Assalamualaikum... Seperti yang sedia maklum, AFB Network Enterprise adalah syarikat mommy yang dah didaftarkan dengan SuruhanJaya Syarikat Malaysia(SSM).

Nama AFB hasil daripada auto feed blog yang daddyG buatkan untuk membantu mempermudahkan kerja mommy semasa EFG dahulu. Walaupon EFG dibubarkan, cinta mommy pada autofeedblog masih tinggi menggunung. Maka sempena itu lah mommy jadikan nama syarikat mommy.

Bila dah ada syarikat yang didaftarkan, seterusnya adalah mewujudkan logo. DaddyG yang bersemangat lebih buatkan logo AFB. DaddyG bagi idea dan dia buatkan. 
Lukisan tangan afb oleh daddyG
Apabila lukisan ini diterbalikkan akan dapat objek yang sama, "afb".
Idea logo afb dari daddyG
Memang kreatif habis la daddyG. Mommy setuju je..
Kemudian daddyG suruh mommy buat. Tapi esoknya daddyG dah siapkan logo yang betul.
Logo afb oleh daddyG
Logo AFB ni simple and nice. Mommy suka.

Sedikit info mengenai AFB. AFB terbuka kepada blogger yang berminat untuk berkongsi feed di blog mereka. Boleh tengok AFB Feed di blog mommy. Selain dari bertukar feed, blogger akan didedahkan dengan ilmu blog dan media sosial. Penyertaan ahli baru mempunyai terma dan syarat yang perlu dipatuhi. Nak tahu lanjut boleh whatsapp mommy 013-3560192
Assalamualaikum..mommy nak kongsikan Mee Kuning yang mommy guna. Sejak mommy beli Mee Kuning Produk Muslim ni, Adam Anis Amal sangat suka makan mee. Bila mommy nak makan apa, "Mee". Jadi mommy pon beli lah stok mee. Mee ni produk sejuk beku. Boleh tahan 2 bulan dalam tempat beku. 
Mee Kuning Produk Muslim
Mommy suka Mee Kuning Produk Muslim jenama Abadi ni kerana mee ni tak ada rasa pahit. 
Mee Kuning Produk Muslim ini
  • Tiada asid borik
  • Tiada rasa air kapur
  • Kebersihan terjamin

Stok mee kuning
Nak guna mee ni pon senang. Mommy lalu kan dekat air sampai relai semua mee. Kemudian boleh terus masak. Cuma masukkan air lebih untuk lembutkan mee. Bukan anak je suka, mommy pon suka makan mee. Ehh daddyG pon suka makan mee yang mommy buat.. Haha skill menggoreng mee dah bertambah baik apabila mommy setiap hari menggoreng mee..
DaddyG baru je format handphone mommy. Jadi semua dah jadi serba baru. Aplikasi kamera yang lama pon dah tak ada. Mommy mommy install semua aplikasi kamera yang ada. 

1. Camera fv-5
Camera FV-5


2. Open Camera 
Open Camera

Open Camera best sebab boleh letak url blog, tarikh dan masa

3. Camera MX
Camera MX

4. CM Camera
CM Camera

Antara 4 gambar ni, korang tolong mommy pilih yang mana paling cantik hasilnya?
Sekarang dah masuk hujung bulan Disember. Ibu bapa pasti dah sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan terakhir buat anak-anak. Untuk negeri Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah memberi bantuan awal persekolahan 2017 kepada mereka yang berkelayakan. Borang bantuan boleh didapati pada 1 Januari nanti. 

Syarat penerima bantuan awal persekolah 2017 adalah:-
  1. Berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah sebulan.
  2. Setiap pemohon (suami/isteri) mestilah mempunyai bilangan anak yang BERSEKOLAH sekurang-kurangnya TIGA (3) orang.
  3. Pemohon (Ibu Tunggal) pula mestilah mempunyai anak yang bersekolah sekurang-kurangnya DUA (2) orang.
  4. Anak yang sedang belajar di peringat PRA SEKOLAH atau INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TIDAK diambil kira.

Makluman Bantuan Awal Persekolan 2017 Negeri Kedah

PROSEDUR SEMASA MENGAMBIL BORANG INI:
Bawa bersama KAD PENGENALAN dan SURAT BERANAK (anak-anak dan waris) yang ASAL


Borang akan di agihkan mulai 1 Januari.
  1. Baling - Masjid Charok Nau
  2. Bandar Baharu - Masjid Alfateh, Serdang
  3. Kota Setar - Aras Bawah, Menata Zakat
  4. Kuala Muda - Masjid Sultab Abdul Halim, Taman Ria Jaya
  5. Kubang Pasu - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Kubang Pasu
  6. Kulim - Masjid At-Taufiq, Air Merah
  7. Langkawi - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Langkawi
  8. Padang Terap - Masjid Kg. Tanjung Kiri
  9. Pendang - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Pendang
  10. Pokok Sena - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Pokok Sena
  11. Sik - Masjid An-Naim, Namek
  12. Yan - Lembaga Zakat Negeri Kedah Cawangan Yan

Semoga dengan bantuan awal persekolahan ini dapat membantu dan mengurangkan beban ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah.
Selalu sangat mommy tengok rakan facebook mommy update pasal "See First". Apa benda tu? Mula-mula mommy buat tak peduli je. Sampai la satu masa mommy pon teringin juga la nak buat. Bila di godek tak jumpa. Jadi mommy tanya rakan-rakan AFB mommy.

Macam mana nak buat See First ni?
Begini caranya:-

1. Pergi dekat profile rakan facebook anda. Klik button following.

Following

Kemudian pilih See First.

See first

Siap! Dan dari "Following" tadi akan jadi "See First".

Siapa kenal papaglamz?

Apa kelebihan See First ni?
Apabila kita setkan See First, maka segala status atau apa sahaja yang rakan See First update akan berada di atas wall anda.


Rules facebook sekarang ni status yang tinggi engagement baru dapat duduk kat atas wall orang lain.

Apa tu engagement?
Engagement adalah berapa jumlah like dan komen. Lagi banyak like dan komen, lagi tinggi engagement. 

Haaa apa lagi? Jom set See First!
DaddyG kata dia nak pasang aircond bila duduk rumah sendiri. Ya memang daddyG tunaikan janji. Tak sampai seminggu duduk rumah baru, daddyG dah pasangkan aircond.

Dah 8 bulan guna aircond, ada la 2 kali mommy cuci sendiri blower aircond tu. Lepas tu mommy taknak dah buat.

Nak dijadikan kisah, baru ni tiba-tiba je aircond tak hidup. Aik apa yang rosak? Aircond baru pakai dah rosak? DaddyG balik buka plug aircond dan tukar fius baru. Aircond berfungsi semula.

Lepas tu baru lah daddyG minta mommy carikan orang untuk servis aircond. Cari beberapa orang. Ya ampun. Mahalnya. Ada RM230. Ada RM180. Sehingga lah dapat RM140. Paling murah dari yang lain, maka mommy pilih yang RM140.

Service aircond murah di Klang


Daddy pesan suruh tengok kerja-kerja mencuci aircond dan ambil gambar.


Kotornya kompressor aircond ni. Kompressor ni dicuci dengan menggunakan air kimia. Adik yang service aircond ni namanya Mohd Nor.


Mohd Nor kata tak boleh selalu cuci dengan air kimia. Nanti cepat reput dan cepat rosak. Tapi kompressor tak apa. Kompressor tak sesensetif aircond dalam rumah.

Service aircond murah di Klang
Service aircond murah di Klang

Mohd Nor nak cuci dengan air kimia pada aircond. Malangnya tak dapat buka. Ketat sangat aircond tu dipasang.


Jadi aircond tak boleh diturunkan. Maka barang dalaman aircond dikeluarkan. Kotor sungguh blower aircond ni.


Nampak kekotoran pada blower ni lah yang menyebabkan mommy mendesak daddyG service aircond.


Entah-entah sebab aircond kotor lah selsema Amal lambat baik.
Kawan-kawan facebook mommy suruh beli air purifier. Hahaha korang nak sponsor, mommy ok je.


Last sekali yang Mohd Nor buat adalah ambil bacaan gas.


Dua jam baru siap semua. Aircond malam tu terpaksa ditutup sebab sejuk sangat. Terbaik lah service aircond dari adik Mohd Nor ni.

Adik Mohd Nor punya page Cooling Universal Service atau hubungi 017-372 4899

Assalamualaikum. Mommy kan dah pernah beli kek dan dipos menggunakan Poslaju. Rezeki hari lahir mommy 14 Ogos, mommy dapat hadiah kek brownies. Ehehe dah berbulan baru nak story kat blog..


Untung la mommy kan dapat Brownies.. Terima kasih kak Eny Abdullah owner CakeEny


Kak Eny balut elok sangat dan brownies pon masih elok. Macam tak percaya je Browniea dari Jitra selamat dihantar dengan Poslaju.


Adik Amal dah tak sabar menunggu mommy buka bungkusan.


Memang selamat la kek ni sebab berlapis-lapis kak eny bungkus. 

Taraaaa...brownies kedut kegemaran mommy dan anak-anak.


Terima kasih kak Eny hadiahkan Brownies. 
Rugi korang tak rasa brownies kak Eny. 

Sedapnya makan brownies 

Terima kasih kak Eny...selain brownies, kak eny boleh buat segala macam jenis kek. Memang terliur lah kalau korang tengok. Nyumnyum.. Jangan lupa usha blog kak Eny www.enyabdullah.com
Assalamualaikum.. Mommy ni kan ada masalah lebam bawah mata.. Pening la cari cara berkesan nak hilangkan lebam bawah mata.. Masalah mommy satu yang susah sangat nak elak adalah suka tenyeh atau tonyoh mata bila gatal. Sebenarnya dah tahu tak elok kalau kita tenyeh kuat-kuat tu. Tapi kan...gatal tak tahan sangat.. Kecuali kalau mommy pakai eyeliner, sanggup tahan gatal sebab tak mahu muka comot..haha 

Masalah lebam bawah mata

Lebam bawah mata atau di panggil "eyebag" terjadi apabila kulit bawah mata menjadi nipis. Oh ya ka?

Apa sebenarnya punca lebam bawah mata? Antara puncanya adalah tidur yang kurang menjadikan kulit  LEBAM muncul pada bahagian bawah mata.  

Mommy nak kongsikan cara terkini memperbaiki tekstur kulit di sekeliling mata dengan menggunakan Teknologi KSK III terkini  dari Jepun iaitu biomist khas utk lebam bawah mata.

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator mampu meningkatkan aliran darah ke daerah lingkaran mata dan menebalkan kulit di bawah mata untuk mengurangkan eyebag yang nampak jelas. Wahh sangat menarik apabila pertama kali mommy mendapat info ini.

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator

AMEENA KSK III Energy Crystal Skin Activator boleh:-

  • Menolong menegangkan kawasan sekeliling mata.
  • Menghilangkan bulatan hitam di bawah mata.
  • Melembap dan mengurangkan kesan lebam kulit di sekeliling mata.
  • Menenangkan kawasan kulit bawah mata.
  • Mengurangkan rasa letih pada kulit bawah mata.
  • Menjadikan kulit mata lebih segar dan sihat
  • Menghilangkan  garis-garis kulit bawah menjadi licin ,halus sekitar mata.


Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator

Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator berupaya mencegah dan mengawal masalah lebam bawah mata. 

Selama ni mommy ingatkan masalah lebam bawah mata dihadapi oleh kaum wanita sahaja. Rupa-rupanya masalah ini dihadapi juga oleh kaum lelaki. Tapi biasalah kan, orang lelaki selalu "take easy" je hal macam ni melainkan si isteri yang menjaga hal penampilan suaminya. 

Ini sedikit info untuk ada, 5 sebab utama terjadinya lingkaran gelap bawah mata atau juga lebih dikenali dengan istilah mata panda dan lebam bawah mata.

1. Keturunan
Tahap tebal nipis kulit (periorbital skin) di sekitar mata pada setiap orang adalah berbeza dan ini selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah matanya walaupun cuma sedikit keletihan atau sedikit kurang tidur.

2. Stress / Kurang Tidur / Keletihan
Bila kita tertekan, kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat.

3. Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara.

4. Pertambahan Usia atau Penuaan
Semakin bertambah usia, semakin kulit kehilangan kolagen dan keanjalan. Kulit di bahagian bawah mata menjadi lebih nipis dan memudahkan bayang-bayang gelap nampak lebih ketara tidak kira samada sudah cukup tidur atau mata segar dan tidak mengalami keletihan pun.

5. Alergik atau Alahan
Alergik atau alahan yang menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini boleh meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata, dan menyebabkan lebam bawah mata senang terlihat.

6. Kekurangan Zat Besi atau Anemia
Lebam bawah mata juga boleh menjadi petanda anda mengalami kekurangan zat besi atau anemia. Mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi di dalam darah, menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel badan akan senang terurai dan membuatkan lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap atau lebam.

Tips Petua orang lama atasi masalah Lebam Bawah Mata

  1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Cuba berfikiran positif untuk menghidari stress yang berlebihan
  2. Amalkan pemakanan yang sihat, sayur-sayur hijau sebagai sumber zat besi dan juga buah-buahan sebagai sumber Vitamin C (membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif)
  3. Banyakkan minum banyak air kosong untuk mengawal kelembapan kulit dan air kosong juga salah satu petua awet muda.
  4. Boleh amalkan tips dengan menggunakan ais, timun dan uncang teh 

Kalau tips di atas tak boleh nak ikut atau tak menjadi juga, maka jom lah kita cuba gunakan AMEENA KSK III Energy Crystal Skin Activator. Produk ini adalah produk yg menggunakan water based.  Ia membuat kulit bawah mata kita yang sangat nipis  ini dapat direhatkan dengan formulasi baru ini. Biomist adalah bahan cecair seperti air yang mengandungi bahan berkualiti halus mampu meresap,  menyegar dan mengaktifkan semula sel kulit.

Mommy irra pengguna AMEENA KSK III Enegy Crystal Skin Activator rasa berpuas hati menggunakan produk ini.

Waktu dan cara menggunakan AMEENA dengan jimat:-
Step 1
> sembur pada tapak tangan dgn dekat tau dengan sekali picit sahaja
Step 2
> Ambil jari manis sapukan dibahagian kiri dan kanan di bawah mata dgn sekata
Step 3
> Selebihnya tempek atau sapu dieseluruh kulit muka yang bermasalah...bahagian jerawat dan parut 

Bila nak pakai AMEENA?
AMEENA boleh dipakai 3-4 kali sehari
PAGI > Selepas  ke tempat kerja
TENGAHARI > Pada jam 12 dan 3 petang
MALAM > Sebelum Tidur

Nak cantik dan kesan yang optimum kena lah pakai secara konsisten. InsyaAllah masalah lebam bawah mata akan beransur pulih.

Eh eh eh nak beli kat mana ni mommy? Boleh buat belian dengan kawan agen ameena --> Eyda : 019-5081433

Untuk info lanjut boleh layari website : http://www.ameenacare.com/
Sebelum ni adam dah buat "car" atau "Behca Adam". Kali ini adalah tarantulla dan mommy masih tak ambil port untuk membantu adam pasang benda Alah ni. Hari Adam pasang ni masih lagi hari minggu dan daddy ada di rumah. Daddy la tolong. 

Tarantulla pula

Sementara nak menyiapkan tarantulla ni, ada sangat fokus. Dia la sekejap dia dari mengusik adik-adik. 

Semangat memasang tarantulla

Siap je tarantulla ni, mommy ambil simpan. Dah jangan nak dibuat main..

Siap!

Pandainya Adam pasang! 


Eh Adam ke daddy? Hehehee

#buat kerja kena fokus dan bila dah mulakan sesuatu kerja kena habiskan juga