Dapat pulangan tunai dengan shopping online di ShopBack

Assalamualaikum... Hai korang.. Boleh tak mommy katakan kebanyakan orang zaman sekarang suka online shopping je? Tak perlu bersiap nak keluar rumah dan tak perlu harung jammed. Haaa korang pernah tahu tak apa itu Shopback? Shopback akan memberikan pulangan tunai (Cashback) sehingga 30% kepada pelanggan apabila mereka membeli-belah di lebih dari 500 stor online. Wahhhh menarik sangat..
Shopback; shop online earn cashback
Shopback; shop online earn cashback

Haaa kalau dulu korang tak tahu menahu pasal shopback, maka sekarang korang dah tahu. Mari mommy cerita lebih lanjut lagi mengenai Shopback ni.

Ibu pejabat Shopback adalah di Singapura dan mereka beroperasi di Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, India, Indonesia, dan Taiwan. ShopBack sebenarnya dah wujud sejak September 2014. 

Apabila kita sebagai pembeli membuat belian dia mana-mana stor online melalui Shopback, kita akan mendapat cashback daripada Shopback. 

Nampak tak? Kita dah keluar duit untuk membeli, kemudian kita dapat semula pulangan tunai daripada ShopBack. 

Shopback telah memperoleh banyak Anugerah:
September 2016 - Emerging Enterprise Award, pada Emerging Enterprise Award kali ke-9, dianjurkan oleh The Business Times dan OCBC Bank
Oktober 2015 - Gold Award, kategori Best Start-up (Growth Stage); Silver Award, kategori Best Innovative Infocomm Products (Consumers), pada Anugerah Singapore Infocomm Technology Federation (SiTF) kali ke-7, dianjurkan oleh SiTF


Langkah-langkah menggunakan Shopback

LANGKAH 1: Pilih lebih dari 500 peniaga online di ShopBack.


Selepas sign up Shopback, kita boleh shopping dari stor online kegemaran melalui Shopback. Kalau tak melalui Shopback, tak dapat lah cashback tu.

Mommy jakun jugak lah bila kalo pertama masuk Shopback ni. Surfing and surfing and window shopping pelbagai kategori - Fesyen, Perjalanan, Makanan & Minuman, elektronik, gaya hidup dan macam-macam. Rugi lah kalau korang tak sign up dan belek stor online yang boleh kita dapat "cashback".

LANGKAH 2: Bila kita dah pilih stor yang kita nak shopping, kita hanya perlu tekan "Shop Now" 
Apabila kita dah klik "Shop Now", kita boleh buat belian macam biasa.

LANGKAH 3: Dapatkan cashback.
Setelah membuat pembayaran, rebat tunai secara automatik akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack.

Cashback yang mommy perolehi setelah shopping online di Lazada melalui ShoBack

Hari ni mommy buat belian di Lazada melalui Shopback. Selepas beberapa ketika(bergantung kepada stor online), mommy dapat email yang memberitahu cashback dah masuk dalam akaun.

Cashback boleh ditunaikan ke dalam akaun bank. Haaaa yang ni kena tunggu cashback banyak-banyak baru lah best kan nak transfer ke dalam akaun kita.

Korang nak alami sendiri ShopBack kenalah sign up di
https://www.shopback.my

Selain tu boleh tengok juga:-
YouTube


Haa mesti korang dah faham kan? So lepas ni nak shopping boleh terus buka cashback. Segala macam stor online ada dalam tu... 

20 comments:

  1. waaaaaaaahhhh...menarik la mommy. byk pilihan utk kita shopping kan selain mendapat cashback...i suka laaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. 500 stor tu bila belek, memang menarikkkkk...xtau pon selama ni..kiki..shopping online je pasni dh jimat banyak

      Delete
  2. Wah menarik ni...rasanya blom ada website lain tawarkan macam ni

    ReplyDelete
  3. bestnyaa shopping dengan shopback ni...siap dapat pulangan lagi..

    ReplyDelete
  4. eahhh ubtung berbelanja dpt pulangan balik..terus sign in..tq kak irra atas entri detail

    ReplyDelete
  5. Wahh seronoknyaaa macam ni. Sekejap lagi nak terjah web diorang

    ReplyDelete
  6. Akk mmg kaki online shopping gak. Kalau ada rewards sebegini. Mmg best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat bagus untuk kaki online shopping..jom sign up kak

      Delete
    2. Memang sangat bagus untuk kaki online shopping..jom sign up kak

      Delete
  7. Wahhh untunglaa guna shopback kan kan kan..apalagi jom shopping guna shopback dapat duit kembali..jom jok jom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom jom..irra pon dh wajib guna shopback kalau nak shopping online ni

      Delete
  8. Owh baru tau ni ada perantara kalau nak oder barang Lazada contohnya la kan, kita beli melalui apps shopback.. Nanti akan dapat pulangan tunai drpd shopback.. Pehh best ni.. ni yg pcl faham setakat ni betul kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pcl...dia perantara. Dan dia bg cashback lagi... Jimat lagi

      Delete
  9. Baiklah..wajib masuk dlm list ni..lps ni shopping dri shopback le...

    ReplyDelete
  10. Dah kama register tapi tak guna.. Next time nak try la guna.. Rugi pula kan tak guna...

    ReplyDelete
  11. banyak dah nampak di blog2 lain. serius kene cuba dapatkan pulangan, walaupun sedikit. bagus daripada tak dapat langsungkan.

    ReplyDelete