Ini kisah menyayat hati. Mommy temui Anis di rumah jiran, Mama Nor. Pukul 4.29 petang mommy tengok jam "Ya Allah, Anis!", Anis selalu sampai rumah 4.20 petang, menggelupur mommy lari pulang ke rumah. Pada masa itu, mommy, Adam dan Amal berada di rumah Mak Ani.
Hari ini, balik je dari sekolah Adam mengamuk sakan. Amal pon sama naik mengamuk juga. Jadi mommy bawa la mereka berjalan-jalan ke rumah jiran setelah mereka reda.
Mengamuk sebab mommy pakaikan gaun |
Mengamuk sebab nak beli buku |
Yang mommy kata mengamuk sakan sebabnya Adam menangis dari pukul 12.30 sampai pukul 2. Mengamuk teruk lah.. Mommy pon tak sangka Adam nak mengamuk macam tu. Pada awalnya mommy rasa geli hati. Adam mengamuk sebab nak beli buku. Daddy dah janji hari Sabtu. Tunggu je la hari Sabtu. Adam tetap nak beli buku hari ini juga.
Bila Adam dah ok, mommy pon cakap baik-baik dengan Adam.
"Kan daddy dah janji hari Sabtu. Daddy kerja mana boleh balik awal."
Adam pon dah rasional masa ni. Dia angguk je.
Di rumah Mak Ani, Adam main dengan Azim. Mommy buat kerja [melalui handphone] sambil sembang-sembang. Nak angkat baby Syafiq [anak mak ani berumur seminggu] tak berani lagi sebab mommy selsema. Tengok ja dari jauh.. Hari-hari mommy pergi tengok baby..
Adam seronok sungguh bermain. Amal tertidur atas riba mommy. Mengantuk sangat la tu.
Berbalik kepada mommy yang terlupa anaknya tu, sampai di rumah yang selang 3 buah rumah sahaja, ANIS TAK ADA!
Mana Anis ni. Nampak kereta CikSal dah meluncur laju ke rumahnya. Kak Wati jiran India sebelah kanan kata, " Dia dah bawa anak you ke sana. Akak call awak tak angkat."
Ini bukan kali pertama berlaku. Ntah la kenapa boleh terlupa, sedangkan dah pesan pada diri sendiri.
Aku berlalu pergi tanpa kata apa-apa pada kak Wati. Boleh pulak hari ni aku tukar simkad. So handphone yang mereka hubungi aku tu ada dalam rumah. Huwaaaa why mommy why..
Anis ada di rumah Mama Nor. Masa ni mommy rasa diri teruk sangat. Awat jadi lagu ni haaa... Nak melayan abang, adik pulak mommy lupa...
Pengajarannya, aku dah set alarm repeat setiap hari sekolah. Semoga tak berlaku lagi macam ni. Mommy dah pesan juga pada Anis. Kalau mommy tak ada, Anis pergi lah rumah Mama Nor..
"Anis nangis la mommy tak ada"
"Alaa sorry... Anis kan dah besar, kalau mommy tak ada, Anis pergi lah rumah mama.."
Bukan minta benda jadi lagi. Aku harap tak berlaku lagi. Tapi sekiranya terjadi lagi, Anis dah boleh fikir apa dia patut buat. Pergi rumah mama ke, rumah mak Ani ke..
Sorry sayang
hahaah kesiannyaa. mommy busy sgt tu.
ReplyDeletealolo manjanya...
ReplyDeletedah besar panjang pun nangis lagi...
alahaaiii kesiannya..manjanya :)
ReplyDeleteKalau bab anak nangis ni memang ibu yang akan cepat tersentuh hatinya kan!
ReplyDelete12.30 sampai pukul 2? lama sangat tu. kena tabah ni kalau jadi parent kan.. semoga saya bersedia bila tiba masanya :D
ReplyDelete