Ukur baju di badan sendiri. Nak guna barang mahal tapi tak mampu. Kalau baju akan ada clearance sale. Baju dijual pada harga murah untuk menghabiskan stok. Maka dapat la merasa pakai baju mahal. Rupanya pinggan mangkuk dan cawan mahal berjenama Miyao-Toki juga boleh dibeli dengan harga mampu milik. Produk Miyao Toki adalah produk berkualiti tinggi kerana produk ini akan di eksport ke luar negara.
Kilang Miyao-Toki berada di Kulim. Macam mana mommy di Meru boleh beli di Kulim? Ahaaa hari tu member mommy ni hantar gambar kat group whatsapp. Mommy pon minta la dia belikan. Mommy ambil masa balik kampung.
|
Teko Miyao-Toki |
Seronok dan puas hati tengok teko dan set cawan dan piring. Walaupun barang reject, tapi elok sangat di mata mommy. Tak nampak macam barang reject pon. Sampai semua orang yang tengok berkenan sama.
|
Cawan dan piring dijual berasingan |
Minum air menggunakan cawan ni pon feel dia lain sangat. Memang tak rugi lah beli.
|
Amal dan Anis pon taknak dah guna cawan plastik..hahaa korang ni mengada kan... |
Mommy beli ni teko 1.. Cawan dan piring 12 set.
Bulan 5 nanti ada lagi sale.
|
Miyao-Toki ada sale lagi..Raya Sale |
Mommy pesan teko dan cawan sama dengan kawan mommy..hihi Warga kulim boleh la p Kantin Miyao-Toki eh
Eh cute lah... simple tapi nampak comei ja.. 😄
ReplyDelete