Kerana soletape di muka

Mommy in mood membebel malam ni.. Tadi siang upload gambar amal main soletape tutup muka... Kemudian ada yang komen bahaya.. Kalau benda tu tak bagus, orang pertama yang akan marah mommy adalah suami. Kalau suami diam ja tengok gambar yang mommy hantar melalui telegram, maka benda tu biasa je...

Oh ya memang mommy akan report semua benda kat suami.. Termasuk la segala komen yang "pelik" di facebook. 

Mommy tanya, "Sayang, gambar adik Amal pakai soletape tu salah ke?"

Mari mommy cerita pasal anak-anak mommy. Anak-anak mommy ni jenis tak reti buat benda alah begini sendiri... Lagi-lagi soletape tu nak buka pon kena mommy buka..nak cari punca pon tak reti.. Nak guna gunting lagi la BIG NO.. 

Amal insyirah happy lepas permintaan dia ditunaikan

Mula dari abang adam guna soletape nak soletape buku dia yg terkoyak. Kemudian dia g soletape mulut dia. Adik-adik pon nak jugak..

Semua mommy yang buat.. 

Lepas ni takde lagi dah mereka nak boleh main sebab soletape tu dah habis dikerjakan..

Mereka tak sakit lah rasanya sebab berkali-kali minta soletape sampai habis. Kening pon ada elok ja lagi. 

Anis insyirah

Anak-anak ni akan main apa benda yg ada depan mata. As parent, kita la pantau dan jauhi mereka dari bahaya and let them know apa yg elok dan ta elok walaupon ada kalanya mereka tak faham pon...one day mereka akan faham mana yg elok dan tak elok. ..

Amal insyirah
Aku tak menyesal duduk rumah jaga anak dan tengok perkembangan mereka membesar depan mata. Walaupon aku ada ijazah sarjana muda komputer sains..
Eh sekarang aku adalah blogger dan jual kelambu moden, biobax dan terbaru perfume naturel.

5 comments:

  1. Ya Allah...so funny..tak sakit ke nak buka tu :)

    ReplyDelete
  2. Hihi.. Kite kecik2 dulu suka main camni. Ok je nk main pun.. Yang penting masih dalam pengawasan.. Hehe

    ReplyDelete
  3. Tak pe sis..Time begini anak2 akan nakal tetapi mereka dalam proses belajar..

    Cam pakar kanak2 lak AM nie..

    Posting terbaru AM
    Serangan Jantung : Langkah Yang Mampu Menyelamatkan Nyawa


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  4. Dibawah pemantauan insyaAllah baik2.
    Dah mcm gambar scan 4d 5d dah adik Amal tu. Hihi

    ReplyDelete