Mommy sekeluarga ke Farm In The City buat kali ke tiga. Ehh adik Amal baru pertama kali ke sini. Mommy memang dah rancang nak bawa Adam, Anis dan Amal ke Farm In The City. Kalau dulu, mommy dan daddy yang excited lebih. Mesti lain kali ini kerana Adam dah 5 tahun. Adam pon excited dari hari sebelumnya lagi..
Kami bertolak jam 9 pagi dan sampai jam 9.40 pagi. Mommy turun dulu pergi beli tiket. Lambat la nak tunggu daddy turunkan stroller.
Welcome to Farm In The City
Welcome to the Farm In The City |
Harga tiket macam dalam gambar di bawah. Jangan lupa bawa mykid dan mykad tau. Murah banyak dengan mykad dan mykid.
Harga tiket Farm In The City |
Untuk cuti sekolah ada promosi Family Package berharga RM116 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak di bawah 11 tahun.
Pakej termasuk:-
- 2 souvenir gift
- 1 box of animal feed
- 2 Complimentary Child Ticket to KL Tower Mini Zoo
- 2 certificate for children.
Family Package RM116 |
Mula masuk je jumpa kura-kura. Jakun la Amal sebab pertama kali tengok. Anis pula ketakutan. Adam bila dipujuk dia mula berani.
Pegang kura-kura |
Anis tak makan pujuk. Duduk jauh atau dalam stroller je. Apa laaa... Boring la awak ni😅😅.. Lama juga la kami kat kura-kura ni.. Dari takut sehingga Adam sibuk berkali-kali nak bagi kura-kura makan.
Seterusnya ke kawasan burung dan itik. Nampak je itik Amal jerit "Bird". Hahaha itik la adik..Adam, Anis dan Amal kena ambil masa nak selesa dengan haiwan di sini. Maka mommy selfie dulu..
Selfie dengan burung |
Disebabkan stroller tinggal kat luar, maka mommy kena patah balik ambil stroller. Sempat mommy tanya staff kat situ, boleh ke bagi burung makan. Dulu datang boleh je bagi makan burung. Kali ni tak nampak pula staff memberi makanan burung.
Bagi burung makan |
Ada sebenarnya. Mungkin la tadi sebab student masuk ramai-ramai. Kelam kabut la keadaan dalam tu. Sekarang takde orang, adam boleh berpengalaman bagi makan burung.
" Tak sakit pun", kata Adam.
Tak sakit pon sebenarnya |
Mommy ubah burung ke tangan Adam. Waaa steady je Adam..
Cantiknya burung putih ni.. |
Mommy posing lagi dengan ayam belanda. Minta Adam bergambar dia taknak.
Selfie dengan ayam belanda |
Mommy ajak daddy masuk sekali lagi. Rugi la lepas peluang bagi burung makan.
Berpeluh kepanasan anis |
Adam pon nak bagi makan lagi kat burung-burung.
Hehe burung berak atas tangan Adam |
Sampai kena taik burung. Hahahaa semangat dia nak bagi burung makan..
Hahaha |
Nangka dikata durian |
Seterusnya ke kawasan kambing, rusa dan alcapa. Daddy suruh mommy selfie.
"Cepat mommy selfie, selfie", kata daddyG kuat-kuat.
Alcapa |
Amboi mentang-mentang anak takut, mommy pulak yang kena..wakakakaaa
Brown alcapa |
Dah ketakutan Anis dan Amal, daddy suruh cepat-cepat keluar dari situ. Seterusnya kita tengok arnab. Tapi mommy saja tarik perhatian Anis, kita memancing dulu. Keke memancing sangat... Nampak Anis enjoy je kat sini.. Hilang rasa takut tadi tu..
Mancing ikan |
Jom tengok arnab dan hamster. Sebenarnya geli nak pegang. "Eh nak pegang macam mana ni?"
DaddyG kata pegang je laaa...amboiii.... Ok bila dah pegang tu, ok laaa... Cepat ambil gambar! Haha
Hamster |
Adam, Anis dan Amal ketakutan kat sini. Korang ni kan, semua takut ni..
Adam bagi hamster makan |
Mommy peluk Amal sebab nak bergambar sama. Anis mana?
Anis mana? Anis takut |
Anis pon takut. Tapi kena paksa duduk belakang mommy, sekejap je pastu dia menangis bila arnab dan hamster lalu lalang dekat kaki dia. Hahahahaa
Anis dipaksa bergambar |
Mommy ambil arnab pula.
Jangan la takut sayang, comel arnab ni |
Lepas main dengan hamster dan arnab, kami berehat dulu. Penat dan berpeluh. Lepas tu baru sambung berjalan. Bagi ikan makan.
Panas lit lit |
Sekarang dah pukul 12 tengahari. Panas sungguh. Tapi kat tempat ikan ni jela panas pon. Tempat lain teduh dan panas biasa je. Besar ikan-ikan kat sini. Adam nak bagi makan lagi, staff tu kata seorang satu je.
Kenyang ikan-ikan kat sini |
Terus adam badmood kau. Adoi! Ajak masuk tengok landak. Adam taknak. Tengok tu kancil! Adam taknak juga.
Kancil |
Ok ok jom kita tengok burung hantu nak? Nasib la hantu ni boleh kembalikan mood Adam. Ehh burung hantu laa...
Burung hantu |
Adam happy bila boleh pegang sendiri haiwan yang ada kat Farm In The City walaupon hanya seekor ayam. Muahahaa
Anak ayam |
Balik kampung tengok ayam dari jauh je. Kat rumah pon selalu dengar je bunyi ayam di belakang rumah. Tengok pon tidak. Ini kan pula nak sentuh atau pegang anak ayam.
Pegang kulit ular sawa m |
Boleh pegang ular. Ini ular sawa afrika yang jinak. Ular sawa tak mematuk. Kulit ular sawa ni cantik sangat.
Ular sawa dari Afrika |
Kura-kura ni ada sekali dengan ular dan cicak bersisik. Lupa pula nak tanya kenapa kura-kura ni kat sini. Sebab dok asyik melayan ular sawa.
Kura-kura kecil |
Kura-kura ni Adam berani la pegang sendiri..
Ehee berani pegang kura-kura je..ular dan cicak belakang tu takut.. |
Persembahan burung dah terlepas. Naseb la boleh berselfie dengan burung kakak tua ni.
Selfie dengan burung |
Selfie dengan kuda |
Bagi makan rakun |
DaddyG bagi makan rakun |
Tadi takut-takut. Rupanya best |
Comel sangat rakun ni |
Adam cuba bagi rakun makan |
Dah habis jalan-jalan selama 3 jam..
We love Farm In The City |
Binatang tak boleh sentuh ni..apa benda yang dalam movie madagascar tu..
Ini natang pandai ooo..mommy dekat dia pura-pura tidur.. |
Pandai juga dia berlakon..bila mommy dah blah baru dia bangun..comel!
Bila kami pergi jauh, terus dia bangun.. |
Dah habis terus kami pergi cafe dan balik. Seronok sangat! Adam siap kata "Nanti kita tengok haiwan lagi ye.".
pernah jugak pergi sekali. hehehe
ReplyDeletebestnyeeeee!! tapi ayam piru tu mmg takut nak pi dekat.. sebab dulu masa kecik pernah kena kejar hahaha.. tapi kat sana mesti dh jinak kan
ReplyDeletecikla pun dh pergi sini. paling takut rakun tulah. jinak kemain... seram Mak.. hehe
ReplyDeletebestnya! ..boleh kenal macam2 jenis haiwan lebih dekat
ReplyDeleteBeraninya pegang2 binatang. Sy jenis x berani sket ;p
ReplyDeletedekat area mana yea farm ni sis
ReplyDeleteBestnya.. Adoiii teringin dah lama , tapi masih tak berkesempatan nak pi..
ReplyDeleteular tu...erkkk geli!
ReplyDeleteWow!
ReplyDeleteMenariknya. Sy suka tempat mcm ni.
Nanti boleh letak watermark dekat gambar2 tu. Takut org curi gambar cantik tu.
3 kali dh irra ke sini ye. ana baru sekali. tu pun syafi dh dok tanya bila nak g lg. hehe
ReplyDeleteBaru sekali pergi, seronok, lagi seronok kalau anak sudah pandai kenal binatang. Mak yang lebih excited.. hihihi
ReplyDelete