Sejak mommy jumpa mee sihat ni, Adam selalu minta nak makan mee. Jadi boleh dikatakan hampir setiap hari mommy goreng mee. 
Mee goreng tanpa telur
Sedap lah tu kan kalau dah tak ingat nak makan nasi. Minta mee aje.
Sampai daddy pon suka minta mee. Hehee skill memasak mee pon semakin hebat. Hehee
Mee goreng ada telur
Malangnya, semalam masa ambil Anis balik sekolah. KakSal yang bawa van sekolah tu kata,

"Anak kau kata mommy buat mee goreng tak sedap"

Erkk... Menusuk kalbu.. Kemudian KakSal sambung lagi.

Akak tanya dia kat sekolah makan apa. Anis jawab makan mee. Akak tanya lagi kat rumah makan apa. Anis jawab makan mee. Akak tanya mee cikgu masak sedap tak. Anis jawab sedap. Akak tanya mee mommy masak sedap tak. Anis jawab tak sedap.

Seharian mommy moody. Moodyyyyy!!!!! Huwaaaaa.... 

Sedih digelakkan orang sebab anak kata mee mommy buat tak sedap.. Cikgu masak sedap lagi... Huwaaa

Beberapa hari lepas kami sekeluarga berkampung di Hospital Shah Alam kerana telinga Adam ada "sesuatu". Tak tahu benda apa. Adam tak bagi usik telinga yang sakit tu.
Sebelum ni kalau mommy cuci telinga Adam tak ada pulak nampak hitam ni
Spot kedua pula berwarna merah macam darah

Tempoh hari semasa checkup susulan telinga Amal dengan Pakar ENT Hospital Shah Alam, mommy bagitau doktor si abang sakit telinga. Doktor suruh bawa abang refer ke pakar juga.

Prosedur jumpa pakar ni pula kena ada referral letter. Kemudian dgn referral letter tadi bawa ke pakar untuk set temujanji. Itu baru set temujanji.. Entah bila nak jumpa doktor.. Bila tunjukkan video yang mommy dah ambil, kawan daddyG suruh pergi Emergency terus. Tapi dia dah pesan memang lama la menunggu sebab dia kes Hijau je.

Semasa mendaftar di emergency, staff bertugas dah maklumkan masa untuk menunggu adalah 4-5 jam.. 

Lama tu memang lama lah. Nak mendaftar pon lama.. Nak menunggu doktor panggil pon lama.. Nak tunggu ubat pon lama.. Memang ngam ngam 5 jam baru selesai semua.

Telinga adam dicuci..diberi ubat..kena jumpa pakar isnin nanti untuk pemeriksaan susulan..apa benda dalam telinga Adam? Doktor kata bukan serangga. 


So lega lah sebab bukan serangga dalam telinga Adam. Tapi doktor minta pergi jumpa pakar juga hari Isnin untuk rawatan susulan. 


Assalamualaikum...hai korang...dah tidur ke? Ada tak geng mommy yang suka kelaparan di tengah malam? Ermm nak makan apa ni...

Nampak maggi.. Nampak sayur.. Campak telur sebiji dah sedap ni...
Lapar di tengah malam
Bila dah lapar sangat, terpaksa lah menjadi RAJIN. 
Ouchhh...rajin sangat ni...hihi.. Jangan makan selalu...makanan tak sihat ni.. Sekali sekala layan tak apa.. :P
Budak-budak suka makan makanan yang tak sihat termasuk mamee. Adik Amal yang kecik tu pon menggeletis mengamuk nak makan mamee. Apabila Mamee mengeluarkan produk baru, daddyG terus beli.
Mamee monster biskidz
Mommy tak pernah rasa pon lagi. Haha tak terasa nak makan walaupon dah beberapa kali daddyG belikan.
Adam Anis dan Amal macam biasa lah.. Peminat coklat dan biskut. Jadi mereka memang layan ja makan biskut ni.
Mamee monster biskidz
Biskut ni masih lagi dalam kategori makanan tak sihat. Nak biskut sihat mommy kena buat sendiri guna bahan-bahan sihat lah.. Entah bila la tuu....
POS Malaysia komen di blog aku! Apa POS Malaysia komen? Korang boleh baca kat bawah ni. Sebelum aku komen panjang pasal komen POS Malaysia di Entry Tracking Parcel Poslaju dengan Telegram  aku nak terangkan dulu apa benda tracking poslaju dengan Telegram.
Funny?
Dahulu, aku boleh dikatakan hari-hari terpaksa buka website Poslaju untuk tahu parcel aku berada di mana. Aku pon rajin juga lah tunjukkan screenshot tracking parcel tu kat suami.

Tiba-tiba suami aku buatkan bot Telegram untuk cek parcel poslaju. Memang laju lah nak check parcel dengan Telegram bot selepas itu.

Aku hanya perlu taip nama bot @MYposlajuBOT dan tracking number sahaja di mana-mana personal chat atau group.

Biasanya aku terima tracking number melalui chat. Kenapa perlu susah payah nak buka browser sedangkan boleh check terus menggunakan bot di chat.

Apa yang suami aku buat untuk bantu aku tu memang terbaiklah. Kerja jadi mudah. Cepat dan laju je aku boleh tahu kedudukan parcel aku. Melainkan kalau website Poslaju down. 
Check parcel melalui Telegram sangat membantu aku dan juga rakan-rakan aku yang ada Telegram. Very helpful ok. 

Orang sekarang nak benda yang pantas. Cepat. Laju. Bukan lembab! 

Eh siapa POS Malaysia tu?
Oh nama si komentator ni Nora Danish
Kelakar lah kalau orang yang terer coding dan programming nak buang masa buat benda yg "funny".

Kalau lah benar "its very easy to track Poslaju mails and couriers online", tak wujud la bot bot di Telegram. Bukan suami aku seorang je buat bot untuk tracking Poslaju ni.

Hey Nora Danish si commentator POS Malaysia, you are very funny actually! Lols!
Assalamualaikum..anak nak sekolah, mommy daddy lah yang paling sibuk kan.. Beg sekolah anak belum beli lagi....

Setiap kali melihat beg di Tesco atau Giant, mahalnya... Pilihan pun tak banyak... Bila ke kedai biasa pon sama..

"Kita pergi GM je la cari beg Adam dan Anis.", kata mommy.

Beg Adam yang lama pon beli kat GM. Jadi mommy daddy tuju kedai yang sama. Tingkat G tepi eskelator, Blok A.

Pilihan beg banyak sangat.. Mommy sampai rambang mata.. Rasa nak beli semua...hehehee...sampai lupa nak ambil gambar satu pon...

Adam pilih beg Transformers.. Adam nak warna biru tapi malangnya warna biru dah habis. Adam masih nak beg patern yang sama, cuma tukar warna merah.

Transformer
Beg lama Adam masih elok. Cuma buruk sikit la. Tiap kali Adam balik sekolah 12.30 tengahari wajib la baju dan beg Adam berpeluh..
Beg lama Adam Rayyan 17.5.2014
Adam dapat Transformers, Anis nak beg apa? Tang Anis ni lama sikit nak memilih. Anis tak pandai ada taste lagi. Tanya nak, semua dia angguk. Jadi beg Anis mengikut pilihan daddy.
Beg Anis macam beg telur. Mommy setuju juga beg ni. Sebab kertas dalam beg nanti tak terpenyek la. .

Beg ada 3 pilihan untuk budak perempuan:-
1. Frozen
2. Sofea the First
3. Hello Kitty
Sofea the First
Anis pilih Sofea the First. Mesti sebab princess sofea yang pakai gaun cantik kembang tu.. Kalau mommy nak Hello Kitty😝
Beg Adam ada lampu liplap liplap bila diketuk..ketuk-ketuk manja jela..
Dah settle beli beg Adam dan Anis, mommy shopping karpet gebu pula. Hehee..

Alamatnya next time pon mommy akan jejak GM juga la bila nak cari beg sekolah. Senang!
Raba je dah rasa kegebuan karpet ni.. Tambahan pula ada corak yang berkenan di hati.. Walaupon kaler pink, daddyG berkenan juga.. Cantik sangat tau...gebu sangat tau..  
Karpet gebu kaler pink
Mula-mula raba. Kemudian panggil penjual tanya harga dan saiz. Saiznya besar macam saiz karpet plastik biasa. Ermm apa nama karpet tu ye? Sesuai la buat rumah yang ada anak kecil.. Jatuh pun tak sakit.. 
Karpet gebu ni senang nak bawa balik. Hanya lipat dan masukkan dalam plastik besar.
Haha posing sementara tunggy daddy
Kat rumah mommy tak ada lagi apa-apa jenis karpet. Anak selalu tumpahkan makanan atau minuman, jadi daddyG tak pernah nak beli..

Tapi, kali ini berlainan... Dapat la mommy karpet gebu pertama setebal 1cm.. Gebu dia lain macam.. Buat sesiapa sahaja tidur lena :p

Assalamualaikum..hari ini hari Rabu.. Hari pertama persekolahan Adam Rayyan dan Anis Insyirah di Pasti Ar Raudhah. 
Pukul 7 masih gelap
Macam biasa, hari pertama terus naik van sekolah. Mommy daddy lepaskan terus Adam kepada cikgunya.
7.10 pon masih gelap
Malam tadi Adam tidur awal. Pagi macam biasa daddy yang kejut dan mandikan Adam. 
Lepas mandi, bersiap dan sarapan. Semua nya baik sekali. Belajar rajin-rajin anak!
Assalamualaikum...apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria selalu di awal tahun 2017. Mommy baru nak throwback cerita lama mandi manda di Pantai Teluk Batik, Perak. 

Mommy pergi makan kenduri kawan baik daddyG. Kemudian daddyG minta mommy survery pantai kat Perak. Dalam gambar nampak best. Pantai cantik dan bersih. Jadi kami buat keputusan akan singgah ke Pantai Teluk Batik selepas kenduri. 

Kami pergi dua buah keluarga. Kami konvoi bersama. Sampai je ke pantai, aktiviti pertama adalah main pasir. 

Waaaaa korang tau betul la pantai ni bersih dan cantik macam dalam gambar. 
Tanam Adam dan Anis
Mana Amal? Amal takut pasir. Amal takut air laut. Menangis dia ketakutan dan memang tak dapat nak buat apa. 
Anis dan Amni pula
Best bila boleh bermain dan ada geng pula. 
Anis dan Amni sebaya
Main di gigi air
Main puas-puas tau
Geng bapa bapa pon join mandi juga
Amni tak puas mandi lagi
Masa ni Amal tengah tidur dalam stroller. Mommy tak bawa baju. Tak boleh nak join mandi. Im jelesss!


Sebelum daddyG belikan penapis air, daddyG beli air alkali water boy. Setelah beberapa bulan, mommy ajak daddyG survey penapis air Cosway yang En Nizam cadangkan suatu ketika dahulu. En nizam kata air alkali yang bagus adalah jenama Cosway.
Air Alkali Beralkali - Hexagon Water Filtration System 2 masih dalam kotak
Penapis air alkali Cosway tersebut adalah air alkali berhidrogen Hexagon Water Filtration System 2. Harganya adalah RM715. So dah jimat banyak berbanding air alkali Water Boy.

Air Alkali Berhidrogen adalah inovasi tercanggih yang mengujakan untuk minuman yang lebih menyihatkan. Ia merupakan air beralkali dan berhidrogen tinggi dengan sifat antioksidan.

Air ini mempunyai mineral untuk menyokong kesihatan. Ia merupakan air berkelompok lebih kecil untuk penyerapan sel yang lebih baik.

Air Alkali Berhidrogen adalah air bersih, selamat dan enak terus daripada paip.

Mommy memilih Hexagon Water Filtration System 2 atas nasihat herbalist En Nizam yang mengamalkan pemakanan sihat. 

Penapis air ini mempunyai 3 langkah penapisan dan direka dengan struktur yang lebih tahan lasak untuk menahan tekanan air yang tinggi. Boleh baca gambar di bawah untuk mengetahui pemprosesan air.
Langkah Penapisan Air Hexagon Water Filtration System 2

Air hidrogen anti-penuaan

Mengapa hidrogen dalam air begitu penting? Ini kerana apabila air mengandungi hidrogen, ia akan menjadi antioksidan yang kuat dan mampu meneutralkan radikal bebas yang bahaya di dalam sistem tubuh badan. Ini membantu melambatkan proses penuaan.

Hidrogen terlarut adalah antioksidan yang terbaik kerana ia amat senang untuk "menderma" elektron-elektron untuk menstabilkan radikal bebas. Memandangkan radikal-radikal bebas merupakan salah satu penyebab utama penuaan dan penyingkirannya adalah penting untuk menjaga kesihatan. Maka air yang kaya dengan hidrogen amat bernilai untuk menangani penyakit-penyakit uzur.
Apa radikal bebas? Radikal bebas berada di merata-rata!
Radikal-radikal bebas adalah molekul-molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan. Radikal bebas yang sentiasa berada di dalam sistem tubuh akan menyerang dan merosakkan sel-sel sihat. 

Akibatnya, kita akan mengalami proses penuaan yang lebih pantas hari demi hari serta mengakibatkan tahap kesihatan diri semakin merosot.

Dengan gaya hidup dunia kini, tubuh badan kita sering terdedah kepada radikal bebas: 
  • Penggunaan barang-barang harian yang mengandungi bahan kimia atau racun
  • Pencemaran persekitaran
  • Penggunaan ubat-ubatan sintetik
  • Kegiatan merokok
  • Pengambilan makanan yang telah diproses
  • Pencemaran air

Dianggarkan bahawa 90% daripada proses penuaan dan penyakit uzur adalah disebabkan oleh radikal bebas.

Oleh sebab itu kita memerlukan antioksidan untuk mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas.

Apabila kita minum air berhidrogen, elektron yang berlebihan pada hidrogen akan berpasangan dengan radikal bebas yang kekurangan elektron. Tindak balas meneutralkan radikal bebas ini akan menghasilkan hasil sampingan H2O (air) yang tidak meninggalkan kesan sampingan terhadap sistem tubuh badan. Oleh yang demikian, hidrogen di dalam air dikenal pasti sebagai antioksidan yang sangat berkesan.

Lega mommy dapat minum air alkali terus dari paip rumah

Sekarang mommy minum air yang bersih dan sihat.
2016 Best Nine Instagram @irrayyan dan @mommyirra | Tengok orang je buat, mommy pon nak buat jugak la ..
@irrayyandotcom
link
@mommyirra
Jom lah follow ig mommy...
Macam-macam yang berlaku pada tahun 2016 akan jadi kenangan. Gembira. Sedih. Tersenyum. Menangis.

Adam Rayyan masa masuk sekolah dia jadi pendiam. Tak bercakap langsung. Tapi mudah cikgu nak uruskan kerana dia tak banyak kerenah. Bab belajar bagus kata cikgu. Bila berpindah, Adam ambil masa semula nak rapat dengan kawan baru. Minggu akhir belajar barulah Adam aktif bermain dengan kawan. 

Adam di rumah pon dah pandai berkawan dengan jiran-jiran sebayanya. Cuma mommy masih menyekat pergerakannya kerana mommy sayang la anak mommy. Daddy pon kata tak apa sekali sekala adam keluar. Tapi adam keluar bersama anis dan amal. Secara tak langsung, adam jadi penjaga adik-adik semasa mommy tiada. Dah pandai berdikari anak mommy ni.

Anis Insyirah pun pandai sebab dia belajar dari abang.. Apa yang abang baca, dia akan ikut baca sama. Anis jenis clumsy sikit. Kecuaian dia lah buat gigi depan dia jadi gelap kerana tersembam ke lantai..

Amal Insyirah pandai cakap seawal usia 1tahun 6bulan.. Bukan nak compare dengan orang lain.. Tak ada beza pon anak-anak mommy. Dulu Adam 2 tahun baru boleh sebut "Nak" , "Nanak", " Ta" dan "Da". " Ta" tu mommy. "Da" tu daddy. Amal belum usia 2 tahun dah boleh tahu semua benda dan rasa. Wow! 

3A (Adam Anis Amal)
  • Takut lipas/cicak/serangga😅
  • Berebut nak pegang tangan daddy masa jalan
  • Berebut nak tidur peluk daddy masa nak tidur
  • Demam campak bergilir
  • Demam viral bersilih ganti
  • HFMD
Dugaan sakit pon banyak pada tahun 2016. Amal sakit telinga sehingga berjumpa pakar. Temujanji seterusnya pada bulan 1 tahun hadapan.

Mommy pon sama juga, sakit perut je sampai pengsan 2x. Alhamdulillah tak pengsan lagi apabila ada Biobax. Mommy sakit ja perut terus sapu Biobax.


Tahun 2016 mommy bubarkan EFG dan wujudkan AFB iaitu group blogger berkongsi feed di blog. 

Mommy ada syarikat sendiri yang dah didaftarkan dengan SuruhanJaya Syarikat Malaysia(SSM). 

Eh tahun ni juga mommy berpindah ke rumah sendiri. Tahun ini juga mommy join kutu IKEA

Haa apa lagi? Macam ada banyak je lagi... 
Bye bye 2016
Pertama kali makan kek Baskin Robin masa hari lahir mommy.. Ha ha ha 

Kalau mommy ingat lagi boleh la update entry ni... Bye bye 2016