Dia jodoh aku

Assalamualaikum.. Rasanya lama juga tak bersiaran.. Tiba-tiba je mommy rasa nak kongsi kenapa dan mengapa mommy rasa "Dia jodoh aku". Dia jodoh aku ke?

Jadi kisahnya kena pusing ke belakang 6 tahun yang lalu. Masa tu "jodohku" adalah sahabat baik mommy.

"Dia" bekerja dekat dengan tempat mommy bekerja. Shah Alam. Kami selalu makan tengahari sama. So sweet "kawan mommy" tu.. Hahaha

Masa tu "aku" "kau" je.. 

"Weh, aku lapar la. Kau nak makan apa hari ni?".

"Aku rasa nak makan blablabla...".

"Kau tunggu aku. Kita makan sama".

Korang pandai-pandai la agak yang mana satu dialog mommy.

Tapi kan, tiap kali aku dengan "dia", mesti ada orang call dia. Apa aku peduli siapa yang call. 

"Siapa call kau?", eh tadi kata tak peduli? Haha poyo lahh...

"Anis(bukan nama sebenar)"

"Oooo...", nak tau je..tapi tak kisah pon..masa tu la tak kisah.. 

Mommy tak tau pernah cerita ke tak pernah cerita kat blog ni. Adehh pelupa sangat.. Tapi nak cerita jugak la..

Satu hari di bulan Mei 2010. Tiba-tiba dia kata "Aku sayang kau. Lebih dari kawan. Serius. Nak buat bini". 

Erkk...apa perasaan mommy masa tu? Selama ni orang tanya mommy jawab "aku sayang sebagai kawan je la"

Tetiba. Haaa ambik kau! Terus demam. Wakakakaa.

Adakah "Dia jodoh aku"?

Apa yang buat mommy yakin bahawa "Dia jodoh aku" tatkala itu.

Suprisingly, aku boleh terus rasa bibit bibit cinta. Ouchhh. Terharu. Tersentuh hati. Itu mungkin sebab pertama aku rasa "Dia jodoh aku" yang kuat. Terus jatuh cinta!!!!

"Bila nak kahwin?", erk mommy over plak ye..

"Hujung tahun kita kawin".

Dalam bulan 6 mommy balik kampung.. Masa ni mommy dah kerja kontrak di Shah Alam. Cuti pon hujung minggu je la. 

"Bagitahu mak abah you dah ada i", pesan dia sebelum aku balik kampung.

Haaa dah tukar dari kawan baik jadi kekasih tercinta ni terus tukar "aku kau" jadi "i you". 

Masa sembang-sembang dengan mak. Mak kata "Kak ni dok ada kawan baik lelaki, nanti takde yang nak ni".

"Dah ada la ni mak."

"Ok mak nak g jumpa kat Shah Alam"

Ingat lagi 2 Julai 2010, kami ke Shah Alam hantar adik mendaftar belajar di UiTM Puncak Perdana. Mula kena mendaftar di UiTM Shah Alam. 

Jadi mak abah nak jumpa "menantu", maka aku bawa jumpa dia di kafe pusat sukan UiTM.

Masa tu ada mak, abah dan maksu. Semua suka pilihan hati aku. Huwaaa memang "dia jodoh aku" yang kuat. 

Masa "dia" tengah menjawab panggilan telefon, maksu bersuara.

"Maksu nampak macam abang udin", abang udin tu abang aku nombor 2.

"Mak pon berasa dah. Tak tercakap ja."

Jodoh dah dekat sangat nampaknya..


"Bila plan nak kahwin?", abah tanya semasa menghubungi aku.

"Katanya hujung tahun".

"Kalau hujung tahun, kena bertunang sebelum raya.", kata abah.

Sebelum raya, keluarga "dia" datang merisik dan bertunang pada 6-8-10. Kami bernikah pada 12-12-10.

Pertama tadi, mommy rasa "dia jodoh aku" kerana rasa "sayang" yang kuat. Kedua, kerana "dia" serius. Ketiga, kerana mendapat restu keluarga. 
Dia jodoh aku
Dia Jodoh Aku
5 tahun 10 bulan 29 hari, dia jodoh aku, DaddyG. I sayang you. Hingga hujung nyawa. 

Iklan
Servis urutan & bekam terus ke rumah untuk lelaki & perempyan di seluruh Selangor/Kuala Lumpur



10 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semoga jodoh Mommy Berkekalan hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  2. jodoh tu dekat ja kan, cuma kita yang tak perasan sebab belum tiba waktu dia

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semoga kekal sampai Jannah :) Amiinn

    ReplyDelete
  4. Hati I pulak yang berbunga baca kisah U, irra

    ReplyDelete
  5. Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. Semoga kasih sayang kekal hingga jannah. Aamin.

    ReplyDelete
  7. sweetnya..moga kekal hingga ke jannah ye..amin

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, jodoh di dpn mata...moga berkekalan.

    ReplyDelete
  9. Habis tu, jodoh saya mana pulak?

    ReplyDelete
  10. Moga kkl jodoh irra dan daddyG hingga ke jannah

    ReplyDelete