Masam manis 2016

Macam-macam yang berlaku pada tahun 2016 akan jadi kenangan. Gembira. Sedih. Tersenyum. Menangis.

Adam Rayyan masa masuk sekolah dia jadi pendiam. Tak bercakap langsung. Tapi mudah cikgu nak uruskan kerana dia tak banyak kerenah. Bab belajar bagus kata cikgu. Bila berpindah, Adam ambil masa semula nak rapat dengan kawan baru. Minggu akhir belajar barulah Adam aktif bermain dengan kawan. 

Adam di rumah pon dah pandai berkawan dengan jiran-jiran sebayanya. Cuma mommy masih menyekat pergerakannya kerana mommy sayang la anak mommy. Daddy pon kata tak apa sekali sekala adam keluar. Tapi adam keluar bersama anis dan amal. Secara tak langsung, adam jadi penjaga adik-adik semasa mommy tiada. Dah pandai berdikari anak mommy ni.

Anis Insyirah pun pandai sebab dia belajar dari abang.. Apa yang abang baca, dia akan ikut baca sama. Anis jenis clumsy sikit. Kecuaian dia lah buat gigi depan dia jadi gelap kerana tersembam ke lantai..

Amal Insyirah pandai cakap seawal usia 1tahun 6bulan.. Bukan nak compare dengan orang lain.. Tak ada beza pon anak-anak mommy. Dulu Adam 2 tahun baru boleh sebut "Nak" , "Nanak", " Ta" dan "Da". " Ta" tu mommy. "Da" tu daddy. Amal belum usia 2 tahun dah boleh tahu semua benda dan rasa. Wow! 

3A (Adam Anis Amal)
  • Takut lipas/cicak/serangga😅
  • Berebut nak pegang tangan daddy masa jalan
  • Berebut nak tidur peluk daddy masa nak tidur
  • Demam campak bergilir
  • Demam viral bersilih ganti
  • HFMD
Dugaan sakit pon banyak pada tahun 2016. Amal sakit telinga sehingga berjumpa pakar. Temujanji seterusnya pada bulan 1 tahun hadapan.

Mommy pon sama juga, sakit perut je sampai pengsan 2x. Alhamdulillah tak pengsan lagi apabila ada Biobax. Mommy sakit ja perut terus sapu Biobax.


Tahun 2016 mommy bubarkan EFG dan wujudkan AFB iaitu group blogger berkongsi feed di blog. 

Mommy ada syarikat sendiri yang dah didaftarkan dengan SuruhanJaya Syarikat Malaysia(SSM). 

Eh tahun ni juga mommy berpindah ke rumah sendiri. Tahun ini juga mommy join kutu IKEA

Haa apa lagi? Macam ada banyak je lagi... 
Bye bye 2016
Pertama kali makan kek Baskin Robin masa hari lahir mommy.. Ha ha ha 

Kalau mommy ingat lagi boleh la update entry ni... Bye bye 2016

2 comments:

  1. selamat tahun baru :)

    sudi2 la join contest Nurul ni ye :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  2. a marveles irra's year :)
    selamat thn baru ekk.
    aida ni jarang dpt komen mengkomen ni.
    masa terhad.
    ari ni baru la dpt lepak blogging lama skit.

    ReplyDelete