Sebelum daddyG belikan penapis air, daddyG beli air alkali water boy. Setelah beberapa bulan, mommy ajak daddyG survey penapis air Cosway yang En Nizam cadangkan suatu ketika dahulu. En nizam kata air alkali yang bagus adalah jenama Cosway.
Penapis air alkali Cosway tersebut adalah air alkali berhidrogen Hexagon Water Filtration System 2. Harganya adalah RM715. So dah jimat banyak berbanding air alkali Water Boy.
Air Alkali Berhidrogen adalah inovasi tercanggih yang mengujakan untuk minuman yang lebih menyihatkan. Ia merupakan air beralkali dan berhidrogen tinggi dengan sifat antioksidan.
Air Alkali Beralkali - Hexagon Water Filtration System 2 masih dalam kotak |
Air Alkali Berhidrogen adalah inovasi tercanggih yang mengujakan untuk minuman yang lebih menyihatkan. Ia merupakan air beralkali dan berhidrogen tinggi dengan sifat antioksidan.
Air ini mempunyai mineral untuk menyokong kesihatan. Ia merupakan air berkelompok lebih kecil untuk penyerapan sel yang lebih baik.
Air Alkali Berhidrogen adalah air bersih, selamat dan enak terus daripada paip.
Mommy memilih Hexagon Water Filtration System 2 atas nasihat herbalist En Nizam yang mengamalkan pemakanan sihat.
Penapis air ini mempunyai 3 langkah penapisan dan direka dengan struktur yang lebih tahan lasak untuk menahan tekanan air yang tinggi. Boleh baca gambar di bawah untuk mengetahui pemprosesan air.
Air hidrogen anti-penuaan
Mengapa hidrogen dalam air begitu penting? Ini kerana apabila air mengandungi hidrogen, ia akan menjadi antioksidan yang kuat dan mampu meneutralkan radikal bebas yang bahaya di dalam sistem tubuh badan. Ini membantu melambatkan proses penuaan.
Hidrogen terlarut adalah antioksidan yang terbaik kerana ia amat senang untuk "menderma" elektron-elektron untuk menstabilkan radikal bebas. Memandangkan radikal-radikal bebas merupakan salah satu penyebab utama penuaan dan penyingkirannya adalah penting untuk menjaga kesihatan. Maka air yang kaya dengan hidrogen amat bernilai untuk menangani penyakit-penyakit uzur.
Apa radikal bebas? Radikal bebas berada di merata-rata!
Radikal-radikal bebas adalah molekul-molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan. Radikal bebas yang sentiasa berada di dalam sistem tubuh akan menyerang dan merosakkan sel-sel sihat.
Akibatnya, kita akan mengalami proses penuaan yang lebih pantas hari demi hari serta mengakibatkan tahap kesihatan diri semakin merosot.
Dengan gaya hidup dunia kini, tubuh badan kita sering terdedah kepada radikal bebas:
- Penggunaan barang-barang harian yang mengandungi bahan kimia atau racun
- Pencemaran persekitaran
- Penggunaan ubat-ubatan sintetik
- Kegiatan merokok
- Pengambilan makanan yang telah diproses
- Pencemaran air
Dianggarkan bahawa 90% daripada proses penuaan dan penyakit uzur adalah disebabkan oleh radikal bebas.
Oleh sebab itu kita memerlukan antioksidan untuk mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas.
Apabila kita minum air berhidrogen, elektron yang berlebihan pada hidrogen akan berpasangan dengan radikal bebas yang kekurangan elektron. Tindak balas meneutralkan radikal bebas ini akan menghasilkan hasil sampingan H2O (air) yang tidak meninggalkan kesan sampingan terhadap sistem tubuh badan. Oleh yang demikian, hidrogen di dalam air dikenal pasti sebagai antioksidan yang sangat berkesan.
Lega mommy dapat minum air alkali terus dari paip rumah |
Cosway kak...
ReplyDeleteMemang nak kena pasnag penapis air kat rumah.. tak lalu tgk kalu tak pasang.
ReplyDelete