Mommy kan ada bagitahu hari tu pasal Jualan Penghabisan Stok Butik Aqid Aqila di Space U8, Shah Alam . Mommy pon pergi lah ke Butik Aqid Aqila. Rugi oi tak grab. Baju dalam gambar nampak lawa jer. Nampak mewah jer. Nampak sweet jer.. Raya sakan lah mommy nanti? Muahahaaa
Mommy pon sakan lah menerai baju itu dan ini. Memandangkan mommy punya saiz dah berubah. Gatal juga nak try saiz 36. Tak muat awak! Dah tahu besar nak jugak try. Last mommy try baju hitam ni. Memang ngam. Cantik sangat. Saiz 38. Terus jatuh cinta lahh...
Disebabkan mommy bersaiz comel sangat menampakkan kerawang penuh di badan.
Disebabkan mommy bersaiz comel sangat menampakkan kerawang penuh di badan.
Untuk saiz yang sebenar macam model di bawah.
Kainnya bertingket-tingket. Lawa sangat. Harganya pon lawa.
DaddyG pernah belikan baju berharga RM300. Masa tu anak baru seorang. Boleh la nak mahal-mahal. Tapi baju tu tak boleh pakai lama pon. Mommy dah tak muat nak masuk. Kerawang pon tak banyak. Yang ni hanya RM160 dapat baju macam mak datin. Opss melaram lah raya nanti...hehee
Jenuh la pasni nak mencari baju daddy, Adam, Anis dan Amal kaler hitam.. Hihihi
cantiknyaaa kerawang dia.boleh singgah nanti
ReplyDelete