Before you start your cleaning exercise, ensure that you set up an area with all the tools and supplies required for a new sparkling clean home. You need to be properly equipped with cleaners for each type of surface. There are 9 deep cleans to do for your new rental.
9 Deep Cleans To Do For Your Nrw Rental

9 Deep Cleans To Do For Your New Rental

Here are ten areas that need a deep clean to sanitize and make them sparkle.

1. Clean the house from top to bottom.
You should start cleaning the ceiling and work your way down. Use a mop or a broom to dislodge the webs and dust from the corners of your ceiling. Continue to the mantels, chandeliers, blinds, walls, and other surfaces. Use a pillow to dust the fan blades on your ceiling. Slip the pillow between two blades and pull it towards yourself to collect all the dust inside. This will reduce the amount of dust floating down. Do not forget to clean your bathroom’s exhaust fan that is probably filled with lint. Use a few bursts of canned air to get it sparkling clean. After that, sweep your floor to clear the dust.

2. Wipe down your walls
In most cases, a good owner will repaint the wall every few years. Hence, you do not necessarily have to clean the walls. If this is not the case, you need to clean the walls of your new home. Check for traces of fingerprints especially around light switches, corners and closer to the floor. Get a large pad mop, a spray bottle of warm, and soapy water. Start cleaning from the ceiling to the floor, side to side, removing all the grime. Use a rag to clean hard to reach crevices and corners. 

3. Scrub the Cabinets
The cabinet is where you will fit your culinary and cutlery. It needs to be spotlessly clean before you put in your utensils. In case the shelf liner/ contact paper is old and unsightly, you can discuss with your property owner about replacing it. If the cabinets are properly lined, use a mild cleaner to clean the insides to prevent tampering with the lining. For stubborn stains, use baking soda and water paste. Pour it on top of the stain and let it soak for at least 10 minutes. Afterward, use a damp sponge to wipe the stain off and then dry it completely with a cloth. If the outer part and doors of your cabinets are wooden, use a wood cleaner or mild soap to clean. Ensure that you dry the cabinets properly inside and out. 

4. Disinfect touch point
Considering that other occupants previously occupied the house for rent, there are various places you would probably want germ free. These are the areas that are frequently touched. These may include the doorknobs, light switches, and deadbolts. Wash these areas using multi-purpose cleaner and antibacterial disinfectants.

5. Clean the bathrooms
Even though the bathroom may look clean, you will probably feel better using one that you have cleaned and disinfected yourself. The areas to look out for are the bathtub, toilet, sinks and counter tops. 

Bathtub - While cleaning your tub, do not use harsh cleaners that can tamper with the finish. Mix up an equal part of baking soda, scrubbing powder, kosher salt, and borax. Sprinkle the mixture generously on your tub and then scrub off all the stains with a damp sponge. After that, rinse with clean water and then let it dry. 

Toilet – Since this house has been used before, you will want to replace the toilet seats for your peace of mind. You do not want to feel like you are in a public washroom. However, it is prudent that you consult with the landlord first. If you opt to continue using the same toilet seats, squirt some toilet cleaner into the bathroom and scrub off all the dirt using a toilet brush. Leave the cleaner to soak in for a few minutes and then rinse. Use a bacterial disinfectant to clean the toilet seat. 

6. Deep-clean the fridge
The fridge is one of the most sensitive parts of your new home. Use a heavy-duty cleaner to deep clean it. Start by removing all the elements and soak them in a sink full of hot soapy water. Whatever material you use to clean the fridge, ensure that it does not scratch the surface. Start by cleaning the inside of your fridge. Spray it down with warm soapy water and scrub the inside. After that, do the same for the freezer. Move the fridge away from the wall, unplug it and the use a vacuum to clean the coils with a brush attachment. You can find out some other creative and environmental friendly way to clean and deodorize your fridge from this guide

7. Clean the stove
Apply an oven cleaner and leave it for approximately 20 minutes to work. Scrub to remove all the grease and tough stuff in your oven. Rinse and leave it open to dry. Clean under the top and front of the stove and then pull it away from the wall to clean beneath it. Also, ensure that you clean the sides too and the temperature dials.

8. Scrub the Sink
Before cleaning the sink, make sure there is no food residue on it. Sprinkle a cup of baking soda around the sink and wash with a wet sponge. Mix another cup of baking soda and a cup of vinegar and then pour it down the disposal. After that, run the water until there are no traces of the mixture. This will leave your sink smelling fresh. Rinse the sink well.

9. Clean the floor
The floor is the last thing you will be cleaning to get your new home ready. In case you are moving into a home with carpet, you can consider hiring a professional cleaner. If that is not an option, thoroughly vacuum the carpet. For the wooden floor, sweep it first and then use wood soap to clean its surface and give it that polished shine. For a tiled floor, use a steam mop. 

By following the steps outlined above, your family can start with a fresh, clean slate. 
Transformers Backpack dari motherhood.com.my | Mommy mencari hadiah buat anakanda Adam Rayyan dari motherhood.com.my. Adam Rayyan peminat transformers. Bila dibelek-belek laman sensawang motherhood, mommy jumpa backpack transformers. Hurmm mungkin Transformers Backpack dari motherhood.com.my adalah hadiah yang sesuai kepada Adam Rayyan. Terus mommy screenshoot tunjuk kepada daddyG.
Transformers Backpack dari motherhood.com.my
Product detail
Luckily daddyG pon minat juga dengan backpack tersebut. Mommy terus order. Beberapa hari ja, Transformers Backpack sampai ke rumah. Gembira anak-anak mommy. Dah semua berebut, ok fine. Beg ni jadi beg mommy. Hahahaa

Transformers Backpack dari Motherhood.com.my

Adam dengan Transformers Backpack
Rupa belakang Transformers Backpack
Dari sisi
Anis dengan Transformers Backpack
Amal tak ketinggalan nak memakai Transformers Backpack
Besar dari tuan tetap nak cuba juga

Motherhood.com.my

Motherhood.com.my adalah medan beli belah buat ibu bapa dan bakal ibu untuk membeli produk dan perkhidmatan ibu bersalin, bayi yang baru lahir, bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak. Motherhood.com.my juga menyediakan maklumat yang berguna seperti tips keibubapaan, panduan penyusuan, ulasan jenama, permintaan sampel percuma dan testimoni ibu untuk membantu pasangan melalui perjalanan keibubapaan.
Mudah beli belah dalam talian dengan motherhood.com.my
Kita boleh mencari kesemua produk bayi yang meliputi kategori lampin, peralatan makanan, makanan bayi, aksesori mandi, kereta tolak, tempat duduk kereta, peralatan tempat tidur & barangan nurseri, fesyen bayi, pakaian bersalin dan pelbagai jenis mainan dan bahan-bahan pendidikan anak.
Semua pilihan para ibu ada di motherhood.com.my

Apa yang hebat tentang motherhood.com.my?

Motherhood adalah gudang barangan bayi dan ibu dalam talian nombor 1 terbesar di Malaysia (berdasarkan analisis google dan survey). Ia memenuhi pasaran Malaysia dengan tawaran, produk dan jenama yang menarik. Harga dan promosi yang ditawarkan juga menakjubkan. Selain daripada laman web membeli-belah, motherhood.com.my menyediakan artikel bermaklumat untuk Ibu bapa dan anak-anak ( story.motherhood.com.my dan story.motherhood.com.my/my)

Tawaran terkini di motherhood.com.my?

  • Jualan Pigeon Online 
  • Kempen Penjual terbaik 
  • Motherhood.com.my First Anniversary Grand Sale - 10 super tawaran setiap hari dari 29 MEI - 3 JUN 2017, 2017 
First Anniversary Grand Sale
Dan terdapat banyak lagi tawaran yang lebih menarik untuk semua ibu-ibu di Malaysia. Jom membeli belah di motherhood.com.my

Mommy suka motherhood.com.my kerana

  1. Lama sensawang motherhood yang mesra pengguna. Mudah nak memilih, membeli dan membuat pembayaran
  2. Perkhidmatan terbaik. Pergerakan barang yang mommy beli boleh dilihat berada di mana dan sampai ke rumah dengan cepat. Tak perlu mommy menanti-nanti. 
  3. Berpuas hati dengan barangan yang mommy beli. Kualiti beg terbaik dan beg yang cantik seperti mana mommy tengok di website. 
  4. Recommended buat pembaca mommy untuk online shopping di sini. 
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ni dah masuk 4 Ramadhan.. Malam tadi mommy tidur lambat siapkan buku kira-kira AFB Network Enterprise. Pening juga lah bila lakukan sesuatu di luar bidang sendiri. Kemudian sambung bungkus Biobax untuk agen. Dalam satu lebih juga la tidur. Arghh sudah kalau tak terjaga sahur ni...

Bila sedar dari tidur pagi tadi, hampir pukul 5. Nasib baik lah tersedar.. Dengan tidur berpeluh-peluh. Malam tadi pasang kipas 1 sahaja. Masa tu sejuk lagi.

DaddyG kejutkan Adam Rayyan, basah baju berpeluh.. Huhuu kesian anak mommy.. Mommy mana tau cuaca hari ni panas sangat.. 

Alhamdulillah sempat kami bersahur.. Lepas sahur semua orang mandi. Panas berbahang teruk sangat dah..

Mommy saja lah google cuaca hari ni. Memang cuaca panas hari ni.. 27 feels like 31..
Cuaca hari ini 30 Mei 2017
Sekarang ni pon cuaca panas sehingga berpeluh.. Selalu siang tak pernah buka aircond. Hari ni macam terpaksa je buka aircond awal..
Harap hujan lah seperti yang dijadualkan tu. Basah sikit bumi yang kering kontang kepanasan.. 

Walaupon kita berpuasa, jangan lupa minum air kosong secukupnya yaa..

Salam Ramadhan,
Mommy irra.
Amal Insyirah suka sangat buka peti sejuk cari apa sahaja yang dia boleh makan. Mommy biar je dia geledah. Melayan dia sahaja, tak menjadi kerja lain. 

Sekali bila mommy tengok, Amal tengah memegang belacan yang disangkanya coklat. Dah warna memang sama macam coklat 
Dia tak percaya bukan coklat
"Bukan makanan tu adik", tapi Amal tetap taknak beri kembali kepada mommy belacan tersebut. 

"Ikut awak lah. Nah, ambil rasa!", dia nak jugak makan belacan tu. Mommy pun naik geram.
Amal rasa belacan tersebut. Kemudian tersipu malu. 
Amboi mommy sakan shopping. Hahaa... Time lagu ni la baru boleh dapat kasut baru tau..
Kasut Amal Insyirah
Kalau tak, daddy tunggu kasut hilang atau betul-betul tak boleh pakai baru digantinya. 
Pilihan hati Amal Insyirah
Pada asalnya daddy berkenan kasut Adam Rayyan. Seperti orang mengantuk disuakan bantal, Adam Rayyan wajib lah menerima penawaran daddynya dengan berbunga-bunga hatinya.
Kasut Anis Insyirah
Lepas tu, dah beli kasut untuk seorang, wajib lah belikan untuk yang lain. Fair and lovely, semua orang dapat kasut baru. 
Pilihan hati Anis Insyirah
Tapi, bukan mudah la membeli kasut anak ni. Daddy hanya jadi pemerhati dan tukang komplen. 
Mommy yang kena cari saiz yang sepadan dengan anak-anak. Sebelum nak mencari saiz, mereka memilih sendiri kasut yang mereka nak.
Kasut transformers Adam Rayyan
Jenuh juga la nak mencari kasut yang ada saiz mereka. Kemudian pilihan mereka wajiblah juga berkenan di mata mommy dan daddy. Hahahaaa...
Pilihan hati Adam Rayyan
Mommy pon ada kasut baru. Hasil daripada menjadi blogger. Mommy dapat upah voucher Aeon RM150. Mommy buat beli kasut sarung dan kasut sukan. 
Kasut jalan Mommy
Tak ada la mommy buat blog saja-saja kan.. Nampak lah hasilnya. Begitu juga kewujudan komuniti AFB yang mommy tubuhkan sangat memberi impak kepada dunia blogger mommy. 
Kasut sukan mommy
I really love blogging right now and it is already 3 years i became a blogger. 

Hari tu tiba-tiba ada posmen hantarkan satu parcel kepada daddyG. Mommy terus buka parcel tersebut. Rupanya baju MYNIC. Mommy tau daddyG beli domain afb.my dari MYNIC. Tak tahu pula rajin daddyG nak menjawab soalan survey MYNIC. Siap dapat tshirt lagi. Malangnya tshirt saiz XXL. Tunggu mommy mengandung lagi lah baru boleh pakai tshirt ni.
Tshirt MYNIC MYND YOUR OWN BUSINESS!
Tshirt MYNIC MYND YOUR OWN BUSINESS!

Apa itu MYNIC?

MYNIC ialah syarikat berhad dengan jaminan (CLG), yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Multimedia (SKMM) Komunikasi dan Malaysia.

MYNIC adalah pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan .my di Malaysia. Sebagai nama domain peringkat kebangsaan, MYNIC menyediakan organisasi dan individu Malaysia identiti jenama yang unik di Internet. Mereka mendaftarkan pelbagai nama-nama domain iaitu .my, .com.my, .org.my, .net.my, .edu.my, .gov.my, .mil.my dan .name.my.

Mereka mempunyai rangkaian penjual sah di seluruh negara, 24x7 berusaha untuk membantu mendaftar dan aktiviti bil nama domain.
Di samping itu, MYNIC memegang tanggungjawab untuk membangunkan dasar domain peringkat tertinggi dan sentiasa di barisan hadapan dalam teknologi nama domain, menjalankan projek-projek penyelidikan seperti di bawah: -

  • IPv6 (Protokol Internet versi 6)
  • DNSSEC (Nama Domain Server Extensions Keselamatan)
  • ENUM (Telefon Pemetaan Nombor)
  • Anycast dan IDN (Nama Domain)
  • Menggalakkan dan aktiviti latihan untuk penggunaan teknologi di atas
  • Kami berharap memikirkan pendekatan dalam menangani pesat berkembang teknologi domain kami berdedikasi untuk membantu rakyat Malaysia mendekati dunia melalui penggunaan domain .my.

MYNIC memastikan pihak yang berkepentingan - kerajaan, perniagaan dan orang awam akan diberi penjagaan terbaik, perkhidmatan dan sokongan ke atas Pengenalan Internet mereka dengan Kepercayaan, Keyakinan dan Keselamatan - tiga teras utama falsafah kerja kami.
Thank you MYNIC

Apa yang MYNIC lakukan?

MYNIC mentadbir lapan (8) kategori nama domain, iaitu:

 1) .my - untuk individu dan organisasi di Malaysia
 2) .com.my - untuk / aktiviti organisasi komersial
 3) .net.my - untuk organisasi / aktiviti yang berkaitan dengan rangkaian
 4) .org.my - untuk aktiviti-aktiviti yang tidak layak untuk kategori lain organisasi /
 5) .edu.my - untuk organisasi pendidikan Malaysia sahaja
 6) .gov.my - bagi agensi kerajaan Malaysia sahaja
 7) .mil.my - bagi agensi ketenteraan Malaysia sahaja
 8) .name.my - untuk kegunaan peribadi individu Malaysia sahaja

atikahnorbaki.com | Mommy dah beberapa kali bertemu dengan atikah. Tapi tak sempat nak berborak lama-lama. Sehingga lah di Kejohanan Bulu Tangkis anjuran KHR Avi, mommy dan atikah bersama dari awal event sehingga tamat event. 
Mommy dan Atikah di Setia Alam
Beberapa jam bekerjasama itu, mengeratkan lagi hubungan kami berdua. Haa itu yang ada pepatah mengatakan kalau tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, serasi bersama. 
Mommy dan Atikah di rumah mommy
Ingatkan boleh berjumpa Atikah lagi di SBB2017. Tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan, Atikah tak boleh ke SBB2017 dan minta mommy redeemkan goodies.
Esoknya kami berjumpa di rumah mommy.. Mommy siap promote Biobax pada Atikah sebab Atikah kata ada sakit lutut.. Mommy pon spray la bagi Atikah rasa. Sekali guna je Biobax, Atikah siap borong Biobax... Katanya sakit lutut Atikah dah berkurang... Alhamdulillah...
Ciri-ciri handbeg pilihan mommy | Handbeg adalah satu kewajipan bagi seorang wanita lebih-lagi seorang ibu. Handbeg mommy dah jadi beg DORAEMON. Nak apa cuba cakap, boleh dikatakan ada lah.. Tapi mommy bukan seorang yang gilakan handbeg. Handbeg ditukar baru kerana handbeg yang lama sudah rosak atau buruk. 

Tengok lah handbeg lama mommy di bawah. Handbeg yang dibeli hasil Anis Insyirah menang contest dahulu. Handbeg dari Australia tau... Hahaha.. Tapi dari mana datangnya ia, tetap rosak juga ia..
Pilihannya harus banyak compartment
Sebenarnya boleh dikira berapa buah beg mommy sejak mommy berkahwin pada 12 Disember 2010. 

Handbeg pertama:- 2010, handbeg hantaran
Handbeg kedua:- 2011, warna hitam
Handbeg ketiga:- 2013, Daddy beli masa pilihanraya lepas
Handbeg keempat:- 2015, handbeg MySton
Handbeg kelima:- terkini, 2017

Jangka hayat handbeg mommy adalah 2 tahun.. Pakai beg sampai lunyai lah..tahun 2011 tu mommy beli beg baru sebabnya beg hantaran terlalu kecil..muat letak wallet satu je..
Handbeg baru pon sebiji compartment sama macam handbeg lama

Ciri-ciri handbeg pilihan mommy

Pertama mommy akan tengok berapa compartment yang ada. Mommy perlukan compartment yang banyak. 
Warna daddyG pilih
Kedua adalah design. Bab ni mula-mula mommy akan pilih mana beg yang agak-agak berkenan di hati. 
Ketiga adalah tali. Tali beg tak terlalu panjang dan tak terlalu pendek. Ngam-ngam boleh sangkut di bahu dah cantik. 
Yeah dapat beg doraemon baru
Keempat adalah warna. Warna tak terlalu menampakkan usia sebenar atau lebih tua dari usia sebenar. Warna beg yang boleh match dengan semua jenis warna baju. 

Beg dah cantik compartmentnya. Design pon dah lawa. Tali pon cun. Warna dah pilih. Kelima pula adalah berkenan di mata daddyG. Ha ha haaa... Yang kelima ni memang wajib dalam segala hal... Bab tudung ke, baju ke dan sebagainya daddyG wajib ambil peduli.. Sebab dia sayang la dia peduli kan.. 

Beraninya pegang ular | Sebenarnya mommy geli juga pada ular. Sebelum beranakkan Amal Insyirah, tahap kegelian mommy teruk sangat. Ular dalam televisyen pon tak boleh tengok. Tapi, lepas Amal lahir, geli tu pon berkurang.

Masa mommy ke Pet Fiesta 2017 di Setia Alam Convention Centre, mommy minta dengan seorang lelaki china yang sedang memegang ular. "Nak pegang boleh?"
"Boleh. Boleh".

Ular ni pulak macam nak masuk dalam baju. Seram juga..ha ha

Kata tuannya, ular ni mengantuk. Ular sedang mencari tempat untuk beradu.

Kejap ular, kita selfie dulu tau..

Nak bagi Adam dan Anis pegang, mereka takut. Takpe, bergambar pon jadi lah.

Tak puas hati lagi bergambar, mommy sendiri pegang handphone. Cayalah! Mommy... Beraninya pegang ular ..

Power mata makin naik agaknya. Ditambah dengan silau mengaburi pandangan mommy. Akhirnya mommy berkeputusan untuk mempercepatkan proses membuat cermin mata. Dah minta dengan daddyG lama dah. Cuma belum dibuat sahaja.
Mommy irra si kaca mata
Mommy nak guna cermin mata ni untuk kegunaan yang penting sahaja. Seperti nak memandu. Nak tengok televisyen. Nak tengok muka orang masa event. Ha ha ha sebabnya memang tak nampak jelas la siapa tanpa kaca mata.
Bila dah pakai cermin mata ni, nak pakai belah dalam ke luar? Sebenarnya bergantung kepada tudung/shawl yang dipakai. Ada yang sesuai pakai cermin di dalam tudung.. Tapi nak nampak macam biasa boleh selit cermin mata di antara shawl sahaja.
Mommy irra dan cermin mata baru
Haaa mommy pilih cermin mata bulat sebab daddyG yang pilih bulat.

"Luas pemandangan bila pakai spek bulat", kata seseorang yang juga memakai cermin mata bulat.

Aah, iye juga tu.. Orang kata yang penting mata nampak jalan.. Bagi monmy, mommy nak nampak jalan dan nampak macam cantik jer... Macam comel jer....
Ini kali pertama mommy sertai Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati. Mommy mula menjadi Blogger pada tahun 2014. Pada masa itu belum tahu langsung mengenai SBB. Newbie sangat kan. Pada tahun 2015, mommy sibuk dengan baby baru(anak ketiga, Amal Insyirah). Biasa lah emak emak mengandung pasti memahami. Pada tahun 2016, mommy teringin nak sertai SBB. Tapi mommy tak sanggup nak tinggalkan Amal yang masih menyusu. DaddyG(suami mommy) pun tak sanggup nak menjaga. 

Alkisah tahun ini 2017, mommy cuba memujuk daddyG. Mommy teringin sangat nak join SBB2017, daddy jaga Adam Anis dan Amal di hotel berdekatan boleh? Memandangkan kak Eny(www.enyabdullah.com) pun turun KL, so mommy pilih hotel yang sama. Jadi dapat ke SBB2017 yang diadakan di MATIC bersama kak Eny.

Surprisingly, daddyG bersetuju. Yeayyy! Mommy boleh pergi SBB2017. 
SBB2017

Tujuan ke SBB2017

Tujuan utama mommy adalah untuk menambah kenalan blogger dan mengembangkan "network". Mommy nak selfie dan sematkan di blog mommy. Di SBB2017 mommy tak sempat bertukar kad dengan semua blogger. Ramai sangat. Yang dah bergambar pon ada yang mommy tak ingat siapa. Jangan marah ya sebab ingatan emak anak tiga ni dahsyat sangat. [banyak makan semut ke]

Jom layan gambar selfie mommy bersama blogger di SBB2017
Tuan Amir Denaihati
kak SA, Suria Amanda
Kekny
Mak Lin
Mialiana
NadratulSyazwana
AzwarSyuhada
Halim Hai Blogger
Uzu Emas Putih
Kak Shuhaidakabdy
RafzanTomomi
BroFramstone
znooraini
Mak
Khir Khalid
Cik Lily Putih
DeqNoor
Zarra
Aten
adikfira

liez , fuzy

Dhia
Kak Anajingga
PakCu
Ana Suhana
Juju
nurul huda
Aiin Baharom
zafirah
lisa
Qiya
Jamar
Yudi Blogger Borneo
link
Zai Zamree
Eizil
El Darwena
Shakiddo
Emas Putih & lia
Mawardi
Fauzi Aryan
Mek Onie
Naomi
nuraljalee
Arzmoha
Iena
Dillaleez
Kak Anil
Ramai sangat kan.. Sebenarnya ramai lagi.. Tapi masa mencemburui saya... Masa event tu pon mommy sampai pukul 3... Kalau datang awal lagi mesti dapat bergambar dengan ramai blogger kan.. Ini bukan sekadar selfie.. Ia permulaan bagi sebuah perkenalan sesama blogger (,") (",)