Pernah tak korang rasa macam dah tak larat nak hadap aktiviti kehidupan yang sama berulang setiap hari? Terasa macam nak lari daripada rutin kehidupan seharian dan pergi bercuti untuk mententeramkan minda dan merehatkan badan. Mesti korang pun pernah ada perasaan macam ni kan? Tipu la kalau tak pernah. So, pada sesiapa yang terasa nak bercuti and have a sweet escape, Port Dickson adalah jawapannya! Sebabnya, Port Dickson sangat terkenal dengan keindahan pantainya serta merupakan tempat yang paling sesuai untuk beristirehat bersama dengan keluarga. Pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh buat bersama dengan keluarga seperti riding a banana boat, picnic, main jetski dan yang terbaru korang boleh naik parasailing lagi tau. Wow! Wow! Wow! Dan kalau bercakap pasal penginapan korang semua tak perlu risau kerana terdapat banyak pilihan hotel yang awesome di Port Dickson. Korang boleh pilih je yang mana bersesuaian dan menepati citarasa korang dengan menggunakan Traveloka.
Antara hotel yang best untuk menginap di Port Dickson ni adalah Lexis Port Dickson. Resort yang gempak ni terletak di negeri Sembilan dan lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Grand Lexis Port Dickson. Jangan korang tersalah masuk hotel dah la ye. Sebenarnya, Lexis Port Dickson dan Grand Lexis Port Dickson ni di bawah company yang sama, cuma konsep hotel tu yang berlainan sedikit. Grand Lexis lebih mengetengahkan konsep ‘private pool’ di setiap villa, lain pula konsep yang dibawa oleh Lexis ni, mereka berkonsepkan ala-ala bali, serta mempunyai keistimewaan mereka tersendiri seperti chalet terapung diatas laut ataupun bilik yang menghadap laut.
Wahhh seronok kalau dapat bercuti bersama keluarga macam ni. Dapat menikmati pemandangan laut dari bilik. Dah tak perlu ke Bali sebab ada percutian ala Bali di Malaysia sendiri.
Vacation di Lexis Port Dickson, konsep ala Bali |
Penginapan di Lexis Port Dickson
Lexis Port Dickson menawarkan empat jenis style penginapan. Antaranya ialah Premium Tower Seaview, pada mereka yang ingin menikmati keindahan laut Selat Melaka dan matahari terbenam, suites ni amatlah sempurna untuk merealisasikan impian korang sebabnya suites ni terletak pada aras 5 sehingga 11 dalam bangunan utama hotel Lexis sendiri.
Bilik Premium Tower Seaview |
Premium Tower Seaview |
Selain itu, terdapat tiga jenis chalet untuk korang pilih, ketiga-tiga jenis chalet ni semua berada atas laut ‘above sea level’ gitu kata mat saleh, cuma yang membezakan chalet ni ialah keluasannya. Tiga jenis chalet itu adalah Deluxe Water Chalet, Executive Water Chalet, dan Premium Water Chalet. Nak tau keluasan dia macam mana? Dia macam ni, kalau korang ambil Deluxe Water Chalet, ade satu king size bed je, bathroom and sebagainya. Tapi kalau korang ambil Executive water chalet, mereka ada sediakan satu king bed dan satu single bed. Kalau korang pilih Premium Water Chalet mereka sediakan dua king size bed.
Duluxe Water Chalet |
Executive Water Chalet |
Premium Water Chalet |
Jadi, kalau korang dalam kuantiti yang ramai, dinasihatkan la ambil Premium Water Chalet agar lebih selesa, takde lah sampai perlu bersempit macam ikan sardin dalam tin. Tak seronok lah nak bercuti macam tu..
Tapi kalau dah ada anak-anak ni takkan nak bercuti tak bawa anak kan? Kalau mommy memang wajib lah usung semua sekali.. Kita bercuti dan berehat bersama-sama ye..
Agak-agak kalau dah lapar tu, korang boleh pergi Aqua Coffee House, kat situ mereka menawarkan masakan makanan tempatan dan luar negara. Weekdays cafe beroperasi daripada pukul 7 pagi hingga ke 11 malam je, manakala weekend cafe dibuka daripada pukul 7 pagi hingga 1 pagi.
Aqua Coffee House |
Itu sahaja yang dapat mommy kongsikan dengan korang, kalau nak diikutkan terdapat pelbagai lagi tempat yang menarik di Port Dickson ni, tapi jika nak tempat yang dapat memberi ketenangan and have a sweet escape in your vacation, Lexis Port Dickson ini lah tempatnya. Apa-apa pun mommy harap korang enjoy menginap di Lexis Port Dickson ni!
Tak pernah lagi bercuti ke PD. Lepas ni boleh lah buat trip ke sana pulak. Hehee 😊
ReplyDeleteBuat family afb trip ke PD...wowww sangat...buat aktiviti bola tampar..parasailing..
Deletebanana boat...haha terus terimagine kita gegel naik banana boat gelak gelak sebab takut tapi nak cuba jugak
Bestnya...sy plg suka part pool dlm bilik tu
ReplyDeletePool tu grand lexis..pon boleh bang...company yg sama aja..kau just cek aja di traveloka harganya...
DeleteMemang best Lexis ni. Pernah 1x ke sana. Swimming pool pun private.
ReplyDeleteMesti kak pernah ke grand lexis tu...lagi hebat gituu
DeleteAda nampak masa cari hotel kat PD hari tu. Macam best pulak . Rugi tak masuk .
ReplyDeleteSekali sekala spend money untuk ketenangan which is good...
Deleteperghhhh menusuk ke jantung nya pemandangan dari lexis ni. indah sangat <3 style penginapan hotel dia pun cantik dan menarik :)
ReplyDeleteBoleh lanje umi abi bercuti kat sini kc...dekat aje ngan somban
DeleteBestnya kalau dapat gi sini.
ReplyDeleteBawa pula anak2 mesti mereka teruja lebih
DeleteBawa pula anak2 mesti mereka teruja lebih
Deleteklu pi utk honeymoon kena yang kolam tu orang luaq x nmpk...
ReplyDeletebleh la sukaneka lebih sket. hahahahaha
Berkocok kocok ayaq kolam tu...hahahaa
DeleteWah..bestnya kalau dapat bercuti kat sini,menarik sangat..
ReplyDeleteSerius bukan sini aje yg menarik di pd...tp dh sampai lexis, xyah ke mana-mana dah...
DeleteMewahnya tempat ni.
ReplyDeleteJom masuk bloglist saya, http://lynk.my/w1cm
Wah..wah..cantiknyaaaa hotel dia...
ReplyDeletewah.. lawanya... best tu
ReplyDelete