Berkampung di Emergency Hospital Shah Alam kerana telinga

Beberapa hari lepas kami sekeluarga berkampung di Hospital Shah Alam kerana telinga Adam ada "sesuatu". Tak tahu benda apa. Adam tak bagi usik telinga yang sakit tu.
Sebelum ni kalau mommy cuci telinga Adam tak ada pulak nampak hitam ni
Spot kedua pula berwarna merah macam darah

Tempoh hari semasa checkup susulan telinga Amal dengan Pakar ENT Hospital Shah Alam, mommy bagitau doktor si abang sakit telinga. Doktor suruh bawa abang refer ke pakar juga.

Prosedur jumpa pakar ni pula kena ada referral letter. Kemudian dgn referral letter tadi bawa ke pakar untuk set temujanji. Itu baru set temujanji.. Entah bila nak jumpa doktor.. Bila tunjukkan video yang mommy dah ambil, kawan daddyG suruh pergi Emergency terus. Tapi dia dah pesan memang lama la menunggu sebab dia kes Hijau je.

Semasa mendaftar di emergency, staff bertugas dah maklumkan masa untuk menunggu adalah 4-5 jam.. 

Lama tu memang lama lah. Nak mendaftar pon lama.. Nak menunggu doktor panggil pon lama.. Nak tunggu ubat pon lama.. Memang ngam ngam 5 jam baru selesai semua.

Telinga adam dicuci..diberi ubat..kena jumpa pakar isnin nanti untuk pemeriksaan susulan..apa benda dalam telinga Adam? Doktor kata bukan serangga. 


So lega lah sebab bukan serangga dalam telinga Adam. Tapi doktor minta pergi jumpa pakar juga hari Isnin untuk rawatan susulan. 


9 comments:

  1. risau kan sis,,, bila anak2 kena sakit ni... semoga tak ada apa2 yang serius pd adam

    ReplyDelete
  2. alamak, risau tengok..apa tu? camne boleh ade?

    ReplyDelete
  3. eii...klu tang telinga mmg payah sikit...

    ReplyDelete
  4. Wah bkn telinga kanak2 je selalu kena mcm tu...mcm sy pun pernah kena...sbb mungkin habit kita selalu korek telinga guna jari atau guna kapas telinga...saya dulu jumpa pakar telinga terus...dia cuci n bagi ubat untuk elak infection kulat...doktor pakar ckp klu telinga berair n air nie tak pernah kering cepat2 jumpa doktor pakar balik mungkin berlaku infection...alhamdulilah ok...skrg nie sy jarang guna cotton bud korek telinga lg dan dlm masa dua or tiga bulan sy g pakar untuk cuci telinga...supaya telinga sy ok...klu ada masalah telinga terus jumpa pakar ye...sbb sy pernah ada pengalaman g hospital biasa lama tunggu tp tak pernah baik telinga sy makin sakit dan terkena alegik ubat antibiotik lg...semenjak tu bila masalah telinga sy terus jumpa pakar telinga ENT...hope telinga adam dah sembuh...

    jom join contest yana
    https://almiraalwani.blogspot.my/2017/01/1st-contest-shazyanas-tupperware-2017.html

    ReplyDelete
  5. Alamak apabenda pulak dlm telinga adam..kesian adam..

    ReplyDelete
  6. Selalunya camtu lah mommy.. terus gi emergency.. baru dapat refer ke pakar..

    ReplyDelete
  7. maaf Puan, tumpang bertanya...pakar ENT tu di klinik kesihatan sebelah hospital atau di bangunan hospital tu ya....

    ReplyDelete
  8. Maaf Puan, pakar ENT tu di klinik kesihatan sebelah hospital atau di bangunan hospital tu?

    ReplyDelete