Pupuk anak minat belajar dari dalam rahim ibu

Pupuk anak minat belajar dari dalam rahim ibu | Selalu dengar di mana-mana ceramah motivasi untuk pupuk anak minat belajar dari dalam rahim ibu lagi. Eh anak dah boleh dengar ke? Hebat kan ciptaan Tuhan?

Masa Adam dalam kandungan, mommy seorang guru tusyen Matematik. Tak kira murid atau cikgu, nak pantas mengira wajib rajin membuat latih tubi. Menjawab soalan Matematik yang banyak akan memberi pendedahan kepada banyak jenis soalan. Makin pandai dan cekap. 

Sekarang mommy tengok Adam suka belajar. Tak kira lah subjek apa. Hari-hari akan nampak Adam belajar. Hari-hari Adam mengira satu hingga seratus. Dari "satu puluh" menjadi "sepuluh". 

Pupuk anak minat belajar dari dalam rahim ibu
Pupuk anak minat belajar dari dalam rahim ibu

Yaa...kerap mengulangkaji akan menjadikan kita lebih pandai. Seronok mommy melihat anak-anak mommy suka belajar. 


Adam juga menarik minat adik-adik belajar. Anis dan Amal lagi cepat belajar kerana di peringkat umur mereka ini cepat "copy paste". 

Betul ke pupuk anak minat belajar dari dalam rahim ibu?

Haa betul lah kan kena pupuk anak minat belajar dari dalam rahim ibu. Anak dalam rahim ibu boleh mendengar apa yang ibunya katanya. Sebab tu masa mengandung tak boleh cakap bukan-bukan. Kena rajin mengaji. Yang penting jangan "cengeng". Nanti anak ikut sama perangai ibu masa mengandung. Hah? Macam mana pengalaman ibu-ibu?

1 comment:

  1. Betul setuju sangat..ibu kena la rajin membaca semasa mengandung especially membaca al-quran

    ReplyDelete