Restoran De'Don syurga makanan di Shah Alam

Restoran De'Don baru dibuka awal Ogos yang lalu. Minggu lepas baru mommy berkesempatan nak makan di situ. Melihatkan gambar di instagram De'Don, memanggil-manggil mommy ke sana. 

Restoran De'Don mempunyai lebih 20 vendor menjadikan De'Don syurga makanan. Dan makanan yang ada sangat "pelik". Jom mommy nak cerita.

Sampai je ke Restoran De'Don mommy di sambut mesra oleh semua staff De'Don.

"Selamat datang!"

Bukan mommy je disambut, semua pelanggan disambut mesra. Meriah betul suasana kedai ni.

Terus datang seorang staf De'Don mengambil order minuman. Mereka siap suggest mommy minum "Mango Nenen". Hah? Dengar nama pon pelik semacam. Tak kenal maka tak cinta. Tak cuba memang mommy takkan tahu apa yang bestnya Mango Nenen ni.

Ada buah mangga segar

Wahhh kalau tahu besar ni, takyah minta air lain dah. Kalau tengok pon menggiurkan. Rasa dia pon aumm...
Mango Nenen RM5
DaddyG nak air limau kasturi asam boi. Satu lagi air ribena laici.

Air pilihan

Semua air sedap. Mula-mula mommy makan tauhu bakar.

Tauhu bakar

Amal yang rasmi dulu. Bersemangat Amal makan. Terus mommy tak sabar nak makan. DaddyG pon makan tauhu bakar. Wahhh..ini suatu yang pelik kerana daddyG tak makan tauhu. Pencicah tauhu pon sedap sangat.

Amal makan tauhu bakar.

Antara yang ada dan "pelik" adalah satay lilit. Tengok satay ni macam paha ayam. Sekali rasa macam wajib mommy datang makan lagi. Sedap.

Satay lilit

Anis tak ikut mommy daddy hari ni. Anis dah tidur dan ditinggalkan bersama tok. Kebetulan tok datang dan tok dah tak larat nak join.

Sosej

Sosej ni rasa dia lain macam. DaddyG penggemar sosej. Kat mana eh nak beli sosej panjang macam ni? Sedap weh!

Mee goreng daging

Kata owner De'Don mee goreng daging ni makanan orang Kedah. Mommy orang Kedah tapi jarang makan di kedai. Kira pertama kali cuba jugak la mee goreng daging ni. Fullamakk, serius sedap.. Habis mommy makan seorang ja..

Hati banyak senang sebab perut kenyang makanan sedap

Apa lagi ada di De'Don ni? Nutella pancake. Pertama kali mommy makan pancake. Siapa yang selalu ke Krabi mesti dah biasa. Kalau rindu boleh mai makan kat sini. Yang tak pernah rasa wajib cuba.

Pancake

Rupanya adik yang buat pancake untuk mommy tadi adalah junior UiTM dulu.

Mommy & lyn

Berborak sakan lah dengan Lyn. Hahaha orang sebelah pon gelak tengok kami gelak.

Wedges

Satu lagi yang pertama kali mommy jumpa adalah Twister Dendeng. Woww! Roti dia pon lembut. Sedap.

Twister dendeng

Trademark De'Don "Anda datang sebagai pelanggan, pulang sebagai family." Haa sungguh bila mommy tengok pelanggan di sini macam keluarga. Macam dah saling mengenali. Walaupon tiada pertalian darah, namun di layan bagai keluarga. 

Mommy nak share menu yang ada di sini:

MENU
---------
630am - 12pm
1. Roti Canai
2. Kuih Muih
3. Roti Canai (made by The Expert Uncle Jai)

10am - 430pm
1. Set Nasi Kerabu Jim's Delight .
2. Set Nasi Kukus Ayam Berempah.
3. Set Nasi Ikan Bawal Gulai Utara.
4. Set Nasi Telur Berlada.

5pm - Lewat Malam
1. Sotong Bakar.
2. Pisang Cheese & pancake.
3. Roti Canai Uncle Jai.
4. Burger.
5. Yong Tau Foo.
6. Satay Lilit (Ayam & Daging).
7. Nasi Putih Ayam Goreng Berempah & Claypot.
8. Satay ayam dan daging, samosa dan cucur.
9. Char kuey tiow kerang dan udang.
10. Set Nasi Butter Chic.
11. Pasta
12. Roti John dan ice blended.
13. Nasi Arab.
14. Asam pedas tetel.
15. Set nasi dendeng, roti pratha dendeng.
16. Pelbagai jenis perisa shisha Hookah Mafia.
17. Seafood, Chicken Portugis Grill with Sambal Petai.
18. Dessert (Vanilla Cake, brownies & dan perlbagai lagi pemanis mulut)

Sebab tu De'Don merupakan syurga makanan. Macam banyak je mommy belum rasa. Tapi dah kenyang sangat. Wajib repeat lagi ni! 

Restoran De'Don berkonsepkan ala food court halal yang dimajukan oleh 101% anak bumiputera.

Kelebihan Restoran Kepada Pelanggan: 
1. Restoran Berkonsepkan Food Court. 
2. Restoran 1 Malaysia. 
3. Pelanggan adalah ibarat keluarga. 
4. Dibuka pada semua rakyat Malaysia. 
5. Restoran yang halal. 
6. Restoran layan diri. 
7. Dibuka dari awal pagi hingga lewat malam. 
8. Menyediakan makanan lunch, dinner and supper. 
9. Menyediakan pelbagai jenis makanan dari Utara, Timur hingga Selatan. 
10. Menyediakan makanan barat, tradisional dan lokal. 
11. Mengambil tempahan, Walk-ins welcome, Good for groups or parties, Takeaway, Catering, Table service and Outdoor seating. 
12. Free WiFi tersedia. 
13. First aid kits tersedia. 
14. Surau (musolla) tersedia. 
15. Clean toilet tersedia. 
16. Next to main road so easy to be accessed. 
17. Tempat untuk pencinta makanan. 
18. Harga yang mampu beli. 
19. Tiada GST. 
20. Parking available for our customer. 
21. Free socket to charge handphone or any devices. 
22. Menerima tempahan catering (012-8222839).
23. Friendly user restaurant with Innovative concept.

Restoran dibuka seawal jam 7 pagi dan melabuhkan tirainya pada jam 1 pagi.

Jadi apa tunggu lagi? Jom pakat p Restoran De'Don

Tel: 012-8222839
Facebook: Restoran De'Don
Instagram: @Restorandedon
Blog: Restoran De'Don (De'Don, La Cosa Nostra restaurant)
Tempahan Katering: 012-8222839 (Don Aiman)

3 comments: